BERCERITA TENTANG CINTA….

Bismillahirrahmanirraheeem…

“CINTA”, satu perkataan yang indah di dengar, indah di rasai, dan indah jua untuk dikongsi. Entah kenapa, hati rasa tergerak untuk berkongsi tentang cinta. Walaupun menyedari diri bukanlah seorang Dr.Cinta apatah lagi pakar cinta, namun sebagai seorang insane yang sedang mencari cinta di bumi Tuhan ini, (cinta Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman)…...ada sesuatu yang ingin dikongsi tentang fenomena cinta yang ditempuh sepanjang pencarian yang masih berlangsung ini, insya’Allah…..

KATEGORI CINTA

Apa yang dicatatkan di sini bukanlah dirujuk secara langsung dari AL-Quran atau hadis, sekadar analisa yang dibuat secara personal. Anda berhak menolak atau menerima. Saat bergaul dan menganalisa pelbagai kerenah dan ragam manusia yang ditemui sehari-hari, saya membahagikan cinta itu kepada 2 kategori iaitu CINTA FITRAH, CINTA KERANA ALLAH

Cinta Fitrah…

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia CINTA terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia…..
-Surah Ali-Imran,3;14

Aku mencintai dirimu kerana dirimu….
Itulah cinta fitrah, cinta yang hadir tanpa perlu dipaksa. Cinta yang menimbulkan keseronokan, kenyamanan, dan kebahagiaan. Jika dianalogikan ia ibarat resapan yang berlaku secara pasif, tidak memerlukan tenaga sedikit pun. Ia meresap di dalam jiwa tanpa kita sedari dan tanpa perlu dipersoalkan sebabnya. Itulah cinta fitrah….
Cinta seorang sahabat pada sahabatnya, cinta seorang ayah dan ibu pada anaknya, cinta sang kekasih pada kekasihnya. Ia berlaku bilamana kita merasa tenang padanya, menyukai peribadinya, tingkahlakunya tergambar indah pada pandangan kita dan kita merasa serasi bersamanya. Perasaan itu mungkin kita rasa pada individu A,tapi tidak kita rasa pada individu B. Dan inilah alat pengukur utama yang biasa diguna pakai dalam mencari sahabat atau pasangan.

Situasi 1
Saat seorang lelaki memandang sekumpulan perempuan, pandangan matanya tertancap pada salah seorang di antara mereka secara automatic. Tiada apa yang istimewa pada wanita itu, tetapi hatinya terasa bergetar saat memandang wajahnya. walaupun, telah ramai wanita yang ia kenali, bahkan ada yang lebih cantik daripada itu...tetapi dia sendiri tidak mengerti, yang pastinya...hatinya telah terjatuh pada yang ini....

Perasaan itu datang tanpa perlu apa-apa sebab atau penjelasan saintifik. Ia berlaku secara natural. Perasaan itu tidak salah, dan siapalah kita untuk menafikan kewujudan perasaan itu. Semua kita pernah merasainya. Itulah cinta fitrah. Ada juga mengistilahkan sebagai ‘cinta pandang pertama’. Memang, secara fitrahnya Allah telah meletakkan kecenderungan pada setiap insane dan kecenderungan itu berbeza bagi setiap orang dan kecenderungan itulah yang menghasilkan cinta fitrah.
Namun cinta ini ibarat aliran air. Ia bergerak begitu saja, deras dan jika tidak dikawal bisa mendatangkan bencana.. Apakah perasaan cinta yang sedang meresap dalam jiwa itu cukup untuk menjadi lesen bagi kita untuk berbuat apa sahaja dengan insane yang kita cinta? Mungkin peraturan sebegini boleh digunapakai dalam dunia haiwan….tetapi bukan dalam dunia kita, seorang manusia, lebih-lebih lagi yang bergelar muslim. Dan di sinilah agama berperanan untuk memastikan cinta yang fitrah itu tidak menjadi fitnah.
Fitrah yang mendatangkan fitnah. Begitulah hakikat cinta fitrah. Inilah dia perkara yang perlu kita sama-sama fikirkan. Yang perlu kita highlight, kerana sering cinta ini disalah erti bagi mereka yang belum mengerti hakikat sebenar kehidupan.

Cinta fitrah juga boleh dipengaruhi oleh iman seseorang. Kerana fitrah manusia itu sendiri yang menyukai kebaikan menyebabkan cinta itu tumbuh sendiri dengan berbajakan keimanan.

Cinta Kerana Allah…

“…….. dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik”
-Surah Ali-Imran,3;14

".......dan orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah...."
-Surah al-Baqarah,2;165

Saya mencintaimu kerana ALLAH….
Berbeza dengan cinta fitrah, cinta kerana Allah kadang tidak hadir secara percuma. Ia perlu kepada paksaan. Jika dianalogikan, bolehlah disebut sebagai resapan secara aktif. Ia perlu dipupuk dan disemai dan sangat perlu dijaga. Ia boleh layu, boleh juga mati. Cinta kerana Allah, perlu dicari, berserta dengan kefahaman. Ia tidak hadir begitu sahaja sepertimana cinta fitrah.
Kadang kita harus mencintai orang yang tidak kita sukai, atau kurang kita senangi kerana Allah yang memerintahkan begitu.

Situasi 1
Seorang perempuan yang berkahwin atas pilihan keluarga, mendapati suami pilihan keluarganya tidak memiliki cirri-ciri lelaki idamannya. Hatinya merasa kurang gembira, sedih..(tiadanya cinta fitrah pada lelaki tersebut). Mungkin disebabkan oleh factor fizikal, sikap atau sebab-sebab lain. Sebagai seorang wanita yang solehah, ia menyedari bahawa ia berkewajipan untuk menyintai suaminya walau bagaimana pun keadaannya. Kerana ia tahu, kecintaannya pada suaminya merupakan tanda ketaatannya kepada Allah. Lantas saat itu, ia membuang jauh-jauh rasa tidak senang dan mula menyemai dan memupuk rasa cinta dalam jiwanya agar dengan itu ia bisa menjadi isteri yang solehah dan menenangkan suami.

to be continued......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PESAN BUAT DIRIKU DAN DIRIMU...

"Bahawa keliru besar bila engkau membuat kehidupan yang ada di sekitarmu menjadi teratur, sedangkan engkau biarkan kekacauan melanda hatimu"
~Mushthafa Shadiq ar-Rafi'i

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS