HATI INI INGIN TERUS TERSENYUM..


Dalam deraian air mata.....
yang mengalir laju,
dalam tangisan sendu....
berdepan sejuta pilu,
hati ini ingin terus tersenyum....
buat penguat jiwa..

Dalam lemah dan penat,
Dalam gusar dan gundah,
menempuh hari-hari penuh liku....
hati ini tetap mau tersenyum,
moga terukir senyuman di bibirku,
kerana ia 'kan menceriakan....
orang-orang disampingku...

Dalam setiap ujian yang ditempuh,
Dalam setiap kesusahan dan kepedihan,
aku ingin laluinya...
dengan hati yang tersenyum...

kerana pada HATI ini.....
aku dinilai disisi Tuhanku...

Ya Allah...
walau apa jua ujian-Mu,
Hati ini ingin terus tersenyum
UNTUK-MU....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DI MANA ORANG-ORANG YANG INGIN MENJUAL DIRI KEPADA ALLAH??


‘Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahu pun harta mereka dengan memberikan mereka syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah , sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al0Qu’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bwergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.’

(At-Taubah,9;111)

‘Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.’

(At-Taubah,9; 20)

ku mengharapkan di celah runtuhan ini, masih wujud insane yang masih hidup hatinya, yang bisa dibangun untuk menjadi penyelamat umat. di manakah mereka, orang-orang yang sudi menjual diri kepada Allah dengan penuh ikhlas???

seruan berkumandang sekian lama….namun sahutannya sayup-sayup kedengaran di balik dinding tebal nafsu yang mengikat hati. duhai insane yang merindui wajah Allah, sememangnya urusan jual beli ini tidak mudah, selagi mana hati kita masih kuat dipegang oleh cinta dunia, masih ragu-ragu meninggalkan kenikmatan istirehat…..memilih antara dunia dan akhirat.

tarbiyah ini bukan semata untuk kita, bukan semata untuk memperbaiki diri sendiri, ia juga hak umat ini, yang sedang menunggu, gilirannya menerusi tangan-tangan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGETUK DINDING JIWA

ketahuilah wahai anak Adam, engkau dalam kondisi hati yang sakit kerana 2 hal:
  • kerana engkau melanggar perintah Allah
  • kerana engkau tidak berzikir kepada Allah
Engkau tidak akan merasakan nikmatnya ketenangan sampai engkau benar-benar taat kepada Allah dengan melakukan perintahnya dan engkau sentiasa berzikir kepadaNya

Obatilah penyakit pengingkaranmu terhadapNya dengan taubat,
obatilah penyakit lalaimu dengan kembali kepada Allah,
lakukanlah pembersihan jiwamu dari jerat keburukan dirimu


jangan kau jadikan obsesi duniamu
lebih besar dan menggelisahkanmu dari keinginnan akhiratmu.


bersungguhlah untuk selalu menyambung hubungan dengan Allah,
jika engkau tidak sanggup, jadilah orang yang menempuh jalan menuju ALlah,
dan janganlah menjadi orang yang yang jahil

bersungguh-sungguhlah untuk menjadi orang yang dicintai orang-orang soleh kerana Allah,
jika engkau tidak bisa, jadilah orang yang mencintai orang soleh,
dan jangan menjadi orang yang dibenci orang soleh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAKIKAT TAKDIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Dalam menelusuri hidup sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, kita seringkali terserempak dengan situasi-situasi yang sukar dalam hidup….sehinggakan kadangkala, tanpa sedar kita menyalahkan TAKDIR terhadap apa yang berlaku kepada kita. Lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan perkara buruk seperti jatuhnya kita dalam lembah kemaksiatan, kerugian dalam perniagaan, kematian orang yang tersayang.
“dah aku ditakdirkan jadi macam ni, nak buat macam mana”
Namun, berbeza pula apabila diberikan berbagai nikmat, jarang sekali yang meletakkan semua itu atas takdir.
“Aku dapat 4.00 atas penat lelah aku tak tidur malam”
“Kekayaan yang saya perolehi hari ini adalah hasil titik peluh saya selama ini.”

Perkara ini telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Hadid, ayat 22-23:

‘Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,’
(Al-Hadid,57;22-23)

Namun manusia tetap tidak bisa memahami kalimah ini dan mempraktiskanNya dalam reality kehidupan sehari-hari. Setiap apa yang yang berlaku di atas muka bumi ini telah pun ditetapkan oleh Allah, dan setiap ketetapan itu mengandungi hikmah yang besar,(sama ada ia adalah buruk atau baik) yang bisa menjadikan kita lebih dekat kepada Allah jika difikirkan dengan berpandukan keimanan dalam diri.

Dalam mehamami rahsia di sebalik TAKDIR, ulama’ terkenal Ibnu Al-Jauzi telah menghuraikan serba sedikit perihal takdir ini di dalam kitabnya, ‘Mengetuk DInding Jiwa’ sebagai mana berikut:

Segala pujian hanya untuk Allah di mana seluruh perjalanan ketetapan selalu berada dalalm keteraturan hikmah.
Semua takdir-Nya atas semua makhluk-Nya selalu terlaksana tanpa ada sesiapa yang bisa menahannya.
Ia menjadi sarana yang memuliakan orang yang menerimanya selagi mereka bertaqwa kepada-Nya.
Tapi....,
Takdir juga menjadi alat yang menghinakan bagi orang yang melawan-Nya.
Takdir akan mendatangkan kehormatan bagi orang yang benar-benar menjalinkan hubungan dengan-Nya.
Takdir itu akan merendahkan orang yang membangkang terhadap perintah-Nya,
Takdir akan mengubati semua penyakit dengan ubat-Nya
Takdir akan menetapkan semua ketetapan dengan rinci sesuai apa yang di kehendaki-Nya.


Kita ambil satu contoh untuk difikirkan. Seorang pelajar yang dihadapkan dengan 2 situasi.
1. Mendapat keputusan yang cemerlang.
2. Mendapat keputusan peperiksaan yang teruk/rendah tidak seperti yang diharapkan.
Situasi pelajar yang beriman:
1. Apabila mendapat keputusan yang cemerlang, ia bersyukur pada Allah. Merasakan Allah telah membantunya sehingga ia dapat menjawab dengan baik. Ia tidak meninggikan diri terhadap teman yang lebih rendah. Ia meningkatkan ketaatan-Nya kepada Allah sebagai tanda kesyukurannya atas pertolongan Allah.
2. Apabila mendapat keputusan yang teruk, dia cepat-cepat beristighfar, mungkin ini adalah ujian Allah untukNya, teguran atau hukuman atas dosa-dosanya. Ia redha dengan apa yang ia peroleh kerana yakin telah berusaha semampunya. Ia cuba membuang rasa kecewanya dengan optimis dengan apa yang telah ditakdirkan Allah ke atasnya. Ia berazam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan usahanya untuk peperiksaan yang seterusnya.
Situasi pelajar yang ………..:
1. Apabila mendapat keputusan yang cemerlang, ia menyorak gembira.merasakan kejayaan tersebut adalah hasil penat lelahnya. Ia memandang rendah teman2 yang lebih rendah daripadanya. Ia menjadi semakin berkira dengan masanya, samada untuk menunaikan perintah Allah, membantu teman2 yang lain apath lagi untuk mengunjungi majlis2 ilmu atau aktiviti keagamaan kerana merasakan itu semua akan menghalangnya dari ‘maintain’ dalam study nya.
2. Apabila ia mendapat keputusan yang teruk, ia akan merasakan sangat kecewa sehingga berusaha untuk menyalahkan semua orang atas kegagalannya. Ia tidak boleh menerima kenyataan kegagalannya sehingga memungkinkan untuk dia melakukan perkara yang di luar kewarasan sekiranya tiada keimanan dalam diri. Ia juga akan berkira-kira masanya dengan Allah, bimbang ia akan jadi lebih teruk.

key point: OPTIMIST DENGAN ALLAH.....

dalam apa jua situasi yang didepani, mahu tidak mahu kita terpaksa jua menghadapinya. yang membezakan antara setiap dari kita adalah, apakah keimanan kita kepada Allah menjadi semakin bertambah atau berkurang seiring beredarnya masa. Moga Dia menunjuki kita jalan agar bisa melalui hidup ini dalam keredhaanNya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Perit ku rasa ingin mengorak langkah.
Seringkali kakiku tertusuk kerikil tajam...
Namun,
Menyedari dakwah yang milik Allah,
Bukan sekali-kali milik manusia,
Kutegarkan hati
Membumikan suruhan-Nya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMATIAN....


'ingatlah kamu pada pemutus segala kenikmatan....iaitu kematian'

suatu pagi, ada seorang jiran datang membawa berita...Pok Teh, rumahnya yang terletak di lereng bukit, yang juga saudara dekat abah, jatuh sakit. kena strok. abah yang waktu tu, juga tak begitu sihat, dihantar oleh jiran menaiki kereta ke rumahnya. melihatkan keadaannya yang semakin teruk, jiran tadi datang sekali lagi ke rumah menjemput saya untuk melihatnya, memandangkan kami ada pertalian. walau pun demam pada ketika itu, dikuatkan juga diri untuk melawat. keadaannya agak teruk. sudah tidak jelas bicaranya. dengan badannya yang kurus dan tidak lagi bermaya, begitu menyedihkan. matanya yang sudah terperosok ke dalam, hanya mampu menatap kosong pada para tetamu.

mengingatkan diri, betapa lemahnya kita sebagai manusia. andai Allah menarik satu persatu nikmat di badan kita...tiada apa yang akan tinggal. kadang kita terlupa, saat kita bermegah dengan kecantikan, kita 'berhabis' untuk menghias fizikal kita, saat kita menumpukan seluruh hidup kita untuk kelihatan hebat......semuanya akan begini jua akhirnya.....kecantikan akan pudar, tubuh yang kuat akan melemah, bicara lantangnya akan hilang jua...


nafasnya dihembus perlahan-lahan. orang-orang di sekeliling bagaikan dapat merasakan masanya telah hampir tiba. tumpuanku terarah pada anak2nya di sudut rumah, dengan mata merah dan sedu sedan menahan tangis, pastinya mereka belum bersedia melepaskan ayah mereka pergi. usianya masih muda, jauh lebih muda dari abah yang sudah berusia 63 tahun.

para tetamu hanya berdiam diri, berbisik-bisik perlahan dengan orang bersebelahan.... seolah-olah tidak tahu apa yang harus dilakukan. semuanya bagaikan sedang menanti waktu.
di saat jarum jam, menunjuk ke angka 4, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir......

janji Allah telah pun terlaksana.......setiap yang bernyawa pasti akan mati'

'di saat itu, anak-anak dan isteri tidak bisa membantu , dan harta tidak lagi bermakna.... segala yang dikejar di dunia ini tidak manmpu dibawa bersama.....mengingatkanku bahawa...ITULAH DUNIA....hadirnya hanya sementara.....namun bisa membuatkan kita lalai dari mempersiapkan diri menuju HARI YANG KEKAL


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS