KASIH MANUSIA….


Kaki melangkah perlahan-lahan….penat terasa,

Pulang dari ofis, terus ambil bas ke UMS…

Ada tazkirah malam ni….

Baru je turun dari bas, perlu menapak masuk…jalan kaki lagi…

Belum sempat memasuki pintu gerbang

Mata terpandang satu wajah yang dikenali,

Di dalam sebuah kereta yang dikenali juga…

Berhenti di hadapan traffic light,yang sedang menunjukkan warna merahnya,

‘Waaaa….rindunya’,

Dah lama tak jumpa….

Hati berbuanga riang, bak mekar di taman…

Tangan menyelongkar handphone di dalam beg sandang,

Alhamdulillah jumpa…

Cepat, cepat…sebelum dia pergi…hati menjerit…

Satu nama di dail….

Mata memandang ke depan, dengan tersenyum…

Dia masih di situ,

Jarak kami tak sampai 5 meter pun,

Bunyi deringan….masuk,

Mata masih memandang dgn wajah tersenyum….

Best jugak kalau dia berpaling ke sisi, confirm terus Nampak,

Kelihatan, dia melihat ke seat sebelah yang kosong,

menyelongkar handbegnya,

Yes!!

Dia memandang telefon di tangannya…

Aku masih menanti, deringan masih berbunyi, tunggu di angkat,

Lama….

Tiba-tiba….

“number that you…..”

‘Isy perempuan simpanan sapa la pulak….’ Voice mail…

Sedih, melihat dia matikan telefon…

Telefon diletakkan kembali ke seat sebelah

Semuanya berlaku di depan mata…..

Tertunduk seketika….

Beberapa saat, nafas disedut sedalam mungkin…

Senyum terukir di bibir memujuk diri yang kecewa…

Langkah diatur….memasuki gerbang university menuju bus stop.

Ada sedih dalam dada…

Dia yang ku anggap seperti ibu…

Kemesraan kami yang bagai baru semalam menggamit di hati…

Ya, terlupa pula…kami dah lama tak jumpa…dah hamper 3 bulan,

Masa….menjarakkan kita…

Berhenti di pondok bas….

Ada air mata menitis….

Terakam semua kenangan indah…

dulu, dia ibarat seorang ibu yang penyayang

Dan aku masih merindukan semua itu …

Apakah masa telah memadamkan segalanya,

Cinta manusia bisa pudar…

Kasih manusia bisa hilang…

Sayang manusia bisa padam…

Dan masa telah merubah segalanya..

Masih tak mahu berputus asa…tangan laju menaip mesej…

Takut salah sangka mungkin dia sibuk…

Mesej di send……..

…..

Apa yang pasti….itulah yang terakhir…..

Kuingatkan kembali pada diri…

‘andai manusia datang kpd kita, penuhilah keingginannya semampu kita..andai dia pergi dari kita, abaikan saja keinginan kita padanya.’

Manusia,hanyalah makhluk yang lemah…jangan mengharap walau sedikit, hanya Allah tempat menggantung harap…

Jam menunjukkan pukul 6.10 minit.

‘Tak lama lagi dah nk azan maghrib…’

Terus ambil keputusan untuk berjalan menuju library…solat di sana.

Sambil berjalan, minda ligat berfikir, hati masih mau berkata-kata…

Beristighfar seketika….

Tenangkan diri…

Apakah hikmah di balik semua ini???

Cepat !!!! luruskan niat! Yang di dalam bersuara..

Mana pembaris!!! Hati bersuara nakal…huhu…

Ku pejamkan mata seketika…

Berbisik perlahan, bermonolog, bermohon…

Ya Allah, aku merantau sejauh ini…..,

bukan kerana sesiapa, yang bisa buatku bahagia,

bukan jua untuk mengejar dunia..

yang dengannya aku bisa senang lenang…

Aku sedar, di sini aku sebatang kara…

Aku tak punya sesiapa…

kadang manusia berdatangan padaku…

kadang aku ditinggal sendirian…

Tapi aku sedar…

Kau ingin mengingatkanku kenapa aku di sini…

Agar hatiku tidak beralih arah….

Aku di sini untuk mencariMu, mencari redhaMu, mencari jalan untuk pulang padaMU….

Walau perit, walau penat, walau sendiri,

Ini jalan yang aku pilih….

Dan aku ingin tetap di sini..

Ada air mata luruh…..,

bersama senyum terukir di bibir…

Tersenyumlah wahai hati…,

kau perlu sentiasa tersenyum…

Agarku tetap kuat melangkah ke depan…

Langit kemerahan, di ufuk…

Azan berkumandang……….

‘Maghrib sudah….’

Langkah di atur laju…

Only ALLAH…

that….

Always be there…always be there…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARUN YAHYA CONFERENCE

Alhamdulillah, yesterday, I met Dr Ahmet Aktar Babuna, the presenter of Harun Yahya Conference from Turkey, in Kota Kinabalu, Sabah. We just have a short conversation after the conference but it’s worthwile enough for me. Alhamdulillah….

Because of no enough time, we continue the conversation through email.
Dr Babuna, in his email, said:

”Read his (Harun Yahya) books and teach everybody around you what you learn to gain the great pleasure of ALLAH”

And I said to myself....
"Yes, of course I will, as far as I can"

Above are detailed about the conference:

Located: Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu
Date: 2nd April 2011
Time: 9.00am-12.30pm

Presenter (from Turkey):
1) Dr Ahmet Aktar Babuna (Islam & Science)
2) Mr Turgut Aksu (Miracles of Al-Qur'an)

let’s learn more… at….http://www.harunyahya.com and http://www.harunyahya.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS