Hakikat kehidupan...

"assalamualaikum, termenung nampak."
"Eh, Ain. Wa’alaikumussalam….bila sampai? Tak dengar bunyi kereta pun"
„hmm, macamana nak dengar, anti tu dah terbang ke angkasa lepas, badan je kat sini....dari tadi ana ana nampak anti asyik termenung je, fikir pasal apa ni? masalah umat ke?"
„ukhti ni, mesti nak mengenakan ana...takdelah, Cuma...."
„Cuma apa? Boleh ana tolong"
"semalam ana ada melawat laman web harunyahya, ia menceritakan tentang hakikat kehidupan, sampai sekarang ana masih terfikir……….macam mana ye, kalau hidup ni hanyalah suatu fantasi, khayalan, kita berada dalam alam maya…..macam tak masuk akal je" Zainab mula menggaru-garu kepalanya, nampak kedutan pada dahinya, mungkin banyak berfikir.
"Oooo, sebab itukah ukhtiku ini, termenung je dari tadi….hmm, nak dengar cerita tak?"
"ishhh, ukhti ni, ana tengah pening fikir pasal alam maya ni, dia nak bercerita pulak. Cerita apa tu, best ke?"
"mestilah best, cuba dengar baik-baik…."
Keadaan sunyi, tiada kata-kata yang terbit dari bibir.....seminit, dua minit......
„Ain! Cepatlah cerita, ana tengah tunggu ni!" tiba-tiba je Zainab menjerit, hmm tak sabar betul, he he, saja nak test.
"pada suatu malam yang indah, ada dua orang sahabat sedang tidur nyenyak di dalam sebuah bilik,namanya Ani dan Mimi. Masing-masing diulit dengan mimpi yang indah. Mimi bermimpi melancong ke New York bersama keluarga, di sana mereka makan-makan dan membeli belah. Ketika sedang bersiar-siar di tepi pantai,. Tiba-tiba seekor ikan paus datang menghampiri pantai. Dalam sekelip mata keadaan menjadi kelam kabut dan semua orang di kawasan tersebut bertempiaran lari dan ikan paus tersebut muncul di hadapannya, dan membuka mulutnya seluas-luasnya, kerana terlalu takut, Mimi terus menjerit sekuat-kuatnya. Tiba-tiba dia terasa ada orang memegang bahunya….
"mimi, kamu mengigau ni!" Ani menggoncang-goncang bahu sahabatnya, Mimi.
"Eh, aku mimpi ke" Mimi mengurut-ngurut dadanya, ‘nasib baik’ getus hatinya.
"Apa la kamu ni, nak mimpi pun jangan la kacau orang nak tidur. Aku baru je mimpi dapat hadiah kek harijadi, tak sempat makan lagi tu, kau dah kacau......"
"Eh, bukan ke kau ada dalam mimpi aku tadi? kita pergi melancong dengan keluarga aku kat New York...."
"Ala, kau ni mimi, tu kan mimpi...."

Ain menjeling ke sisi, Zainab masih menongkat dagu, menunggu butir-butir bicara yang seterusnya keluar dari kedua ulas bibir Ain.
„lagi?"
„Dah lah, cukup sampai situ, anti rasa apa yang ana nak cerita?"
"Macam lebih kurang apa yang ana baca semalam, kehidupan dalam mimpi, betul tak?"
"hmm, kalau anti. Apa yang anti rasa berbeza antara kehidupan kita sekarang dengan mimpi?"
„Isyy, banyak la Ain. Contohnya mimpi tu sekejap je, pastu dia macam tak berapa jelas and then...."Zainab menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, mencari idea untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sahabatnya.
"Ain, itu perasaan kita ketika kita dah keluar dari alam mimpi. Bagaimana perasaan kita ketika masih dalam mimpi, sama saja kan? Pernah tak anti melihat ada orang tercungap-cungap bila bangun dari tidur akibat mimpi dikejar harimau, atau berpeluh-peluh kerana keletihan di dalam mimpinya. Sebenarnya kehidupan kita di dunia ini juga begitu. Kita akan merasakan bahawa hidup kita di dunia sekejap sahaja bilamana kita telah keluar dari alam ini. Allah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Mukminun ayat 112-114.
‚Dia (Allah berfirman, „berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?". Mereka menjawab, „kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung." Dia (Allah) berfirman, „kamu tinggal di bumi sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah tahu kepenatanmu..

Dalam perjalanan menyelusuri hidup, adakalanya kita dihidangkan dengan pelbagai pengalaman suka dan duka. Sifatnya manusia bila gembira dan bahagia sahaja tentu tawarlah hidup, seperti makanan tidak bergaram. tersenyum sendiri mengenangkan suatu kisah yang berlaku padaku seminggu yang lalu. boleh dikatakan, ia merupakan minggu yang agak sulit untuk dilalui. pelbagai tugasan dan assignment yang menunggu untuk diselesaikan dengan amanah-amanah lain yang terpikul di bahu....begitu terasa diri ini tak mampu untuk menampung. Sehingga suatu ketika diri ini terjelepuk di hadapan pintu rumah, dengan siap berpakaian ke kuliah, membawa buku-buku di tangan, saat itu telah siap untuk ke kuliah....aku tersedu sendiri, terasa beratnya beban dupundakku,rasa tak tertanggung. mengapa diri ini begitu lemah? mungkin kerana lemahnya iman saat ini, maka ia turut meng'effect' kudratku untuk terus berdiri dan melangkah ke depan. suatu ketika seorang sahabat datang menyapa, "Akak menangis?" kulihat wajahnya, dia cuba tersenyum padaku beri kekuatan. Aku menggeleng, menandakan aku tiada apa-apa. "Akak jom saya hantar pergi kelas, akak dah lewat kan?" Kulihat dia menghalakan topi keledar, ku tersenyum. Air mataku makin laju mengalir, tapi aku yakin bukan dengan sebab yang sama.Ya, aku makin merasakan Allah sentiasa menghantarkan bantuan saat aku memerlukan. Aku dapat rasakan kasih sayangnya tercurah saat diri terasa begitu lemah. dalam diam, ku tersenyum sendiri. malu pula terasa, baru sedikit ujian diberi, dah menitiskan airmata. belum lagi diuji seperti saudara seakidah di Palestin sana, masih ramai orang di luar yang lebih layak untuk menangis. namun kadang-kadang dengan menangis di hadapan Tuhan, aku merasa seperti seorang anak yang ingin bermanja dengan orang tuanya. "akak, nak terus ke kuliah?" pertanyaan Zu mematikan lamunanku.dah sampai rupanya di universiti "Oh, tak pelah, akak punya kuliah lambat lagi, akak dah terlepas temu janji dengan lecturer tadi. tak pe, turunkan je dekat sini". ku buka topi keledar, seraya kuhadiahkan senyuman yang paling ikhlas aku usahakan saat itu. Diri ini terasa nyaman seketika. Namun kepenatan hari itu masih belum tamat, aku perlu melangkah lagi dan terus melangkah. masih banyak agenda yang dirancang untuk hari ini.Habis kuliah, aku perlu melaksanakan beberapa lagi tugas lagi, discussion dan amanah lain yang belum sempat dilaksanakan. dalam kesibukan ke sana dan ke mari dengan keadaan diri yang masih belum stabil.Tanpa disedari, Allah ada agendanya sendiri buatku, aku 'tercampak' dengan seorang lagi sahabat, di tepi jalan di bawah pokok yang agak rendang. sebenarnya motornya rosak tiba-tiba dan ku putuskan untuk menemaninya sehingga ada yang datang membaikinya. Ditakdirkan, orang yang membaikinya datng lewat, kami lantas berborak-borak. Saat itu angin bertiup sangat tenang, cuaca agak redup dan sungguh mendamaikan. Aku pejamkan mata rapat-rapat menikmati suasana tersebut. terasa badan begitu relax, fikiran juga...."Akak, saya dapat rasakan seolah-olah Allah memberikan sedikit peluang untuk saya rehat, bertafakur sejenak,merenung keadaan diri. Bestkan, duduk sini, angin bertiup, redup rasa relax. hilang sekejap penat dan letih. sebenarnya sekarang ada discussion, tapi kitorang tangguh sampai jam 6 nanti, kawan ada hal. Pak cik motor ni pun lambat betul datang cam nak bagi chance je kita duduk-duduk kejap." dia masih menjadi pendengar paling setia "akak, saya rasa macam nak tidur je kat tepi jalan ni, penat sangat" kulihat jalan yang agak tidak lengang. sesekali ada kereta dan motor melintasi kami, pasti mereka pelik. dua orang wanita bertudung labuh bersandar di pokok di tepi jalan, menghadap belukar sedikit membelakangi jalan. "ok, akak hadang kamu. rehatlah" Setelah seketika,aku kembali membuka mata, masih menikmati suasana petang yang damai, memulakan bicara. "Akak, saya rasa sangat penat sejak kebelakangan ni, sering terkejar-kejar, asignment, study, dakwah....saya rasa tak dapat buat dengan baik dalam semua aspek. management saya agak teruk kebelakangan ni." Aku terasa ingin berkongsi dengan sahabat yang pastinya amat memahami keadaanku. kulihat dia ambil sesuatu dari beg, dan menghulurkan padaku, sebuah buku 'membangun ruh para da'i' judulnya.. "uhkti, ana baru baca buku ni.Cubalah baca, especially bab ni.." Dibuka buku tersebut, terpampang satu tajuk 'Allah tahu kesibukan kita'. Aku tersenyum..........Suasana senyap seketika, menikmati angin sepoi-sepoi, terasa kasih sayang Allah yang menggunung."Ukhti tahu kenapa Allah memilih untuk kita berada di jalan ini, dan pada sesetengah orang pula bukan di jalan ni?" Aku masih memandang wajahnya, aku tahu dia ingin memberitahu jawapannya. "Orang lain yang tidak berada di jalan dakwah, bukannya bermakna mereka kurang baik, kurang beriman, begitu juga kita yang berada di jalan ini tidak semestinya kita lebih baik, lebih layak masuk syurga. tapi, yakinlah Allah tahu di posisi mana kita boleh buat yang terbaik untuk menggapai redhaNya. Dan berbuatlah yang terbaik dan seikhlas mungkin bilamana kita memilih jalan ini sebagai hidup kita. Nikmati jalan ini, kerana tak semua bisa merasai apa yang kita rasa. hanya orang yang berbuat di jalan Allah dapat merasai nikmatnya kepenatan ini.kita akan merasa lebih dekat dengan Allah setiap kali kita diuji. kamu dapat rasa?" Aku tersenyum, benar sekali. saya dapat rasakan, sangat-sangat merasakannya. sekarang lebih-lebih lagi. "jazakillah akak, sayang akak kerana Allah."kedengaran bunyi motor berhenti, rupanya pak cik repair motor dah sampai. Alhamdulillah dah hampir pukul 5 lebih, gelap,macam nak hujan. "Terima kasih Ya Allah, syukurku padamu begitu melangit. moga ianya menambah kedekatan hatiku padamu.Ameen ya Rabbal 'Alamin.'Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah!'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manusia dalam kehidupan ini

Setiap langkah kaki ku atur, tidak kulepaskan setiap pemandangan yang menyinggahi ruang mata ini untuk ku tadabburi dan ku ambil ibrahnya.....agar jadi panduan dalam perjalanan menuju Allah.
Untuk DIRIMU dan DIRIKU jua....
Suatu petang yang damai, di perhentian bas sebuah pusat pengajian tinggi, saat angin bertiup sepoi-sepoi, kelihatan berbagai ragam manusia kuperhatikan. ya, berbagai ragam yang sukar untuk di 'describe'kan. seketika fikiran melayang mengingati patah-patah perkataan dari buku Penyucian Jiwa yang ditatap beberapa hari lepas.

Sesungguhnya manusia dalam kehidupan ini, kehidupan taklif dan cubaan, ada di antara dua jalan, iaitu jalan hidayah dan jalan ghiwayah (bengkok). kedua-dua jalan itu berbeza sejak dahulu hingga sekarang. kedua-duanya mula berjalan menuju tempat kembali yang sesuai dengan manhaj yang dipegang teguh dan amal yang disajikannya. maka barangsiapa menyucikan jiwanya dengan taqwa,ia telah beruntung. dan barangsiapa yang mengotorkannya dengan maksiat, maka ia telah rugi. Allah SWT berfirman:
" Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwan. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan dirinya. dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (As-Syams,8-10)
-dipetik dari Buku Penyucian jiwa, Abdul Barra' Saad bin Muhammad At-Takhisi.

Sememangnya kehidupan manusia itu tidak lari dari berhadapan dengan ujian dan cubaan. seolah-olah hidup ini hanyalah satu jangkamasa untuk kita menerima ujian demi ujian, cubaan demi cubaan.dan hakikatnya... itulah kehidupan. 'Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.' (Al-Mulk;1-2)

Mengenangkan manusia dalam kehidupan ini, hati sebak memikirkan.....kita bagaikan hamba yang cukup bebas memilih haluan hidup masing-masing, tanpa mengalami siri penderaan mental dan fizikal,seperti hamba yang biasa kita lihat pada zaman dulu. Dan tanpa berterima kasih kepada 'tuan' yang begitu baik hati kita memilih untuk menderhaka. sedihkan??
satu pesanan-Nya,
"Tiada paksaan untuk(memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana barangsiapa yang engkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah,2:256)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS