Aku Hanya Seorang Posmen

Menyedari diri yang ditaklifkan dengan amanah berat seorang khalifah, terkadang diri merasa tidak mampu. Namun, berkat rahmat dan kasih sayang-Nya…Dia mempermudahkan segala urusan, melicinkan segala perancangan dan menunjukkan jalan… sehingga berkat usaha dan penat lelah, maka terbinalah wajah-wajah baru yang memancarkan cahaya Islam yang dulunya diliputi kabut dan debu Jahiliah. Betapa lemahnya seorang hamba, pelupa sifatnya….terkadang diri merasa begitu berjasa. Bisikan syaitan pastinya sentiasa cuba menyesatkan anak Adam tidak terlepas yangbergelar para da’I dan da’iah.Bila hati mula berbunga tatkala melihat anak didik yang dulunya jahil, jauh dari kehidupan islam mula mengorak langkah mendaki anak tangga menuju keredhaan Ilahi, menapak bersama di jalan dakwah…syaitan mula menyucukkan jarumnya, di hati para da’i. “wah, hebatnya dia sekarang. Kalaulah bukan kerana usahaku dulu tentu dia masih lagi …….” “wah, hebat anak halaqahku, berkesan rupanya didikanku selama ini” ….dan berbagai lagi bisikan lain, semuanya bertujuan memesongkan tujuan sebenar seorang da’I berada di jalan da’wah. Para murabbi mula mengira-ngira sudah berapa ramai anak didik yang berjaya di sedarkan dan dikembalikan, mengira-ngira begitu banyak jasa ditabur buat umat manusia… Menerbangkan mereka dalam angan-angan dan ta’jub pada diri…sehingga tujuan sebenar untuk mencari keredhaan Allah mula dikaburi oleh puja dan puji manusia.
Demi mengelakkan dari semua fitnhah-fitnah syaitan ini, seorang da’I itu perlu menyedari bahawa dia hanyalah seorang insane biasa yang juga mengharapkan Hidayah dan petunjuk dari Allah, bukan sebagai pemberi petunjuk. Ia bolehlah dianalogikan da’I itu seperti seorang ‘posmen’. Ya, hanya seorang posmen yang tugasnya menyampaikan surat-surat, serta bingkisan dan hadiah dari pemberi kepada penerimanya. Hanyalah sebaga media perantara. Dalam kondisi seorang da’I, kita tidak lebih hanyalah seorang insane yang diamanahkan untuk meyampaikan Hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya. Hidayah Allah tak akan sampai atau terhalang hanya semata-mata kerana sedikit atau banyaknya usaha kita. Semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. Dan apa yang kita lakukan sekarang adalah dalam rencana mencari keredhaan-Nya. Ini semua semata-mata untuk menyedarkan kita bahawa kita tetap seorang hamba yang lemah, tidak lebih dari itu. Moga-moga, setiap usaha yang kita lakukan di jalan dakwah semakin mendekatkan kita kepada redhaNya bukannya menjadikan kita semakin merasa hebat di kalangan manusia sekeliling.
Bersyukurlah wahai posmen-posmen, kerana..walaupun engkau hanyalah posmen, tetapi kerana kerja itulah engkau bisa mendekati Tuan Besar mu, engkau bisa mengenaliNya lebih dekat, malah Dia juga mengenalimu. Tidak semua orang bisa sedekat itu, melainkan mereka-mereka yang sudi menghambakan diri untuk menjadi posmenNya. Semakin banyak kiriman yang dihantar, semakin bagus prestasinya, maka semakin ia disayangi.tapi, jangan dilupa posmen juga memerlukan 'kiriman' Allah. Sentiasalah kita berusaha memperbaiki dan bermuhasabah tentang keadaan kita agar kita tidak lupa dan makin jauh dari Allah, sedangkan kita bertungkus lumus, menyampaikan 'kiriman-kiriman' Allah buat umat manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 44, "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri....."
Seorang posmen itu, akan dinilai oleh Tuannya, samada tugasnya dijalankan dengan baik atau tidak. Prestasi kerjanya bukanlah semata-mata penentu untuk kiriman tersebut sampai atau tidak kepada manusia kerana Dia yang mengirimkan berkuasa untuk menyampaikan kiriman tersebut walaupun tanpa bantuan posmen tersebut. Baik atau buruk komitmennya dalam menyampaikan kiriman akan menjadi markah sebagai penilaiannya oleh Allah. Semakin tinggi komitmen yang diberikan oleh posmen tersebut kepada pekerjaannya, maka semakin dia mendapat tempat di hati BOS nya, dan semakin tinggi darjatnya berbanding posmen-posmen yang lain.
Jangan terlalu kecewa andai kiriman tidak sampai, dan jangan terlalu berbangga bilamana kiriman tersebut telah selamat diserahkan pada yang berhak, kerana tiada apa yang kita berikan, semuanya telah ditentukan."Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (57;22-23). Kita hanya menunaikan tanggungjawab sebagai posmen. Andainya kiriman tersebut tidak juga sampai, setelah kita berusaha sebaik mungkin, maka serahkanlah semuanya kembali kepada pengirimnya, kerana Dia lebih mengetahui. Teruslah berkerja wahai posmen! Kerana gajinya hanya ‘kan bisa kita tuntut di akhirat kelak. Andai kerja kita bagus, mungkin ada BONUS buat kita.
Hanya Allahlah yang selayaknya kita letakkan pengharapan dan hanya padanyalah kita ‘kan beroleh ketenangan. Ameen…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wasiat dari para pemimpin terdahulu

Syd. Abu Bakar ra. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

  • ~Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya,lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
  • ~Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yangzalim.
  • ~Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akandipergunakan untuk kejahatan pula.
  • ~Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

  • ~Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
  • ~Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akandihina.
  • ~Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
  • ~Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pastikehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  • ~Hatinya selalu berniat suci.
  • ~Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
  • ~Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadapdosa).
  • ~Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah.
  • ~Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

  • ~Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
  • ~Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripadaperbuatan yang sia-sia.
  • ~Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambilpangajaran daripadanya.
  • ~Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati daridosa).
  • ~Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
  • ~Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
  • ~Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
  • ~Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

~moga bisa kita jadikan sebagai renungan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS