SEDETIK YANG MENCEMASKAN!!!

Bismillahirrahmanirraheem….


Ku memandang sedikit goresan di tangan kanan…. tersenyum sendiri, memikirkan diri baru saja melepasi saat-saat paling mencemaskan dalam hidup….

Sekadar ingin berkongsi, moga ada ibrah yang boleh diambil….bagi mereka yang ingin berfikir…

Malam telah pun melabuhkan tabirnya saat aku bersama seorang akhwat lagi pulang dari Kinarut untuk menziarah sepasang suami isteri, Mak Cik Rosnani dan suaminya. Saat itu, hujan turun dengan lebatnya dan kami basah kuyup, walau pun masing-masing kami telah menyarung baju hujan.

Melihatkan beg sandang yang telah basah kuyup, aku lantas teringatkan al-Quran kesayanganku yang berada di dalam….. ‘mesti Qur’an kat dalam ni akan basah’ terdetik dalam hati…

‘Ukhti, berenti je kat mana2….hujan lebat ni’

‘Nape?’

‘Basah nanti Qur’an ni…, beg dah basah’

‘Masukkan je dalam baju hujan.’ dia menjawab sepatah

‘Oh, tak terfikir pulak…’ tangan lantas membuka zip beg, dan mengeluarkan al-Qur’an…. Al-Quran dimasukkan ke dalam baju hujan melalui leher baju dan dirapatkan ke dada…..

MUKJIZAT AL-QUR’AN

saat tangan memeluk erat al-Qur’an ke dada…diri terasa ringan seketika……

Sesaat kemudian, terasa diri sedang bergolek beberapa kali di tengah jalan. tidak ada rasa sakit, langsung tak terasa. hanya geseran lembut dan perlahan di tar meninggalkan sedikit rasa pedih….

Selesai saja babak bergolek di tengah jalan tamat, barulah ku tersedar di mana aku kini berada…tidak jauh dari tempatku terbaring…sebuah kereta sedang meluncur….ia berhenti di situ, sangat hamper…. saat itu, ku terasa tanganku masih erat menggenggam al-Qur’an di dalam baju hujan….alhamdulillah….

menyedari diri yang berada di tengah-tengah kesibukan lalu lintas, aku cepat-cepat bangun menuju ke pembatas lebuh raya. di kanan kiri, kereta bersusun melihat drama singkatku dengan aksi stunt yang sangat berbahaya…

hujan masih turun dengan lebat….

selebat air mata yang gugur menyaksikan bukti keagungan Allah….

Tangan ku angkat, dengan kalimah syukur yang tak henti-henti dari bibir, aku terasa begitu tenang…

betapa Allah telah membuktikan bahawa Dia-lah berkuasa atas segalanya, Dia-lah yang Maha Memelihara, tiada yang la8n selain Dia yang berkuasa atas sekelian makhluk...

keyakinan bagaikan bertambah tiba-tiba.....tiada ragu lagi wahai Tuhanku.....

Terasa, betapa keagungan kuasaNya yang menyelamatkanku, kasih sayangNya menyambutku saat terjatuh dan kelembutanNya menjadikan geseran di tar yang kasar tidak melukakanku….alhamdulillah…

Keadaanku mungkin lebih teruk, mungkin saja kakiku patah, mungkin saja kepalaku berdarah, mungkin saja kereta-kereta dikiri kananku merempuh……

Namun…. KASIH SAYANG-NYA MENDAHULUI SEGALANYA…..

subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…

Astaghfirullah….Astaghfirullah…Astaghfirullah…

Rasa kaget dari penonton masih ketara, kereta-kereta masih tidak mahu berganjak, memastikan keadaanku di situ…

Sekadar mengangkat tangan dan mengangguk perlahan, sebagai tanda tiada kecederaan teruk padaku….kuukirkan senyuman buat mereka (yang mungkin terlindung oleh pekat malam) untuk menghilangkan rasa kaget itu….

seorang pak cik keluar dari kereta (yang beberapa cm lagi akan merempuh tubuhku)untuk melihat keadaanku. aku sekadar menggelengkan kepala sebagai tanda ‘tak ada apa-apa’. kedengaran suara dari kereta lain yang memintanya mengangkatku. aku sekadar mengangkat tangan dan mengangguk berkali-kali untuk menyatakan ‘saya ok’.

“kamu tak apa-apa ke? betul ni?” pak cik itu nampak risau.

“saya tak apa-apa, insya’Allah…alhamdulillah…boleh tolong ambilkan beg saya..” ku menunjukkan ke arah begku yang tercampak di tengah lebuh raya 3 line itu.

ku memandang ke depan, motorsikal yang dipandu akhwatku sudah tidak kelihatan, ‘mungkin dia tak sedar…’ hatiku berbisik perlahan…

masih terngiang doa yang seringkali ku bacakan….

‘Ya Allah, kurniakan aku ketenangan dalam setiap apa juga keadaan yang menimpaku…’

Alhamdulillah….aku merasakan ketenangan itu….

‘pak cik boleh bawa saya ke tepi jalan…’ aku jadi takut pada kereta yang masih sesak…

‘temankan saya sekejap…saya nak tunggu kawan saya, mungkin dia tak sedar saya jatuh tadi’ hanya pertolongan itu yang bisa ku pohon pada ketika itu, dalam keadaan gelap begitu.

‘mari saya temankan…’

tidak lama kemudian, ternampak kelibat akhwatku, berjalan perlahan-perlahan di tepi jalan, bagaikan mencari barang hilang……dia kelihatan risau…

seseorang di dalam jip hitam memanggilnya dan memberitahu sesuatu…

dia berpaling ke arahku…pantas aku mengangkat tangan….

dia risau….

“alhamdulillah…keadaan saya mungkin lebih teruk kalau Allah menginginkan begitu…”

Ya Allah, mungkin ini mukjizat al-Qur’an-Mu…Al-Qur’an yang didakap erat di dada kupeluk penuh rasa rindu….inilah pengubat hatiku…..

terasa ringan di saat ku memeluknya sebelum jatuh di atas lebuh raya…..jatuhku bagaikan disambut, tidak terasa, lembut mencecah tar, badan bergolek-golek perlahan, sekali, 2 kali, 3 kali, 4 kali (sempat ku hitung) …..itu yang bisa ku ingat……

SubhanAllah, jika di dunia ini…begini sekali mukjizatnya bisa menyelamatkanku….bagaimanakah di akhirat kelak????

‘Aku ingin lebih dekat dengan Al-Qur’an, kalimah Allah, surat cinta-Nya….’ itu janjiku

sungguh indah…..

kemalangan ini tidak meninggalkan kesan yang banyak pada tubuh, hanya goresan kecil yang bakal hilang sehari dua lagi,….tetapi ia meninggalkan kesan yang besar pada hati…..sekali lagi KAU tawan hati ini….

bagaikan ‘CUBITAN SAYANG’ yang menambahkan rasa CINTA…..

…NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN???...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

talk about......THE ARRIVAL....(intro)

bismillaahirrahmanirraheem.....

Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam....alhamdulillh kerana dia masih mengizinkan untuk kita terus hidup dalam rahmat dan kasih sayang-Nya....hidup dalam limpahan nikmat......yang tanpa kita sedari, jarang sekali kita syukuri....

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.......

Insya'Allah, teringin sekali ingin menyebarkan mesej tentang aktiviti2 dajjal yang sedang berleluasa serata dunia hari ini....worldwide....walau pun dah sangat lama terexpose pada isu tergempar ini. Dah berkali-kali berniat mau menulis tentang The Arrival Series ini tapi sering dibatalkan kerana ianya sangat panjang untuk diceritakan dan memerlukan komitment yang tinggi untuk menghabiskannya, itulah sebabnya rasa berat untuk menulisnya. Namun, kena jugak gagahkan diri untuk menukilkannya di sini, walau pun sikit-sikit.... mana tau bermanfaat untuk kita semua.....Dan....alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan jua saya untuk berkongsi di ruangan ini hari ini.....

untuk diri sendiri....wake up!!!! jangan malas-malas..

WAKE UP PROJECT!!!
Project ini dinamakan, 'wake up project'....sesuai dengan tujuan asalnya untuk 'mengejutkan' kita semua dari 'tidur' kita yang panjang dengan memaparkan keadaan 'sebenar' yang berlaku, yang mana seharusnya bisa menyedarkan kita bahawa kita seharusnya 'bangun' dari tidur kita untuk memperbaiki diri dan berdepan dengan tentera dajjal yang sedang menguatkan kekuasaannya di atas muka bumi ini.... berpangkalan di 'WAKEUPPROJECT.COM, beribu-ribu penonton yang telah 'terjaga' dari tidurnya sedang sibuk membincangkan tentang permasalahan umat dan berusaha untuk mengumpulkan kekuatan untuk terus menyedarkan umat Islam hari ini khasnya dan umat manusia amnya dari cengkaman 'dajjal bermata satu' dan konco-konconya.
laman web rasmi: wakeupproject.com

antara video yang dihasilkan dalam project ini...

pernah dengar tentang THE ARRIVAL????


THE ARRIVAL merupakan video bersiri dokumentari (50 episod;siri 1&2) yang telah dihasilkan oleh Noreaga dan Achenahr telah pun berjaya menggemparkan laman you tube dalam usaha untuk membongkarkan tentang keberadaan, bukti2 dan tanda2 kemunculan dajjal serta pihak2 yang bersangkutan dengan mereka. Video siasatan yang membongkarkan pelbagai bukti nyata yang berada di sekeliling kita dan yang tidak kita sedari selama ini pastinya akan membuka mata kita lebih luas terhadap apa yang sedang berlaku di dunia kita hari ini....malah siri ini telah menjadi fenomena bila mana berjaya perhatian sekali gus menyedarkan ribuan, hampir jutaan penonton untuk mengikuti dan menyokong malah turut bersama-sama menyebarkan kebenaran ini.

tak mungkin saya mampu menghuraikan segala fakta yang dirungkai dalam siri ini sekali gus sepenuhnya, tapi saya berusaha untuk menghuraikan secara terperinci semampu saya sedikit demi sedikit untuk kita memahami hakikat kewujudan dan penguasaan dajal atas kita dalam dunia ini,yang mana didalangi oleh pihak2 zionist melalui gerakan freemasonary.setiap fakta yang disebutkan dalam siri ini mempunyai bukti2 yang berada di sekitar kita dan juga kajian2 yang dijalankan, dan yang paling penting merujuk kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.....

video bersiri ini telah merungkai beberapa 'top secret' yang menggemparkan yang mungkin tidak bisa terfikir oleh pemikiran kita. agenda yang telah dirancang beribu tahun ini, telah pun hampir berjaya disempurnakan. berikut merupakan, beberapa topik yang akan saya bincangkan berdasarkan kepada 50 episod siri The Arrival.

  1. Siapa ZIONIST? FREEMASONARY? DAJJAL?
  2. SYMBOL2 dajjal di sekeliling kita
  3. Di Sebalik MATA WANG??
  4. Kisah semalam...kisah hari ini...PENJAJAHAN???
  5. HOLLYWOOD.....milik siapa???
  6. MIND CONTROL....minda anda dalam bahaya!!!
  7. MATERIAL??? Kita tertipu???
  8. Ada apa dengan SISTEM??? kita TERPENJARA???
  9. Kedatangan IMAM MAHDI...NABI ISA...menanti atau bersedia
Nantikannya.......
Akan bersambung....Insya'Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS