SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN


PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON!!!

DIPERINGATKAN SEKALI LAGI!!!!!!

SEKARANG ANDA SEDANG MELALUI SATU PEPERIKSAAN. TEMPOH UJIAN TIDAK DIBERITAHU. MASA MENJAWAB ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP CALON. ANDA BOLEH MENJAWAB SEHINGGA LOCENG PENAMAT ANDA DIBUNYIKAN.

MAKLUMAT BERKAITAN PEPERIKSAAN:

  • SOALAN BERBENTUK MULTIPLE CHOICE QUESTION (MCQ), DAN AMALI .
  • PENGAWAS PEPERIKSAAN ADALAH RAQIB DAN ATID

Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir (Qaaf,50;18)

  • OPEN BOOK TEST! DIBENARKAN MENIRU!

Buku teks dan rujukan juga dibenarkan dibawa masuk ke dewan peperiksaan. Anda boleh merujuk mana-mana buku, juga dibenarkan bertanya pada yang lebih arif jika rasa tak dapat jawab dengan baik.

Anda digalakkan untuk merjuk kepada buku teks yang telah disediakan oleh PENGUASA PEPERIKSAAN, dan dijamin keasliannya iaitu al-Quran. Banyak info berkaitan peperiksaan ini terdapat di dalam buku tersebut, seperti cara pemarkahan, soalan-soalan past year, macam mana nak dapat bonus, nak betulkan jawapan yang salah, semua ada.

Peniruan adalah dibenarkan dalam peperiksaan ini. di sekeliling anda ada pelbagai contoh-contoh jawapan yang boleh anda ambil sebagai jawapan anda. Tetapi tidak ada jaminan bahawa jawapan mereka adalah betul belaka. Terpulang, calon yang bagaimana anda pilih untuk ditiru.

Tetapi anda sangat digalakkan untuk meniru jawapan-jawapan peperiksaan ’best student’ yang paling disegani iaitu Muhammad saw. Disebabkan tempoh peperiksaan Baginda telah pun tamat 1400 tahun dahulu, anda dibenarkan merujuk skema jawapannya yang banyak dibukukan. Boleh rujuk dalam Sahih Muslim, Bukhari, dan kitab-kitab hadis yang lain. Pastikan kertas jawapan tersebut, sahih, benar-benar dari Rasulullah saw.

TERUSKAN MENJAWAB SEHINGGA LOCENG PENAMAT ANDA BERBUNYI!!

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."

(Surah Al-Mulk;ayat 1-2)

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur ang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat."

(Surah Al-Insan, ayat 2)


p/s: artikel ini menggunakan analogi tahap tinggi, maaf kalau tidak dapat difahami dengan baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambungan…….2 HARI PENUH MAKNA

Tak sangka masih ada sambungan….(2 hari penuh makna)

Saat terbangun dari tidur semalam, dalam pukul 11.30 malam (tidur awal), terpandang handphone, ‘1 new message’ sedang menanti untuk di ‘view’. Butang ‘view’ di tekan, terpampang satu mesej,
salam, Kak hidayah. akak busy ke. Ni adeq yang akak datang rumah ariey ahad tu” otak mencari- cari fail memori yang sesuai untuk dibuka. Rumah yang mana satu ye. butang ‘reply’ ditekan “salam, tak busy sangat pun. Maaf, nama sapa ye. Akak lupa. Rumah kat mana?” selepas mesej dah di’send’ ku melangkah ke bilik air, sambil minda ligat memikirkan sesuatu. ’rumah yang mana ye. Macam banyak rumah je yang pergi. Ke Likas hari tu pun hari ahad rasanya’ bermonolog sendiri. Kembali ke bilik, mesej berbalas sudah. ”rumah kat kimanis. Akak singgah masa moto akak pancit. Saya yang pakai baju kurung” ’Owwhhhh......baru ingat. Tetiba cam rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah.....teringat perbualan bersama hajar atas motor waktu balik dari rumahnya, ”akak perasan tak, keluarga dia nampak cam hanif sangat”hanif? Apa tu?” ”cam bersih....” ”owhhh, naif. Betul, diorang sangat baik. Cuma diorang belum betul-betul kenal Islam .” ku menyambung ”kalau hubungan ni kita jaga dengan baik, insya’Allah, diorang dapat rasa nikmat tarbiyah tu. At last tempiasnya.” subahanallah, tak sangka Allah mendengar suara hati kami. Tak sangka, hubungan ni tak terhenti setakat hari tu je. Betapa hebat perancangan Allah, pertemuan yang sangat singkat itu, rupanya membuahkan bibit ukhuwah islamiyah yang sangat baik. Nomborku dia dapat dari Mak Cik Rosnani.Ada nampak usahanya di situ.
Mesej kami masih berterusan, katanya dia ingin mengenaliku lebih rapat . alhamdulilah, Allah campakkan itu di hati kami. Bukankah Allah yang memegang hati-hati manusia. Rindu, benci ,sayang, semuanya pemberian Allah, samada ia berupa nikmat atau ujian, sama-sama renungkan balik. Kami berkenalan, kutanya nak panggil apa, dia mesej balik ”keluarga panggil Aden, kawan2 sekolah panggil Faz. Akak boleh panggil ikut mana yang akak suka” ku memilih untuk memanggilnya Aden, lebih mesra. Ada nilai kekeluargaan di situ.
Ku berfikir sejenak,....
tak ada apa yang berlaku sia-sia, semuanya ada hikmah disebaliknya samada kita sedar atau tidak, kita ambil tahu atau pun tak. Dan hari ini ku peroleh satu lagi ilmu serta hikmah. Moga Allah pancarkan hidayahNya buat kita semua..
Ya Allah, bukakan kami pintu-pintu untuk melakukan kebaikan dalam membawa agamaMu. Ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CORETAN INI BUATMU………….DUHAI PEMUDA

Ini hanyalah sekadar bicara hati seorang wanita.....……,
Yang hidup di tengah-tengah kalian…...


Persiapkanlah dirimu!!!

Suatu hari, dalam perhimpunan keluarga…abang menyuarakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya. Hasrat tersebut disambut dengan baik oleh adik beradik yang lain. kitorang 9 dik beradik. Saat itu, terdetik di hatiku, ‘dah nak kawin rupanya abangku yang sorang ni.’ Gambar calon pilihannya dikeluarkan dari dompet, ’wah! Ni dah kira serius. Tak perasan pula abang dah ada teman istimewa. Nampak cam sempoi je’ terkejut melihat kesungguhannya. Seperti biasa, kami adik beradik akan berbincang secara direct. Abang mintak pandangan...setuju ke tak, boleh lepas tak.(mesti dapat persetujuan semua ahli keluarga) Adik beradik yang sangat supporting, mereka tak banyak komen,semua menyokong. yang penting orangnya boleh ’masuk’ ngan kitorang,means...boleh bergaul dengan baik, dari sudut agama tak kisah sangat, yang penting menjaga adab sopan, hormat orang tua. Itu yang lebih diutamakan. Saat semua orang menyokong hasrat abang, tengah sibuk-sibuk tanyal pasal calon abang, kakak minta nombor telefon, nak test katanya, nak kenal lebih dekat. aku masih lagi menjadi pemerhati, pendengar paling setia. ”hidayah, mu setuju tak, Ajik nak kawin ni?” kakakku bersuara. Aku terdiam, berfikir sejenak. Adik beradik yang lain memandangku. Ku menggeleng perlahan, dengan senyuman terukir di bibir. Mereka agak terkejut. Abang sulung pantas bersuara. ”jik, hidayah nok mu kawin ngan saing-saing dio ah” laju je dia buat conclusion. Ku menunjukkan riak tak puas hati ”mana ada!” ku menjawab ringkas. ”tak suko ke Ajik kawin. Sian dio” kakak bersuara ”ha’ah la, aku ni tuo doh” abangku yang berumur 27 tahun itu menyampuk dengan nada bergurau. Heee, aku tergelak, Kemudian ku tersenyum. ”hmmm,bukan tak sukolah. Mestilah suko, Cuma....aku rasa cam ada benda tak settle” ku berterus terang.”Ajik betul-betul suka dio ke?” ”takde la betul-betul suko pun. Kesian dio, lamo doh dio tunggu” abangku berterus terang. Lidahku kelu, ...yang lain turut menunggu butir bicara yang belum sempat kususun elok, takut diorang salah faham. ”nak kawin bukan mudoh. Kenalah wat persediaan gak.At least, tau la serba sikit pasal agama, takkan nok mintok binimu jadi imam semayang kot. ku meluahkan perasaanku..(teringat pula, abang selalu mengelak kalau nak berjemaah ngan dio. Tak layak katanya).maaf la, ni pendapat orang tak kawin lagi. Mungkin salah ”takpe, bila dah kawin, tau la dio nak berubah” antara jawapan yang ku terima dari abang dan kakakku. Ku diam, malas nak bertingkah. Aku sekadar memberi pendapat.

Aku tidak kisah, siapa yang abang pilih. Jodohnya Allah dah tetapkan. Ku tatap wajah abangku ini. dia seorang abang yang baik, sangat baik. Ku sayang dia. walau dia kurang pengetahuan agama...dia tak pernah ego, tidak mudah melenting jika dikejutkan bangun subuh. Walaupun sembahyangnya tenggelam timbul, dia mengaku dia salah. pernah ketika kami berbalas mesej , abang menyatakan hasrat hatinya untuk berubah. Dia tahu dia jahil, dia tahu banyak buat maksiat.Dia sedar kelemahannya, malah dia bersetuju saat aku menyarankan dia belajar mengaji walau pun sampai saat ini dia masih belum menemui orang yang ingin mengajarkannya, berkali-kali ku minta kawan di KL mintak sapa-sapa yang boleh tolong ajarkan. Belum ada respons. Ku yakin abang sedang menunggu. Sampai suatu ketika, dia minta aku sendiri yang mengajarnya. Namun, laut china selatan yang memisahkan benar-benar buat aku buntu. Nak berenang tak sampai, nak naik flight pun, pilot mesti tak kasi punya kalau takde tiket. Hmmm. Aku dah cukup senang, bila dia menyambut baik setiap kali di ’missed call’ kejutkan bangun subuh, atau bersahur di bulan Ramadhan. Mesej-mesejku mengingatkan tentang solat jumaat juga tidak pernah dia abaikan. Hati ini sangat mengharapkan abangku yang ini akan tersentuh jua nikmat tarbiyah, mengenal Islam dan merasa indahnya iman sebelum dia ditabal menjadi pemimpin sebuah keluarga. Lagi bagus, kalau dia dapat sama-sama berjuang membawa agama Allah. Salahkah aku? Terlalu tinggikah harapan ini. Aku sayang abang. Aku tidak mau abang menyesal di kemudian hari.

Kerisauan ini kutujukan bukan untuk abangku sahaja, tapi untuk kalian juga, setiap daripada kalian. Yang bergelar LELAKI.

Wahai pemuda, persiapkanlah diri kalian!

Ar-Rijaalu qawwaamuuna’alannisa’

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),.....

Sesungguhnya diciptakan lelaki dan perempuan itu dengan fitrahnya sendiri...
Lelaki itu fitrahnya sebagai pemimpin dan wanita itu pendokongnya...

Bermula dari bapa yang kurang mengendahkan didikan agama kepada anak-anak, abang yang tak mampu membantu mengawal ahli keluarga, rakan sebaya yang tidak mengajak kepada yang makruf dan melarang yang mungkar...semua ini adalah punca merebaknya barah kemungkaran dan kefasikan di kalangan masyarakat....di mana jua posisi kalian. Kalian ada tanggungjawab......


Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka..

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjagamaruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat....


firman ALLAH S.W.T.:-

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Walau apa status anda sekarang, kalian tetap akan berada pada posisi ini, jika bukan sekarang, akan datang....maka persiapkanlah diri!


KALIAN HARAPAN UMMAH…….

Suatu ketika, hati merasa begitu sedih, kadang terasa kecewa, kadang air mata menitis jua…bila mengingatkan dirimu duhai lelaki…..aku ter’menangis’ mengenangkan kalian

Ketika menaiki bas untuk ke kuliah, gegendang telinga menangkap rangkap-rangkap dari lagu ’aku pencinta wanita’ yang bergema di dalam bas. Aduh, terasa ada sesuatu menikam lubuk hatiku, Hati jadi sayu. Menghayati setiap baris liriknya. Hati merenung sejenak.Inikah kualiti pemuda hari ini? inikah pemuda yang akan memimpin ummat ini pada masa depan. Begitulah gaya hidup hari ini, kalian dilalikan dengan bius ’cinta murahan’ yang bisa menghanyutkan kalian ke lautan angan-angan yang tak bertepi. Media massa sibuk siang malam meuar-uarkan gaya hidup penuh fantasi ini. Berbagai lagu bermadah cinta digubah, puisi-puisi dikarang buat memerangkap jiwa-jiwa kalian hingga kenikmatan cinta itu menjadi matlamat hidup. Hidup bertuhankan nafsu semata.. sedang dalam masa yang sama jasa kalian diperlukan untuk memimpin ummat, mengangkat kembali martabat Islam setelah dengan serakahnya dipijak oleh kaum kuffar.Saat pemuda-pemuda Palestin sedang berhempas pulas menyelamatkan bumi milik umat Islam dari ternoda pihak kuffar, pemuda kita masih lagi disibukkan dengan game yang melambak dalam komputer. masih lagi tak bisa melepaskan diri dari 'cengkaman' Dragon Ball', 'Conan', 'Spiderman' dan rakan-rakannya yang lain. mungkin kalian lupa, semua animasi-animasi itu telah menutup pemikiran kalian dari melihat dunia yang sebenar.

Bila bidang perguruan heboh dengan isu kekurangan guru lelaki menyebabkan disiplin pelajar sukar dikawal di sekolah....ku katakan pada diri...bukan kurangnya lelaki, tetapi kurangnya lelaki yang beriman., yang berusaha untuk membawa agama Islam kembali ke tengah masyarakat, menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Bukankah Islam ada ubat untuk segala permasalahan. begitu juga dari sudut yang lebih luas, moral masyarakat hari ini yang teruk juga, berpunca dari perkara yang sama. Kita 'kepupusan' lelaki-lelaki soleh, yang beriman, yang bertanggungjawab untuk memimpin, at least keluarga masing-masing.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan kalian seratus peratus. Tapi di tangan kalian terletak titik penentu, kalian punya kuasa untuk memastikan maksiat tidak berlaku. .

Bilamana Allah memerintahkan manusia untuk menjaga batas pergaulan, Allah perintahkan dahulu kepada lelaki untuk menundukkan pandangan,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
An-Nuur:24:30

Dan diikuti oleh ayat seterusnya, perintah untuk perempuan.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,....
An-Nuur,24:31

Sedarkah kalian, dengan keimanan yang teguh di dada kalian, godaan-godaan ini tidak memberi makna, ia akan bisa ditepis dengan keimanan kalian.. Betapa banyak maksiat bisa dielakkan. Betapa banyak syaitan menangis kecewa dan putus asa. Jangan persalahkan golongan wanita bilamana kalian tidak mampu bertahan. Apakah kalian akan persalahkan kertas soalan bilamana tidak mampu menjawab peperiksaan dengan baik? Lihatlah sejauh mana persiapan kalian untuk berhadapan dengan ujian ini. kami ini adalah ujian buat kalian, maka takutlah kalian...bukankah Rasulullah telah berpesan ”takutlah kepada wanita dan takutlah kepada dunia. Sama sahaja, wanita itu solehah atau tidak, ianya adalah ujian buat kalian. Mari kita ambil ibrah (pengajaran) dari kisah Nabi Yusoff dan Zulaikha. Yusoff juga digoda, malah mungkin godaannya lebih hebat, di dalam bilik yang berkunci, tetapi dia tetap bisa bertahan. Kerana keimanannya, kerana takutnya kepada kemurkaan Allah, ia bisa bertahan dengan godaan Zulaikha, malah dengan keimanannya jua ia bisa mencairkan hati Zulaikha sehingga Zulaikha akhirnya lebih mencintai Allah berbanding Nabi Yusoff sendiri.

Wanita itu fitrahnya lembut, menurut, mudah dilentur.....bak kata orang Melayu, keras-keras kerak nasi......walau seteruk mana perempuan itu, jika kena caranya, alhamdulillah, dia bisa berubah. Jika dilihat pada sejarah, berapa banyak wanita yang tunduk patuh pada agama setelah dididik dengan baik, Balqis bisa tunduk menyembah Allah, di tangan Sulaiman, Zulaikha bisa berubah kerana Yusof, malah bekas pelakon wanita, Nur Kumalasari juga bisa diselamatkan dari dunia seninya hasil didikan seorang suami yang soleh. Ini hanya akan berlaku jika kalian benar-benar persiapkan diri dengan pengetahuan Islam dan iman yang mantap. Bukankah Allah telah memberi panduan kepada lelaki bagaimana cara menangani isteri?

”.......Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
An-Nisa,4:34

Tetapi berbeza dengan lelaki. Jika kalian tidak memperbaiki diri sekarang, apakah kalian yakin, kalian boleh dibentuk oleh isteri masing-masing. Setakat ni, saya belum jumpa ayat al-Quran yang menunjukkan wanita cara macamana nak mendidik suami. Lebih-lebih lagi lelaki itu ada egonya sendiri. Wanita itu pula tercipta untuk dipimpin bukan memimpin. Emosinya melebihi akal warasnya. Diciptakan untuk menjadi sayap kiri, mendokong para suami. Andai suaminya bengkok, maka apalah sangat yang termampu dilakukan para isteri, selain dari menangis dan berdoa. Kerana itu, tidak pelik jika banyak kes-kes penceraian berlaku hari ini. tak kisah siapa yang salah. Suami tidak mungkin mampu memperbaiki isterinya jika dia juga bermasalah. Andai hari ini, kalian melakukan maksiat dengan wanita lain, maka kelak jangan pelik jika isteri anda turut melakukan maksiat dengan lelaki lain. Semua masalah bisa diatasi dengan kembali kepada Islam. Di tangan kalian tergantung amanah Allah.

Dan Allah membuat (pula) perumpamaan: dua orang lelaki, yang seorang bisu, tidak dapat berbuat sesuatupun dan dia menjadi beban atas penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikanpun. Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia berada pula di atas jalan yang lurus?
An-Nahl,16:76

SAMBUTLAH SERUAN INI

Melihatkan keadaan ummat hari ini, hati ini begitu mengharapkan hadirnya pemuda-pemuda yang sudi menjualkan diri, menginfakkan ruang-ruang dari hidupnya, mengorbankan jiwanya untuk memikul agama Allah, menegakkannya kembali Islam di tengah-tengah masyarakat.

Terimbau kisah pemuda-pemuda yang hebat digambarkan di dalam al-Quran:

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.
Al-Kahfi, 18:13

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
(Al-Kahfi,18:10)

Hati begitu mengharap akan kebangkitan kalian, saat mendengar nasyid ’Generasi Harapan’

Di mana di cari pemuda kahfi...
Terasing demi kebenarn yang hakiki.

Di mana jiwa pasukan mara berani
Menoreh nama mulia yang perkasa abadi


Jiwa perempuanku terusik, mengingatkan Khalid al-Walid, saat dia mengatakan,

”aku lebih menyukai malam yang sangat dingin dan bersalju,di tengah-tengah pasukan yang akan menyerang musuh pada pagi hari, daripada malam aku mendapat pengantin yang aku cintai, atau aku diberi khabar kelahiran anak laki-laki.”

Ku tertanya sendiri, Masihkah ada jiwa-jiwa seperti ini?

Begitu juga bila mengenangkan kisah Hanzalah....

yang tegar meninggalkan isteri yang baru dinikahi, untuk ke medan tempur dan akhirnya syahid di sana. Sehinggakan malaikat yang turun memandikan jenazahnya, lantaran keluar menyahut seruan berjihad tanpa sempat untuk mandi junub. Subhanallah!

Bila mengenangkan suatu ketika dulu....

Saat seorang muslimat yang diganggu oleh lelaki yang bukan Islam, segerombolan muslimin datang membela maruahnya...atas nama persaudaraan Islam. Sehinggakan kaum wanita begitu terbela, merasa selamat dari gangguan manusia.

Aku jadi sedih, Masihkah wujud generasi seperti ini untuk dijadikan sandaran?

Ketika terejumpa ayat ini.....

Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu."
Yaasin,36:20

Terfikir di benakku masih wujudkah, laki-laki seperti yang sudi menjadi pendokong pada risalah dakwah?

Bangkitlah dari lenamu, wahai naga-naga Allah. Kebangkitanmu bisa mengecutkan perut musuh-musuh Allah.Api marakmu bisa membakar hangus puing-puing kemaksiatan dak kekufuran.
Dah terlalu lama lenamu. Bangkitlah!

SAMPAI MASANYA......

Dunia ini sementara...nikmatnya sementara, kepenatannya juga sementara. Apa yang nak dihairankan dengan dunia ini. tiada apa yang kekal.
Wahai pemuda-pemudaku,
Tunggulah suatu masa,...... bidadari-bidadari sedang beratur menunggu kalian....

”Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari " (Ad-Dukhan,44:54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin"
(Ar-Rahman,55:56)

"Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik."
(Ar-Rahman,55:70)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS