Bangunlah dari lena!!

Umat Islam hari ini bagaikan naga-naga yang sedang tidur,
Suatu ketika dulu, memang! Ia begitu digeruni…Islam dipandang tinggi dan manusia tunduk padanya…namun, apalah yang ada pada naga yang sedang tidur, tidurnya begitu panjang, tidur pulas, tidur mati. Tidak bisa menggentarkan sesiapa pun.
Musuh islam pastinya seronok dengan situasi ini. Lantas sang naga dikipas-kipas agar tidurnya nyaman, agar tidak bisa jaga terus dari tidurnya. Ia dikipas dengan pelbagai kenikmatan dan keselesaan sehingga ia tidak bisa terjaga saat saudaranya berteriak kesakitan dizalimi pihak kuffar, ia tidak menyedari saat satu persatu negeri umat Islam dijajah pihak zionis, dia tidak membuka mata saat jeritan-jeritan umat Islam kedengaran di pelusuk negeri meminta pertolongan. Dia masih di dalam lenanya yang panjang.
Saat matanya terbuka seketika, sesekali kedengaran bunyi-bunyi teriakan..namun bunyi itu hanya membuatkan si naga kemarahan kerana tidurnya diganggu. Bimbang si naga terbangun, musuh Islam mengibasnya kembali, agar kembali terlena. Begitulah setiap kali. Siapakah yang bisa membangunkan naga-naga ini?? Memberitahu reality yang sedang berlaku kepada saudara-saudaranya, memberitahu bahawa khidmatnya diperlukan??

Aduhai, naga-naga Allah, berapa lama lagi kamu akan terus lena?

Bangkitlah dari lenamu!

Sungguh saudaramu sudah kekeringan air mata untuk menangis,
Tangan yang menggapai dah terkulai layu…..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Takutlah Hanya Pada ALLAH!

Andai kau menyedari bahawa……
setiap titis darahmu,
Allahlah yang menjaga alirannya,
setiap proses biokimia di dalam sel dalam badanmu,
Allahlah yang mengawalnya,
setiap sedutan nafasmu,
Allahlah yang mengizinkannya berlaku,
Maka siapakah yang sepatutnya engkau takuti selain Allah?

Jika kau memahami bahawa…….
hidup ini tak akan pernah berlangsung tanpa keizinan dari Allah,
kenikmatan dunia takkan bisa dikecapi tanpa kasih sayang Allah,
kecintaan seorang wanita/lelaki terhadap dirimu itu datangnya dari Allah,
rezeki yang kau perolehi itu semuanya milik Allah…..
Maka siapakah yang sepatutnya engkau takuti selain Allah?

Jika kau bisa membayangkan bahwa….
Aliran darahmu itu, jika disekat selama beberapa saat….
bisa buat dikau kelumpuhan,
Sedutan nafasmu itu, jika Allah hentikan buat seketika…
bisa buatmu kaku tak bernyawa,
Allah bisa mendatangkan mudharat padamu dalam masa sesaat
tanpa perlu apa-apa sebab,
Maka mengapa ketakutanmu pada selain Allah lebih ketara?
kau takut pada segala-galanya selain Allah,
kau takut pada binatang buas,
kau takut pada pihak berkuasa,
kau takut kemiskinan,
kau takut ditinggalkan kekasih,
kau takut gagal dalam peperiksaan,
lantas kau bekerja keras untuk menjauhi semua yang kau takuti….
Kau turuti kemahuannya…
Kau jadi hamba padanya,

Tapi,.
Kau lupaa,
Kau lupa untuk takut kepada Allah…
Kau lupa untuk takut pada balasan nerakanya,
Lantas kau tidak pernah berusaha untuk menghidari kemurkaanNya..
Lantas kau tidak pernah terfikir untuk taat padaNya

Wahai manusia,
Jika kau menyedari bahawa
TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MEMBERI MANFAAT ATAU MUDHARAT ATAS DIRIMU SELAIN ALLAH,
Maka pastinya,
TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG LEBIH ENGKAU CINTAI, TAKUTI DAN HARAPKAN MELAINKAN HANYA PADA-NYA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAMBA

Ku adalah hamba yang takkan pernah dimerdekakan,
Diciptakan engkau sebagai hamba,
Maka pastinya matimu juga sebagai hamba,
Walau pun kau tidak ingin memperhambakan dirimu pada Sang Pencipta,
Kau tetap kan jadi hamba pada yang selainNya,

Kau jadi hamba pada dunia,
Dunia membuatmu sibuk, penat,
peluhmu bertetesan untuk mengejar kenikmatannya,
Namun semua itu hanya bayangan,
dan tanpa kau sedar kau masih hamba,

Kau jadi hamba pada wanita,
Kau mencintainya, kau menuruti semua kemahuannya,
Walau pun perit, sukar, tetap kau laksanakan,
Kadang kau rasa berat, namun kau turuti jua,
Tanpa kau sedar kau jadi hamba padanya,

Kau menginginkan kekayaan,
kau bekerja keras untuknya,
Kau tidak bisa tidur memikirkannya,
Makanmu tidak teratur kerananya,
Keringatmu keluar mengejarkannya,
Kau menghabiskan seluruh hidup untuk mendapatkannya,
Bila kau memperolehinya,
Siang malam kau memikirkannya,
Kau bimbang ia akan dicuri darimu,
Dan akhirnya kau juga tidak bisa tidur kerananya,
Banglo besarmu, kereta mewahmu, segala kekayaan yang kau miliki
Menuntut penjagaan darimu,
Dan tanpa kau sedar kau adalah seorang hamba
ditengah-tengah kemewahanmu…

"Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, melainkan akan dating kepada (Allah) Yang Maha Pengasih sebagai seorang hamba”
(Maryam,19;93)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh Tuhan...Aku Jatuh CINTA!

Suatu ketika, hatiku dibuai rasa cinta, rindu yang membuak-buak di dadaku. Aku akui, aku rindu pada Dia. Entah kenapa, aku tidak malu menyatakan aku benar jatuh cinta padaNYa. Oh Tuhan, layakkah aku berkata begitu. Aku manusia yang sering alpa, yang diselaputi debu dosa dan noda. Namun, di saat rasa cinta itu datang, aku tak mampu menafikan…aku mengharap Engkau sedang melihatku bagaikan kekasih menatap wajah kekasihnya. Sehinggakan sering air mata ini mengalir kerana tidak mampu menahan rasa cinta itu. Hanya rukuk dan sujud dan seuntai doa yang bisa jadi ruang perjumpaan. Ya Allah, ampuni aku…..
tanpa sedar air mata mengalir jua melimpahi kelopak mata, bila mana cintaNya datang mengetuk pintu hati. Saat, hati tiba-tiba merasa rindu untuk bersendiri di surau dan masjid, saat hati rindu untuk menatap surat cintaNya, saat hati terasa tenang dengan mendakap erat 'bingkisan'Nya buat umat manusia. Oh Tuhan...bagaimanakah lagi ingin dirungkaikan rasa rindu ini???
terngiang-ngiang lagu RINDU, nyanyian Hijjaz......

Rindu Itu Adalah Anugerah Dari Allah
Insan Yang Berhati Mulia Punyai Rasa Rindu
Rindu Pada Kedamaian Rindu Pada Ketenangan
Rindukan Kesejahteraan Dan Juga Kebahagiaan

Orang-Orang Bertaqwa Rindu Akan Kebenaran
Kejujuran Dan Keikhlasan Keredhaan Tuhannya
Orang Mukmin Merindukan Anak-Anak Yang Soleh
Isteri-Isteri Yang Solehah Keluarga Yang Bahagia

Para Pencinta Kebenaran Rindukan Suasana
Masyarakat Yang Terjalin Aman Dan Sejahtera
Merindukan Tertegaknya Kalimah Allah Di Muka Bumi
Dan Dalam Merindukan Keampunan Tuhannya

Dan Seluruh Ummat Itu Merindukan Cahaya
Yang Menyinari Kehidupan.......
Rindu Kepada Tuhan

Mana mungkin aku tidak jatuh cinta, bila mengenangkan segala nikmat yang Dia kurniakan padaku, bila mana Dia sering datang saat aku benar-benar keseorangan, saat aku memerlukan bantuan dan kesusahan. saat pulang dari sekolah dalam panas terik, dikirimkan bayu lembut berhembus, mengeringkan keringat yang bercucuran, awan menutupi mentari membawakan suasana mendung, air mata menitis. Mana mungkin cinta manusia bisa sehebat ini. Dia datang dengan pertolongan yang pelbagai. Sehinggakan aku tidak lagi bimbang bila dikunjungi masalah, pasti Dia takkan biarku keseorangan. Kadang tidak tersangka apa yang terjadi sehari-hari adalah pertolongan dariNya. Ya Allah, jika apa yang kurasakan ini satu kesalahan, maka ampunkanlah aku kerana sesungguhnya aku tak mampu membendungnya dri terus menular ke seluruh urat nadiku.
Ampuni daku Ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAKIKAT KEHIDUPAN 2

Kehidupan ini terlalu banyak misterinya, sehingga kini aku masih terfikir tentangnya. Apatah lagi di saat berhadapan dengan pelbagai rintangan, halangan dan cubaan, diri sering terfikir …’untuk apa semua ini?’
Terkadang terfikir seolah seluruh isi dunia sedang bersepakat untuk mengujiku dengan pelbagai watak yang mereka pegang. Seolah-olah semua yang hadir di dunia ini ada kena menggena dengan hidupku.
Suatu ketika, melalui penulisan seorang insane bergelar Harun Yahya, diri disedarkan tentang kehidupan ini yang hanya sekadar ilusi, di mana ianya sekadar satu tayangan video yang dimainkan untuk kita diuji dengannya. Fakta ini sedikit sebanyak menyamai apa yang kufikirkan sedari kecil…benar! Cuma ia diterangkan dengan cara yang berbeza dan lebih jelas. Tiada apa pada sebatang tubuh yang terdiri daripada tulang belulang bersalut daging dan diluarnya dilapisi kulit, ia hanyalah salah satu dari ilusi dari banyak-banyak ilusi yang di tayangkan di ruang minda. Ramai orang yang kagum dengan imej-imej ini dan merasa kagum dengn apa yang mereka ‘miliki’. Otak yang berisi selaput dan ketulan-ketulan lipid itu tidak berfungsi apa-apa jua melainkan padanya telahpun, ttersimpan di dalamnya satu ‘cakera liut’ yang siap dimainkan, ia tidak berkuasa apa, matanya tidak memandang, dan telinganya juga tidak mampu mendengar apa-apa dari luar, tetapi semuanya telah ‘siap’ untuk disalurkan ke otak dan diterima sebagai impuls. Dan perkara ini menjadi ‘kertas ujian’ yang cukup ‘real ‘pada pandangan kita sehingga kita tidak menyangkakan bahawa itu adalah ujian.
Aku begitu bersyukur diberikan pengetahuan oleh Allah tentang hakikat ini. Dari sehari ke sehari, aku makin boleh menerima jika apa yang aku miliki selama ini hanyalah sesuatu ilusi untuk Allah mengujiku dengannya. Andai ia berupa kebaikan, aku pasti Allah ingin melihat sejauh mana kesyukuranku padaNya, atau ia hanya membuatku menjadi lebih takabur, ujub, bangga di hadapan manusia, na’uzubillahimin zalik. Di kala berhadapan dengan kesukaran, manusia yang punya pelbagai kerenah , saat getir yang perlu ketabahan, aku akui Allah ingin aku mengingatiNya , memohon pdaNya, bersabar dengan ujianNya dan mungkin banyak lagi yang aku tak ter’lihat’ hikmah di sebaliknya. Seringkali peristiwa-peristiwa tertentu yang terkandung banyak kebaikan di belakangnya berlalu begitu sahaja, lebih malang lagi hanya meninggalkan rasa sakit hati, benci, kemarahan dan kekecewaan sahaja.
Bukankah Allah sangat menyarankan hambaNya agar sentiasa berfikir merenung ciptaanNya, terhadap setiap peristiwa dan situasi. Namun terlalu jarang orang yang ingin meluangkan masa barang sesaat untuk berfikir. Cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi dalam mengejar keselesaan hidup dan kemewahan membuat manusia merasakan masa itu terlalu berharga untuk disiakan dengan berfikir. Inilah yang dirasai oleh sesiapa sahaja yang terperangkap dengan ‘dunia’ sehingga ia tidak nampak di balik tabir keindahan dunia itu, terpampang jelas kehidupan akhirat yang abadi. Di balik godaan dunia ini tanpa disedari, ada azab dan nikmat Allah yang menanti. Dan berfikirlah wahai umat manusia barang sejenak, yang mana satu idaman hati?
Diri cuba untuk menjadi hamba yang taat, sentiasa patuh, ingin buat yang terbaik dalam setiap situasi yang Allah hadapkan di ruang mindaku. Namun, ku akui sebagai seorang hamba yang penuh kelemahan, seringkali apa yang ingin dilakukan tak ter’realisasi’kan lantaran kurangnya tekad dan usaha dari dalam diri. Di saat berhadapan denan ujian, lidah lebih pantas mengeluh berbanding istighfar, di saat berhadapan dengan pujian, hati lebih dulu dimekari dengan bunga-bunga bahagia sebelum meletakkan semuanya pada kekuasaan Allah, dan di saat berhadapan dengan sesuatu pilihan, nafsu terlebih dahulu membuat pilihan berbanding menanyakan pertimbangan akal dan hati yang sihat. Arghhh!!! Inikah dinamakan hamba yang ingin taat, patuh pada Tuhannya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN


PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON!!!

DIPERINGATKAN SEKALI LAGI!!!!!!

SEKARANG ANDA SEDANG MELALUI SATU PEPERIKSAAN. TEMPOH UJIAN TIDAK DIBERITAHU. MASA MENJAWAB ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP CALON. ANDA BOLEH MENJAWAB SEHINGGA LOCENG PENAMAT ANDA DIBUNYIKAN.

MAKLUMAT BERKAITAN PEPERIKSAAN:

  • SOALAN BERBENTUK MULTIPLE CHOICE QUESTION (MCQ), DAN AMALI .
  • PENGAWAS PEPERIKSAAN ADALAH RAQIB DAN ATID

Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir (Qaaf,50;18)

  • OPEN BOOK TEST! DIBENARKAN MENIRU!

Buku teks dan rujukan juga dibenarkan dibawa masuk ke dewan peperiksaan. Anda boleh merujuk mana-mana buku, juga dibenarkan bertanya pada yang lebih arif jika rasa tak dapat jawab dengan baik.

Anda digalakkan untuk merjuk kepada buku teks yang telah disediakan oleh PENGUASA PEPERIKSAAN, dan dijamin keasliannya iaitu al-Quran. Banyak info berkaitan peperiksaan ini terdapat di dalam buku tersebut, seperti cara pemarkahan, soalan-soalan past year, macam mana nak dapat bonus, nak betulkan jawapan yang salah, semua ada.

Peniruan adalah dibenarkan dalam peperiksaan ini. di sekeliling anda ada pelbagai contoh-contoh jawapan yang boleh anda ambil sebagai jawapan anda. Tetapi tidak ada jaminan bahawa jawapan mereka adalah betul belaka. Terpulang, calon yang bagaimana anda pilih untuk ditiru.

Tetapi anda sangat digalakkan untuk meniru jawapan-jawapan peperiksaan ’best student’ yang paling disegani iaitu Muhammad saw. Disebabkan tempoh peperiksaan Baginda telah pun tamat 1400 tahun dahulu, anda dibenarkan merujuk skema jawapannya yang banyak dibukukan. Boleh rujuk dalam Sahih Muslim, Bukhari, dan kitab-kitab hadis yang lain. Pastikan kertas jawapan tersebut, sahih, benar-benar dari Rasulullah saw.

TERUSKAN MENJAWAB SEHINGGA LOCENG PENAMAT ANDA BERBUNYI!!

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."

(Surah Al-Mulk;ayat 1-2)

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur ang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat."

(Surah Al-Insan, ayat 2)


p/s: artikel ini menggunakan analogi tahap tinggi, maaf kalau tidak dapat difahami dengan baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambungan…….2 HARI PENUH MAKNA

Tak sangka masih ada sambungan….(2 hari penuh makna)

Saat terbangun dari tidur semalam, dalam pukul 11.30 malam (tidur awal), terpandang handphone, ‘1 new message’ sedang menanti untuk di ‘view’. Butang ‘view’ di tekan, terpampang satu mesej,
salam, Kak hidayah. akak busy ke. Ni adeq yang akak datang rumah ariey ahad tu” otak mencari- cari fail memori yang sesuai untuk dibuka. Rumah yang mana satu ye. butang ‘reply’ ditekan “salam, tak busy sangat pun. Maaf, nama sapa ye. Akak lupa. Rumah kat mana?” selepas mesej dah di’send’ ku melangkah ke bilik air, sambil minda ligat memikirkan sesuatu. ’rumah yang mana ye. Macam banyak rumah je yang pergi. Ke Likas hari tu pun hari ahad rasanya’ bermonolog sendiri. Kembali ke bilik, mesej berbalas sudah. ”rumah kat kimanis. Akak singgah masa moto akak pancit. Saya yang pakai baju kurung” ’Owwhhhh......baru ingat. Tetiba cam rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah.....teringat perbualan bersama hajar atas motor waktu balik dari rumahnya, ”akak perasan tak, keluarga dia nampak cam hanif sangat”hanif? Apa tu?” ”cam bersih....” ”owhhh, naif. Betul, diorang sangat baik. Cuma diorang belum betul-betul kenal Islam .” ku menyambung ”kalau hubungan ni kita jaga dengan baik, insya’Allah, diorang dapat rasa nikmat tarbiyah tu. At last tempiasnya.” subahanallah, tak sangka Allah mendengar suara hati kami. Tak sangka, hubungan ni tak terhenti setakat hari tu je. Betapa hebat perancangan Allah, pertemuan yang sangat singkat itu, rupanya membuahkan bibit ukhuwah islamiyah yang sangat baik. Nomborku dia dapat dari Mak Cik Rosnani.Ada nampak usahanya di situ.
Mesej kami masih berterusan, katanya dia ingin mengenaliku lebih rapat . alhamdulilah, Allah campakkan itu di hati kami. Bukankah Allah yang memegang hati-hati manusia. Rindu, benci ,sayang, semuanya pemberian Allah, samada ia berupa nikmat atau ujian, sama-sama renungkan balik. Kami berkenalan, kutanya nak panggil apa, dia mesej balik ”keluarga panggil Aden, kawan2 sekolah panggil Faz. Akak boleh panggil ikut mana yang akak suka” ku memilih untuk memanggilnya Aden, lebih mesra. Ada nilai kekeluargaan di situ.
Ku berfikir sejenak,....
tak ada apa yang berlaku sia-sia, semuanya ada hikmah disebaliknya samada kita sedar atau tidak, kita ambil tahu atau pun tak. Dan hari ini ku peroleh satu lagi ilmu serta hikmah. Moga Allah pancarkan hidayahNya buat kita semua..
Ya Allah, bukakan kami pintu-pintu untuk melakukan kebaikan dalam membawa agamaMu. Ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CORETAN INI BUATMU………….DUHAI PEMUDA

Ini hanyalah sekadar bicara hati seorang wanita.....……,
Yang hidup di tengah-tengah kalian…...


Persiapkanlah dirimu!!!

Suatu hari, dalam perhimpunan keluarga…abang menyuarakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya. Hasrat tersebut disambut dengan baik oleh adik beradik yang lain. kitorang 9 dik beradik. Saat itu, terdetik di hatiku, ‘dah nak kawin rupanya abangku yang sorang ni.’ Gambar calon pilihannya dikeluarkan dari dompet, ’wah! Ni dah kira serius. Tak perasan pula abang dah ada teman istimewa. Nampak cam sempoi je’ terkejut melihat kesungguhannya. Seperti biasa, kami adik beradik akan berbincang secara direct. Abang mintak pandangan...setuju ke tak, boleh lepas tak.(mesti dapat persetujuan semua ahli keluarga) Adik beradik yang sangat supporting, mereka tak banyak komen,semua menyokong. yang penting orangnya boleh ’masuk’ ngan kitorang,means...boleh bergaul dengan baik, dari sudut agama tak kisah sangat, yang penting menjaga adab sopan, hormat orang tua. Itu yang lebih diutamakan. Saat semua orang menyokong hasrat abang, tengah sibuk-sibuk tanyal pasal calon abang, kakak minta nombor telefon, nak test katanya, nak kenal lebih dekat. aku masih lagi menjadi pemerhati, pendengar paling setia. ”hidayah, mu setuju tak, Ajik nak kawin ni?” kakakku bersuara. Aku terdiam, berfikir sejenak. Adik beradik yang lain memandangku. Ku menggeleng perlahan, dengan senyuman terukir di bibir. Mereka agak terkejut. Abang sulung pantas bersuara. ”jik, hidayah nok mu kawin ngan saing-saing dio ah” laju je dia buat conclusion. Ku menunjukkan riak tak puas hati ”mana ada!” ku menjawab ringkas. ”tak suko ke Ajik kawin. Sian dio” kakak bersuara ”ha’ah la, aku ni tuo doh” abangku yang berumur 27 tahun itu menyampuk dengan nada bergurau. Heee, aku tergelak, Kemudian ku tersenyum. ”hmmm,bukan tak sukolah. Mestilah suko, Cuma....aku rasa cam ada benda tak settle” ku berterus terang.”Ajik betul-betul suka dio ke?” ”takde la betul-betul suko pun. Kesian dio, lamo doh dio tunggu” abangku berterus terang. Lidahku kelu, ...yang lain turut menunggu butir bicara yang belum sempat kususun elok, takut diorang salah faham. ”nak kawin bukan mudoh. Kenalah wat persediaan gak.At least, tau la serba sikit pasal agama, takkan nok mintok binimu jadi imam semayang kot. ku meluahkan perasaanku..(teringat pula, abang selalu mengelak kalau nak berjemaah ngan dio. Tak layak katanya).maaf la, ni pendapat orang tak kawin lagi. Mungkin salah ”takpe, bila dah kawin, tau la dio nak berubah” antara jawapan yang ku terima dari abang dan kakakku. Ku diam, malas nak bertingkah. Aku sekadar memberi pendapat.

Aku tidak kisah, siapa yang abang pilih. Jodohnya Allah dah tetapkan. Ku tatap wajah abangku ini. dia seorang abang yang baik, sangat baik. Ku sayang dia. walau dia kurang pengetahuan agama...dia tak pernah ego, tidak mudah melenting jika dikejutkan bangun subuh. Walaupun sembahyangnya tenggelam timbul, dia mengaku dia salah. pernah ketika kami berbalas mesej , abang menyatakan hasrat hatinya untuk berubah. Dia tahu dia jahil, dia tahu banyak buat maksiat.Dia sedar kelemahannya, malah dia bersetuju saat aku menyarankan dia belajar mengaji walau pun sampai saat ini dia masih belum menemui orang yang ingin mengajarkannya, berkali-kali ku minta kawan di KL mintak sapa-sapa yang boleh tolong ajarkan. Belum ada respons. Ku yakin abang sedang menunggu. Sampai suatu ketika, dia minta aku sendiri yang mengajarnya. Namun, laut china selatan yang memisahkan benar-benar buat aku buntu. Nak berenang tak sampai, nak naik flight pun, pilot mesti tak kasi punya kalau takde tiket. Hmmm. Aku dah cukup senang, bila dia menyambut baik setiap kali di ’missed call’ kejutkan bangun subuh, atau bersahur di bulan Ramadhan. Mesej-mesejku mengingatkan tentang solat jumaat juga tidak pernah dia abaikan. Hati ini sangat mengharapkan abangku yang ini akan tersentuh jua nikmat tarbiyah, mengenal Islam dan merasa indahnya iman sebelum dia ditabal menjadi pemimpin sebuah keluarga. Lagi bagus, kalau dia dapat sama-sama berjuang membawa agama Allah. Salahkah aku? Terlalu tinggikah harapan ini. Aku sayang abang. Aku tidak mau abang menyesal di kemudian hari.

Kerisauan ini kutujukan bukan untuk abangku sahaja, tapi untuk kalian juga, setiap daripada kalian. Yang bergelar LELAKI.

Wahai pemuda, persiapkanlah diri kalian!

Ar-Rijaalu qawwaamuuna’alannisa’

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),.....

Sesungguhnya diciptakan lelaki dan perempuan itu dengan fitrahnya sendiri...
Lelaki itu fitrahnya sebagai pemimpin dan wanita itu pendokongnya...

Bermula dari bapa yang kurang mengendahkan didikan agama kepada anak-anak, abang yang tak mampu membantu mengawal ahli keluarga, rakan sebaya yang tidak mengajak kepada yang makruf dan melarang yang mungkar...semua ini adalah punca merebaknya barah kemungkaran dan kefasikan di kalangan masyarakat....di mana jua posisi kalian. Kalian ada tanggungjawab......


Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka..

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjagamaruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat....


firman ALLAH S.W.T.:-

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Walau apa status anda sekarang, kalian tetap akan berada pada posisi ini, jika bukan sekarang, akan datang....maka persiapkanlah diri!


KALIAN HARAPAN UMMAH…….

Suatu ketika, hati merasa begitu sedih, kadang terasa kecewa, kadang air mata menitis jua…bila mengingatkan dirimu duhai lelaki…..aku ter’menangis’ mengenangkan kalian

Ketika menaiki bas untuk ke kuliah, gegendang telinga menangkap rangkap-rangkap dari lagu ’aku pencinta wanita’ yang bergema di dalam bas. Aduh, terasa ada sesuatu menikam lubuk hatiku, Hati jadi sayu. Menghayati setiap baris liriknya. Hati merenung sejenak.Inikah kualiti pemuda hari ini? inikah pemuda yang akan memimpin ummat ini pada masa depan. Begitulah gaya hidup hari ini, kalian dilalikan dengan bius ’cinta murahan’ yang bisa menghanyutkan kalian ke lautan angan-angan yang tak bertepi. Media massa sibuk siang malam meuar-uarkan gaya hidup penuh fantasi ini. Berbagai lagu bermadah cinta digubah, puisi-puisi dikarang buat memerangkap jiwa-jiwa kalian hingga kenikmatan cinta itu menjadi matlamat hidup. Hidup bertuhankan nafsu semata.. sedang dalam masa yang sama jasa kalian diperlukan untuk memimpin ummat, mengangkat kembali martabat Islam setelah dengan serakahnya dipijak oleh kaum kuffar.Saat pemuda-pemuda Palestin sedang berhempas pulas menyelamatkan bumi milik umat Islam dari ternoda pihak kuffar, pemuda kita masih lagi disibukkan dengan game yang melambak dalam komputer. masih lagi tak bisa melepaskan diri dari 'cengkaman' Dragon Ball', 'Conan', 'Spiderman' dan rakan-rakannya yang lain. mungkin kalian lupa, semua animasi-animasi itu telah menutup pemikiran kalian dari melihat dunia yang sebenar.

Bila bidang perguruan heboh dengan isu kekurangan guru lelaki menyebabkan disiplin pelajar sukar dikawal di sekolah....ku katakan pada diri...bukan kurangnya lelaki, tetapi kurangnya lelaki yang beriman., yang berusaha untuk membawa agama Islam kembali ke tengah masyarakat, menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Bukankah Islam ada ubat untuk segala permasalahan. begitu juga dari sudut yang lebih luas, moral masyarakat hari ini yang teruk juga, berpunca dari perkara yang sama. Kita 'kepupusan' lelaki-lelaki soleh, yang beriman, yang bertanggungjawab untuk memimpin, at least keluarga masing-masing.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan kalian seratus peratus. Tapi di tangan kalian terletak titik penentu, kalian punya kuasa untuk memastikan maksiat tidak berlaku. .

Bilamana Allah memerintahkan manusia untuk menjaga batas pergaulan, Allah perintahkan dahulu kepada lelaki untuk menundukkan pandangan,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
An-Nuur:24:30

Dan diikuti oleh ayat seterusnya, perintah untuk perempuan.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,....
An-Nuur,24:31

Sedarkah kalian, dengan keimanan yang teguh di dada kalian, godaan-godaan ini tidak memberi makna, ia akan bisa ditepis dengan keimanan kalian.. Betapa banyak maksiat bisa dielakkan. Betapa banyak syaitan menangis kecewa dan putus asa. Jangan persalahkan golongan wanita bilamana kalian tidak mampu bertahan. Apakah kalian akan persalahkan kertas soalan bilamana tidak mampu menjawab peperiksaan dengan baik? Lihatlah sejauh mana persiapan kalian untuk berhadapan dengan ujian ini. kami ini adalah ujian buat kalian, maka takutlah kalian...bukankah Rasulullah telah berpesan ”takutlah kepada wanita dan takutlah kepada dunia. Sama sahaja, wanita itu solehah atau tidak, ianya adalah ujian buat kalian. Mari kita ambil ibrah (pengajaran) dari kisah Nabi Yusoff dan Zulaikha. Yusoff juga digoda, malah mungkin godaannya lebih hebat, di dalam bilik yang berkunci, tetapi dia tetap bisa bertahan. Kerana keimanannya, kerana takutnya kepada kemurkaan Allah, ia bisa bertahan dengan godaan Zulaikha, malah dengan keimanannya jua ia bisa mencairkan hati Zulaikha sehingga Zulaikha akhirnya lebih mencintai Allah berbanding Nabi Yusoff sendiri.

Wanita itu fitrahnya lembut, menurut, mudah dilentur.....bak kata orang Melayu, keras-keras kerak nasi......walau seteruk mana perempuan itu, jika kena caranya, alhamdulillah, dia bisa berubah. Jika dilihat pada sejarah, berapa banyak wanita yang tunduk patuh pada agama setelah dididik dengan baik, Balqis bisa tunduk menyembah Allah, di tangan Sulaiman, Zulaikha bisa berubah kerana Yusof, malah bekas pelakon wanita, Nur Kumalasari juga bisa diselamatkan dari dunia seninya hasil didikan seorang suami yang soleh. Ini hanya akan berlaku jika kalian benar-benar persiapkan diri dengan pengetahuan Islam dan iman yang mantap. Bukankah Allah telah memberi panduan kepada lelaki bagaimana cara menangani isteri?

”.......Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
An-Nisa,4:34

Tetapi berbeza dengan lelaki. Jika kalian tidak memperbaiki diri sekarang, apakah kalian yakin, kalian boleh dibentuk oleh isteri masing-masing. Setakat ni, saya belum jumpa ayat al-Quran yang menunjukkan wanita cara macamana nak mendidik suami. Lebih-lebih lagi lelaki itu ada egonya sendiri. Wanita itu pula tercipta untuk dipimpin bukan memimpin. Emosinya melebihi akal warasnya. Diciptakan untuk menjadi sayap kiri, mendokong para suami. Andai suaminya bengkok, maka apalah sangat yang termampu dilakukan para isteri, selain dari menangis dan berdoa. Kerana itu, tidak pelik jika banyak kes-kes penceraian berlaku hari ini. tak kisah siapa yang salah. Suami tidak mungkin mampu memperbaiki isterinya jika dia juga bermasalah. Andai hari ini, kalian melakukan maksiat dengan wanita lain, maka kelak jangan pelik jika isteri anda turut melakukan maksiat dengan lelaki lain. Semua masalah bisa diatasi dengan kembali kepada Islam. Di tangan kalian tergantung amanah Allah.

Dan Allah membuat (pula) perumpamaan: dua orang lelaki, yang seorang bisu, tidak dapat berbuat sesuatupun dan dia menjadi beban atas penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikanpun. Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia berada pula di atas jalan yang lurus?
An-Nahl,16:76

SAMBUTLAH SERUAN INI

Melihatkan keadaan ummat hari ini, hati ini begitu mengharapkan hadirnya pemuda-pemuda yang sudi menjualkan diri, menginfakkan ruang-ruang dari hidupnya, mengorbankan jiwanya untuk memikul agama Allah, menegakkannya kembali Islam di tengah-tengah masyarakat.

Terimbau kisah pemuda-pemuda yang hebat digambarkan di dalam al-Quran:

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.
Al-Kahfi, 18:13

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
(Al-Kahfi,18:10)

Hati begitu mengharap akan kebangkitan kalian, saat mendengar nasyid ’Generasi Harapan’

Di mana di cari pemuda kahfi...
Terasing demi kebenarn yang hakiki.

Di mana jiwa pasukan mara berani
Menoreh nama mulia yang perkasa abadi


Jiwa perempuanku terusik, mengingatkan Khalid al-Walid, saat dia mengatakan,

”aku lebih menyukai malam yang sangat dingin dan bersalju,di tengah-tengah pasukan yang akan menyerang musuh pada pagi hari, daripada malam aku mendapat pengantin yang aku cintai, atau aku diberi khabar kelahiran anak laki-laki.”

Ku tertanya sendiri, Masihkah ada jiwa-jiwa seperti ini?

Begitu juga bila mengenangkan kisah Hanzalah....

yang tegar meninggalkan isteri yang baru dinikahi, untuk ke medan tempur dan akhirnya syahid di sana. Sehinggakan malaikat yang turun memandikan jenazahnya, lantaran keluar menyahut seruan berjihad tanpa sempat untuk mandi junub. Subhanallah!

Bila mengenangkan suatu ketika dulu....

Saat seorang muslimat yang diganggu oleh lelaki yang bukan Islam, segerombolan muslimin datang membela maruahnya...atas nama persaudaraan Islam. Sehinggakan kaum wanita begitu terbela, merasa selamat dari gangguan manusia.

Aku jadi sedih, Masihkah wujud generasi seperti ini untuk dijadikan sandaran?

Ketika terejumpa ayat ini.....

Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu."
Yaasin,36:20

Terfikir di benakku masih wujudkah, laki-laki seperti yang sudi menjadi pendokong pada risalah dakwah?

Bangkitlah dari lenamu, wahai naga-naga Allah. Kebangkitanmu bisa mengecutkan perut musuh-musuh Allah.Api marakmu bisa membakar hangus puing-puing kemaksiatan dak kekufuran.
Dah terlalu lama lenamu. Bangkitlah!

SAMPAI MASANYA......

Dunia ini sementara...nikmatnya sementara, kepenatannya juga sementara. Apa yang nak dihairankan dengan dunia ini. tiada apa yang kekal.
Wahai pemuda-pemudaku,
Tunggulah suatu masa,...... bidadari-bidadari sedang beratur menunggu kalian....

”Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari " (Ad-Dukhan,44:54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin"
(Ar-Rahman,55:56)

"Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik."
(Ar-Rahman,55:70)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MANA KACA MANA INTAN

Beberapa hari lalu, ketika menjenguk ke frenster untuk melihat perkembangan kawan-kawan, ’terserempak’ dengan kawan-kawan dari sekolah agama. Agak terkejut melihat perubahan yang agak tak terduga. Apakan tidak, mereka adalah orang yang sangat dikagumi, sahabat yang sangat menjaga batas pergaulan, sangat pemalu dan menjadi teladan kepada rakan sebaya juga junior. Melihatkan keadaannya sekarang dengan gambar yang dirakam dalam pelbagai gaya dan aksi, diri jadi terpaku. Seolah tidak boleh menerima perubahan seperti itu. Namun, akal sihat pantas membuat penilaian. Iya, dia juga manusia, yang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Bukankah iman itu turun dan naik. Tiada siapa yang boleh menjamin imannya hari ini boleh kekal hingga esok. Hanya pada Allah kita bertawakal.

Cerita tentang budak sekolah agama….
Pernah terbaca satu sajak yang dituju buat budak sekolah agama. Kadang diri turut merasa sedih, bila dipandang begitu sekali. Banyak cemuhan ditujukn untuk budak saekolah agama. Apakah mereka lupa bahawa budak sekolah agama juga manusia? Fitrahnya sama, punya nafsu, punya kemahuan, apakah hanya sekadar mereka pernah belajar di sekolah yang mempunyai silibus berkaitan agama, maka mereka perlu perfect. Tidak boleh melakukan kesalahan.. Bukan begitu. cuba fahami keadaan mereka. Pandanglah mereka sepertimana manusia lain. Dia boleh silap, dia juga bisa larut, hatinya bisa pudar, iman itu bisa luntur jua jika tidak dibaja dengan baik.

Sajak di bawah ni, bukan saya buat ye....saya ambik dari satu blog (afwan tak ingat) tak lama dulu. saya sertakan di sini. Sekadar untuk mengajak kita sama-sama berfikir.

tolonglah jgn berubah wahai budak sekolah agama...ana minta maaf ini cuma teguran..

Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engka u' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama sekolah agama.."

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-g ara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekara ng Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangn ya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bil a ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Mem ang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.


Luahan Hati Budak Sekolah Agama
Ada benarnya apa yang diperkatakan di atas, inilah yang berlaku. Saat berjumpa teman-teman lama, hati terasa hiba. Wajah yang dulunya bersih, dengan berpakaian litup, dengan akhlak semanis anggur, perwatakan tersusun,... kini mula berubah gayanya. Entah ke mana, tudung-tudung labuh yang selama ini dipakai ke mana-mana, mungkin kini sudah dijadikan koleksi di dalam almari. Yang kelihatan, hanyalah belitan-belitan di leher yang menyukarkan pergerakan, dengan gaya rama-rama pelbagai spesis ditambah batu bata yang pelbagai saiz dan bentuk. Seolah-olah menjadi trend kepada pelajar sekolah agama, apabila keluar dari sekolah tersebut, maka mereka seolah-olah membuka topeng yang selama ini dipakai. Mungkin ada segelintir yang sekadar melakonkan watak soleh solehah, namun ada juga yang benar-benar ingin kekal begitu tetapi tidak mampu, tidak cukup kuat melawan arus ’di luar’ sehinggakan peribadi yang dibina sekian lama terhakis sedikit demi sedikit lantaran terhentinya tabiyah selepas tamatnya sekolah. Iman itu turun dan naik, ia tidak mungkin terus menaik seperti imannya nabi, tidak juga constant seperti imannya para malaikat, maka penjagaannya perlu berterusan agar di saat turunnya bisa kita naikkan kembali dan di saat naiknya bisa kita usaha untuk terus menaik.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Secara jujurnya...Diri ini turut merasai perkara yang sama, saat mengalami perubahan iklim dari sekolah arab (SMU(A)) menuju ke sekolah agama(SMKA), kemudiannya ke matrikulasi dan kemudiannya mendaki menara gading. Saat memilih untuk melangkah keluar dari teratak suci sekolah arab, menuju ke sekolah agama kerana memilih aliran sains, ku katakan pada diri, telah 4 tahun Allah mendidikku di sini, aku yakin Allah tahu aku mampu membawa diri, dengan sedikit ilmu ini insya’Allah kan ku bawa sebagai bekal. Alhamdulillah, Allah masih sudi menjaga diri ini. ketika mengambil keputusan SPM, hampir keseluruhan pelajar perempuan datang dengan bertudung segi (singkat), kecuali 2-3 orang sahaja. Alhamdulillah, kerana termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Saat itu, ku bertanya pada diri, apakah pakaian yang dipakai sebelum ini hanya sekadar uniform?? Pernah terfikir dibenakku, apakah mereka tahu atau tidak apa yang mereka pelajari, apakah mereka mengerti apa yang mereka amalkan sewaktu di sekolah. Jika itu hanya sekadar ikutan maka tidak pelik mereka begitu mudah berubah.

Berdasarkan sedikit pengalaman sebagai pelajar sekolah agama, ku akui...kadang-kadang bukan salah mereka. Kelemahan sistem pendidikan di nagara kita yang diakui semua pihak adalah pengaruh ’exam oriented’, dan tempiasnya turut mengenai golongan yang belajar bidang agama. Waktu di sekolah dulu, kami belajar tentang ilmu tauhid, feqah, hadis, sirah, dsan banyak lagi berkaitan agama. Suatu ketika dulu, sistemnya adalah belajar dari kulit ke kulit, mentelaah kitab agama berbahasa arab....tetapi semakin lama pengaruh exam oriented menjadikan terpesongnya sedikit cara pembelajaran. Banyak buku-buku soalan berserta jawapan dicetak, untuk memudahkan pelajar menghafal. Dan akhirnya, dari menelaah kitab-kitab agama satu persatu, berubah kepada menghafal soalan-soalan dan jawapan yang akan dikeluarkan dalam peperiksaan. Saat itu, sangat terasa betapa hidup hanyalah untuk menghafal, tak ramai yang ambil peduli tentang isinya, content nya apatah lagi untuk diterapkan dalam pengamalan harian. maaf, bukan mengkritik, sekadar sedikit kesedaran yang dikongsi. harap ada pihak boleh ambil ibrah dan membuat pembaikan.

Iman yang senipis kulit bawang ini cuba kupertahankan, sehingga ke universiti, walau terasa asing, berbekalkan sedikit pengetahuan halal haram kukuatkan hati melaksanakan perintahnya. Namun, sekuat manalah seorang manusia itu mampu untuk bertahan di tengah badai kemungkaran yang mengganas, kemaksiatan yang bisa menyeret insan-insan ini untuk turut larut, jika tidak diperbaharui imannya, tidak ditingkatkan ilmunya dan tidak dipedulikan pada makanan rohaninya pastinya keberadaan iman di dada turut terjejas. Iman yang kupertahankan turut merasai badai yang sama, sedikit demi sedikit dielus angin perdana. Saat ku cuba-cuba memakai tudung spesis rama-rama, saat karat jahiliyah menodai peribadi, saat terasa ingin bebas menjadi diri sendiri, saat itu ku disentuh tarbiyah.... Indah sapaannya. Menyuburkan kembali taman hati yang sudah hampir kering kontang daripada siraman ilmu agama, yang tandus tak berbaja. Alhamdulillah kerana taman hati ini bisa subur kembali, malah rasanya lebih segar berkembang di persada tarbiyah diniyah. Alhamdulillah. Kupanjatkan syukur pada Ilahi, kerana mengurniakan nikmat ini.Ku bersyukur padamu Ya Allah, Engkau maha Mengetahui betapa hatiku ini butuh panduanMu. Engkau tahu bekalku selama ini hampir kehabisan. Dan alhamdulillah, untuk nikmat tarbiyah ini.......kini ku di sini....


Buat Budak Sekolah Agama Dari Budak Sekolah Agama......
Teringat bicara seorang akhwat, ”antara ramai-ramai mad’u, ana tak espect pun anti boleh tersangkut ngan tarbiyah ni” ”nape pulak?” ”biasa la budak sekolah agama bukan suka benda-benda cam ni, biasanya susah nak dakwahi budak sekolah agama, antunna kan dah ada banyak ilmu, tak perlu dah nak ada tazkirah, halaqah semua. Kebanyakannya rasa tak respect, sebab yang bagi tazkirahnya sama-sama student, lebih-lebih lagi budak course sains, engineering, bukan dari gologan ustaz ustazah” ”owh.....”Mula-mula cam geram juga dengar, tapi ada betulnya. Itu pengalamannya berdepan dengan budak sekolah agama. Itu hasil dari analisanya. Apa hakku untuk menafikan. Ku akui, kita kadang-kadang ada terselit rasa bangga dan memperlekehkan ilmu orang lain, apatah lagi kalu diorang ni asalnya MRSM atau SBP, tak ada tsiqah langsung untuk mendengar ilmu dari mereka. Itulah silap kita. Bukankah ilmu itu ibarat air, yang mengalirnya hanya ke lembah, bukan ke puncak gunung. Cubalah didik diri kita untuk tawadhu’, sedarlah ilmu, hidayah itu milik Allah, boleh sahaja Dia berikan melalui sesiapa jua, hatta pada seorang budak kecil sekalipun. Selagi, ada sikap seperti itu, kita takkan ke mana, kita bangga dengan ilmu yang kita ada, dengan hafalan yang hebat, dengan segala pengetahuan tentang hukum hakam, tapi hanya sekadar itu. Dalam masa yang sama kita makin jauh dari Tuhan. Kita tertipu sebenarnya. Tunduklah, wahai insan, di situ kan kau temui, kasih sayang Allah. Di situ kan kau temui,......apa yang kau perlukan...

Terserempak dengan seorang teman di pasaraya ketika pulang cuti semester, dia kelihatan terkejut, ”wah, hidayah. Masih macam dulu?’ sekadar tersenyum. ’hmmm, pelik pula. Orang terkejut sebab aku tak berubah. Dunia dah terbalik ke?’. Lebih pelik lagi kalau budak tu yang jenis ambil aliran sains di universiti. Yang ambil aliran agama pun, sekadar memakainya ketika ke kuliah, malah ada yang tidak segan lagi berubah total ke tudung tiga segi. Bukan mengata....tetapi cuba untuk mengajak kita sama-sama berfikir. Apakah kita faham apa yang kita pelajari. Apakah al-Quran dan hadis yang kita pelajari dan hafal hanya sekadar untuk dituang di atas kertas peperiksaan. Buat membeli tiket bagi memperoleh kedudukan yang hebat, laluan untuk memperoleh kenikmatan dunia yang sementara. Mengapa begitu jadinya golongan agama hari ini. saya sangat takut.

Tolonglah....masyarakat menaruh harapan pada kita, kita diamanahkan Allah untuk belajar ilmu agama bukan sekadar untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di jabatan-jabatan agama, pejabat mufti, bukan itu semata-mata.ilmu itu! ILMU itu yang sepatutnya mengisi dada. Ilmu itu yang ditunggu masyarakat buat mengubah kejahiliyahan hari ini. bila golongan yang kurang berilmu yang ambil kursus engineering, biotek, ’aliran bukan beragama’ bersungguh, membuat tazkirah ke sana sini, kita memandang serong, mengatakan mereka bukan golongan agama, bukan ahli untuk bercakap tentang agama. Mengatakan mereka berpegang dengan hadis dhaif, salah situ, salah sini....Maka di mana? Di mana golongan yang belajar agama di saat masyarakat menagih pimpinan, menggapai tangan untuk diselamatkan. Saat ummat berhadapan dengan fitnah besar akhir zaman....
Alangkah malangnya nasib ummat harap ini. Yang jahil, dibiarkan sesat dengan kejahilannya, tiada siapa ingin membantu, yang berilmu, sekadar mempergunakan ilmu untuk kepentingannya, dia tidak mendapat manfaat dari ilmu itu sendiri. Apatah lagi untuk dimanfaatkan buat ummat. Akhirnya semuanya menuju kesesatan. Maka bertambahlah kesesatan pada ummat hari ini. bertambahnya kemungkaran, sedang di kalangan mereka ada yang memegang kitab-kitab..

Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membwa kitab-kitb yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (Al-Jumuah, 5)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 hari penuh makna

Menjelajah bumi Labuan…..

Seusai solat subuh, dan membaca ma’thurat, seorang akhwat mendekati, “ukhti ada urusan apa-apa ke hari ini?” ”urusan yang macam mana?” dalam kepala saat itu, pagi nanti nak ke ums, ada forum berkenaan dengan isu PPSMI dibincangkan di dewan resital. Memang berminat sangat untuk mengikuti perkembangan tu, disamping assignment yang menanti untuk disiapkan dan midterm yang akan menjelang hari rabu ”ada assignment apa-apa ke, atau perancangan nak dibuat hari ni ngan esok” ”assignment memang ada , tapi boleh dikonsider. Ada apa ukhti?”
”gantikan ana ke Labuan, follow up KML” ”oh, insya’Allah boleh” jawapan meluncur laju, tanpa berfikir panjang. ”bila bertolak?” ”bas ke Menumbok pukul 7.30 pagi,anti pergi dengan hajar. kena bertolak dari ums dalam pukul 6.45.nanti terlambat”
”biar betul! Sekarang pukul berapa” dicapai handset di samping .5.45 pagi. ”jom ana hantar ke ums” dalam perjalanan...”ana ada kelas ganti malam ni,baru tahu, afwan’’owh...” sekadar menjadi pendengar. sampai di bilik, segera bersiap-siap. Bawa apa-apa yang patut. selesai bersiap, jam menunjukkan pukul 7. segera keluar ke bus stop menunggu kawan datang. tunggu punya tunggu, pukul 7.10 pagi,hati makin gelisah, ’biar betul budak ni, dah lewat sangat’ ternampak 3 orang siswi sedang menunggu bas. Tersenyum. Mereka semua tersenyum ’ah, tak dapat dengar forum ppsmi’ hati terdetik. Ku keluarkan tiga keping risalah. Edisi berlainan. 8,9, dan 10. ’ni risalah. Sharelah. Edisi lain-lain ni’ mereka tersenyum ’terima kasih’ ku mengangguk. tidak lama kemudian kelihatan motor merahnya. Ku menghampirinya.”dah lambat ni” dia bersuara. aku Cuma tersenyum. Tiada respon. Naik motor, dan motor terus meraung membelah lebuh raya. Sampai di terminal bas 7.45 pagi. Seperti yang diduga, bas sudah pun berlepas beberapa minit yang lalu.

Tidak tahu,sama ada keputusan yang kami ambil, bijak atau tidak. kami membuat keputusan untuk travel by motorcycle! Pertama kali bagiku. Kubisikkan ke telinganya, ’berapa jam ye’ ’dalam 3-4 jam’ ’hah!’ biasanya dengan bas, dalam 3 jam dah sampai. Boleh siap tertidor lagi’ fikirku. Perjalanan bermula. Dengan kelajuan 100-120km/j, cukup membuat bulu romaku berdiri. Kecut perutku. Ngeri .Leher terasa nak terseliuh menentang kekuatan udara yang merempuh kami dari arah bertentangan. Teringat pada buku-buku yang tersusun dalam beg. ’takde peluanglah nak study, fikir boleh baca atas bas, ada midterm sosiology hari rabu.’ Ah, Allah lebih tahu apa yang terbaik.’ Setiap kali melalui signboard di tepi jalan, yang difokuskan adalah jarak untuk sampai di menumbok. 122KM, 70Km,56Km. Ah, terasa begitu jauh perjalanan. Pinggang sudah terasa sengal. Kami sampai betul-betul di saat feri sudah dipenuhi kenderaan lain, ketika sedang berbaris memasuki feri, bersebelahan dengan kami, sebuah jip putih, pemandunya menjengukkan kepala, seorang lelaki petengahan abad menyapa ”berhati-hati di jalan raya” aku mengangguk, tersenyum. nasihat yang baik. Kami berjaya juga menjejak lantai bawah feri,hanya tinggal sedikit ruang lagi, untuk motor kami mencelah. Alhamdulillah. Lepas sudah satu peringkat. ’Sekarang laut pulak’ bisikku


Suasana deck penumpang agak memeningkan, dan menyerabutkan kepala,dengan televisyen yang menayangkan entah video apa-apa. Tidak meningkatkan iman langsung. Saya memilih untuk berada di luar. Menghabiskan tilawah yang belum sempat dimulakan pun sedari pagi tadi. Kebetulan tidak ramai yang menaiki bot, bahagian pelantar agak lengang, tidak begitu ramai manusia berkeliaran diluar. Pandangan dilepaskan ke laut. Enjin sedang dihidupkan, tepandang sepanjang suami isteri yang mungkin sudah menjangkau separuh abad, mereka membalas senyuman penuh mesra. Lantas, tercetuslah perbualan....tak sangka, ini pak cik yang menyuruh kami berhati-hati di jalan raya tadi. Mereka pasangan yang begitu bahagia nampaknya. Walau dah berusia, masih begitu mesra. Katanya nak tenangkan fikiran. Mereka suka melawat taman burung. itu kesukaan mereka satu keluarga. Pak cik tersebut rupanya seorang polis, berasal dari Melaka, tapi tak tau namanya. Isterinya pula, Mak Cik Rosnani bekerja di syarikat telekom, orang asal Sabah.

Indahnya persaudaraan Islam

Sesampainya kami di Labuan, sudah tengah hari bercadang untuk menziarah seorang kawan di Sg Miri sebelum ke KML, insya’Allah bakal akhwat. Azan berkumandang dari Masjid Jamek An-Nur (kalau tak silap), kami singgah solat di sana. Sesudah solat jamak taqdim zohor dan asar’ dilaksanakan.... Tiba-tiba datang 2 orang muslimah mendekati kami, ’mungkin orang tempatan’ dugaku. Kami tersenyum. Dia menghulur salam. ”assalamualaikum” huluran tangan bersambut, ”wa’alaikumussalam” ”dari mana ni?” ramah dia bertanya ”dari KK” ”Owh...kami dari UMSKAL. ”.”nak ke mana ni” kami nak ke rumah kawan, kat Sg Miri. ” ’Oh ye, Kamu tau jalan ke sana?.” ’rasanya itu jalan ke UMS juga.” setelah berkenalan, berborak-borak dan berbincang-bincang, akhirnya mereka menawarkan untuk menunjukkan jalan
” Korang ikut belakang ye’ oh indahnya persaudaraan ini. tanpa apa-apa ikatan, hanya atas dasar satu akidah, tiada apa yang hendak dibimbangkan. Kereta kancilnya kami ekori dari belakang. Hajar berbisik, ”rasa cam jumpa ngan akhwat” kutepuk perlahan belakangnya ”mereka juga ’akhwat’”ku perbetulkan sedikit ”oh ye, lupa pula” seronok pula bila memikirkan keindahan persaudaraan Islam tanpa mengira perbezaan pendapat dan jemaah, Setelah hampir 20 minit perjalanan, kereta berhenti di bahu jalan. Noor keluar dari kereta.
”korang teruskan perjalanan sehinga jumpa tadika” ”terima kasih”. Selepas ambil nombor contact, kami meneruskan perjalanan. ”Alhamdulillah, inilah persaudaraan Islam.”

Teguran tanda sayang....
Beberapa minit meninggalkan teratak sahabat kami, kami melalui pesisir pantai yang begitu indah. Saat itu, air sedikit surut, dengan kayu mati yang menarik membuat kami teruja. Saat perkataan ’wah lawanya’ ’cantiknya’ ”bestnya’ meluncur di bibir mendahului subahanallah, allahuakbar...tasbih dan takbir memuji Allah. Teguran pantas datang mengingatkan, sesaat kemudiaan motor kami tiba-tiba tergelincir dan terseret di tepi jalan. Alhamdulillah saat itu, jalannya agak lengang, dan pendaratan yang agak baik, menyebabkan kami terselamat. Selesai menyapu pakaian kami dari pasir-pasir pantai, kami tegakkan kembali motor yang terbaring. Cermin sebelah kiri bengkok. ”Alhamdulillah’’ menyedari diri terselamat. ”Astaghfirullah” meloncat dari bibir, menyedari kekhilafan diri. Subahanallah..memuji perhatian Allah yang begitu tajam memanah hati kami. ’kita baca doa naik kenderaan tak?” ”ha’ah, macam tak tadi” ”itulah” kami membuat conclusion. Saat memulakan kembali perjalanan, doa kami baca dengan penuh penghayatan, niat diperbetulkan kembali. Dan perjalanan diteruskan, dengan niat yang diperbaharui. Bismillah....destinasi seterusnya KML

Pulang dari Labuan....
Saat kapal berlabuh di Menumbok, perjalanan kami untuk pulang ke UMS diteruskan dengan menaiki motor. Baru beberapa minit, motor yang kami naiki memotong jip putih suami Mak Cik Rosnani. Mereka sekeluarga melambaikan tangan kepada kami. Ku membalas lambaian sambil tersenyum. Motor terus meraung garang di jalan raya. Ku intai meter di hadapan, ’ah,100km/j.’ Tidak lama kemudian jip tadi memotong kami, diikuti beberapa kereta yang lain. Seolah-olah satu pertandingan, kejadian kejar mengejar seolah-olah sedang berlaku, sekarang kedudukan kami betul-betul di belakang jip tadi. Kelihatan lambaian tangan pak cik di hadapan memberi isyarat agar kami memotong. Sekali lagi kami memotong. Perjalanan diteruskan.

Di pertengahan jalan, selepas mengisi minyak. pemandu bertukar.kali ini, saya pemandunya. ’Maaf, kalau saya yang bawa, memang lambat la sikit’ ku berbisik pada sahabat sperjalanku itu. ’Ah, tak pe. Baguslah’ dia menjawab pendek. Pengembaraan diteruskan. Meter motor bergerak-gerak dari 70-80km/j. Terkadang, melebihi 80, ku perlahankan. Teringat pesan ma saat pertama kali ku meminta kebenaran untuk menunggang motor. Waktu tu, ku bekerja sambilan sebagai Research Assistant sewaktu cuti semester. ”jangan bawok lebih 50 deh’ kata ma dalam loghat kelantan pekatnya. ”50 ma? Ala, slow sangat la ma. Jange bimbang, oghe tok ajin lagi bawok lebih 100.” aku berterus terang. ”eh laju do’oh tu”.ma memprotes ”okey, Oghe janji, tak lebih 80 deh” ku berdiplomasi. Dalam hati, isy ma ni, tau jugak dia bab-bab kelajuan motor ni. lupa pula, waktu muda-muda dulu, ma ngan abah selalu naik motor ke kebun getah. Abah punya la bawak motor slow motion, cam nak bersiar-siar je. Akhirnya janji dah termeterai. Lebih kang terkena sumpah. Ku tersenyum sendiri.motor terasa begitu berat. handle dipegang erat. biasanya takdelah sesusah ini memandu motor, 'mungkin banyak barang kot' hati bertingkah sendiri
Ketika menghampiri round about, simpang ke keningau, motor ku perlahan. ”ada rasa tak best la motor ni” ku bersuara pada sahabat di belakang. ”tak de apa-apa la biasa je. Teruskanlah...” sahabat di belakang memberi komen,motor ku berhentikan jua. ”cuba tengok, kalau-kalau pancit”. Turun dari motor. ”alamak pancit betul la. Dah teruk ni.Macam mana ni. Kita kat mana ye ni?” ku pandang signboard di hadapan kami , ”kimanis” tertera ’55KM kota kinabalu.’
Tiada siapa yang boleh di minta bantuan waktu ni, buntu seketika. Malam sudah hampir merangkak, kelihatan, mega-mega kemerahan di kaki langit. Jam sudah menghampiri jam 6. sekejap lagi, tabir malam akan menyelubungi alam, dan di waktu itu kejahatan akan keluar dari sarangnya. Beberapa kali kami di ’feeewit’ oleh lelaki-lelaki dari kenderaan yang lalu lalang. Geram dengan cara mereka menghulurkan ’bantuan’. Kenderaan lalu lalang. Kuperiksa kredit hanya tinggal 20 sen. ”Ahh, pengajaran apakah yang Allah ingin tunjukkan.” ”Ada kredit?saya takde ni.” ”Ada la 20 sen” ”kita mesej Pak Cik tadi nak tak, kalau nasib baik, dia masih tak jauh kat depan. Handphone ku keluarkan ’salam, pak cik kat mana. Maaf, motor kami pancit kat kimanis. Tak tau nak minta tolong siapa’ mesej ku ’send’. ’tawakal je la pada Allah.
Motor dibawa perlahan, memasuki simpang kimanis. Di situ ada bengkel. Kata pak cik pengawal SESB. Setelah beberapa ketika, handphoneku mengumandangkan selawat ke atas nabi, bermakna ada panggilan masuk, ku sambut panggilandengan pntas. Kedengaran suara mesra dari sebelah sana ”salam., ha! Kamu kat mana?” gembira bukan kepalang ”salam mak cik. Maaf...kami kat round about kimanis ni. Dekat SESB. Mak cik dah kat mana?” ”mak cik masih kat kimanis ni. Tak jauh.” kedengaran suara sayup-sayup. Tidak lama kemudian, suara lain pula yang bercakap ”adik kat mana tu” ”dekat raound about, ada simpang masuk ke pekan kimanis” ”owh, tak jauh tu, tunggu sana. Kami datang” ”oh ,terima kasih” kesyukuran kupanjatkan.

Di atas jip putih, kami rancak berborak ”ha, tu la. Pak Cik dah rasa tadi.tu yang Pak Cik bagi peluang adik berdua lepas dulu, bimbng kalau ada apa-apa kami masih kat belakang. ’bukan pak ci k dah lepas ke tadi?” ”pak cik singgah rumah besan. Kat depan tu. Motor kami yang pancit dipandu dengan perlahan oleh besan pak cik, jip putih mengeskort dari belakang. Agak jauh, 3 km. kami disambut oleh keluarga tersebut dengan baik. kami berborak agak rancak, sambil menunggu motor dibaiki. kebetulan jirannya ada yang tau tukar tayar.
kebetulan, semua anaknya perempuan, 5 orang. sedap mata memandang, dididik berbudi bahasa, nampak santunnya, cara melayani tetamu. cuma, mungkin satu perkara yang ter'skip', didikan agama....gayanya agak terikut-ikut cara artis, memang lawa..
Perjalanan pulang....kami di eskort lagi.bimbang katanya, malam-malam ni. Dari depan anaknya mengetuai perjalanan, dan di belakang Mak Cik Rosnani dan suaminya membuntuti dari belakang. Kami melalui lebuh raya Papar yang sunyi dan berbukit dan berselekoh. Jalannya agak lengang, memang menakutkan dan merbahaya juga jika tidak ditemani sesiapa. Tak banyak kenderaan yang melintas. Sehingga sampai ke simpang masuk kinarut. Anak Mak Cik Rosnani memberikan isyarat ke kanan, lambaian terakhir ke arah kami. Ku menyambut pantas, di situ kami berpisah. Masing-masing meneruskan perjalanan. ’kesian, tak sempat jumpa balik pak cik tadi. ,mereka masih di belakang’ bisikku. Selepas melepasi kinarut, perjalanan diteruskan, melalui putatatan dan akhirnya memasuki bandar kota kinabalu. Pantai disepanjang jalan disimbahi cahaya lampu menyambut kepulangan kami, memberi suasana damai. Penat seharian terasa kendur sedikit. Kami sampai hampir pukul 10 malam.
Saat memasuki bilik, ternampak dekstop tersergam indah di atas meja study, menunggu untuk disentuh. ’hmmmm,masih banyak assignment yang menunggu’ ku tersenyum.psmp. telefon berdering ”salam, kamu dah sampai?” ”ha’ah pak cik baru sampai” ”kenapa tak bagitau, Pak Cik bimbang” ”oh, maaf, betul-betul baru sampai ,tak sempat nak mesej. Terima kasih sangat pak cik, makcik dan keluarga.” ”tak ada apa. Okey la kalau dah selamat sampai, assalamualaikum...” "wa'alaikumussalam"

Di hadapan dekstop.....Ku berfikir.Terlalu banyak kebetulan yang berlaku hari ini. Pertama aku terberkenalan dengan mak cik rosnani dan suaminya, kemudian kuperkenalkan pada sahabatku, mereka sama-sama orang melaka. kedua pak cik tersebut ,memberi nombor telefonnya pada kami. Kebetulan pula teringat nak mesej pak cik tersebut untuk minta bantuan, and then kebetulan seterusnya pak cik tu singgah kat rumah besannya kat kimanis dan kebetulan lagi motor kami pancit dekat dengan rumah besan pak cik tu.
nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
’ hati menangkap ayat yang sering diulang dalam surah ar-rahman.
Begitu indah Allah mengaturnya.
Manisnya Tarbiyah dari Allah....
’Ya Alllah, jadikan kami hamba-hamba yang tahu bersyukur, tunjukkan kami cara untuk mensyukuri nikmatmu.'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIDAYAH ini......

Petang yang diberkati....
Suatu petang, ketika pulang dari menziarahi seorang nenek di Likas, saat menunggu bas untuk pulang ke USM, tidak salah rasanya mengambil peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. memandang lautnya yang luas.harap bisa meningkatkan iman.
Rabbana ma khalaqta haza bathilaa, subhaanaka faqinaa 'azaabannaar.....
Sambil menunggu bas , kaki diatur menentang arah, melalui Tanjung Lipat. Sudah jauh berjalan, Lama sudah menunggu, namun tiada bas yang berhenti, semuanya penuh. Hari hampir gelap. kelihatan ramai juga pemancing-pemancing yang masih bertenggek di atas batu bata berhampiran pantai. Ternampak seorang lelaki dalam usia 50-an sedang asyik mengambil . Kami bersapa. ”Uncle, ambil gambar” soalan bodoh dariku. ”Iya. Saya sangat suka tengok suasana ni. So beautiful.” dia menunjuk pada kaki langit yang kemerahan, matahari hampir mencecah permukaan laut. Saya mengangguk ’sama’ ku berbisik. ”Hobi?” menunjukkan pada kamera videonya yang tersangkut di dada, dia mengangguk. Uncle tersebut, berasal dari Sandakan dan mendapat pengajian di England dan kini telah pun bersara . ”Kamu dari mana ni. Dah lewat” ”Owh, saya dari sana. Tengah tunggu bas nak balik UMS” ”Dari UMS? Kamu sorang-sorang?” ”Iya uncle” dia mengeleng-geleng kepala. ”Isy, bahaya gelap-gelap. Bas mini di sini jahat-jahat.” uncle tersebut nampak agak kurang senang. aku tersenyum. ”kenapa uncle?” ” Kamu tau pasal pelajar yang dilarikan dengan bas mini tu? Yang dibunuh?” saya mengangguk.entah kenapa hatiku sentiasa merasa tenang saat berjalan sendiri. terasa seperti 'ada' yang melindungi. ”baliklah, dah lewat ni” dia menyuruh. ”memang tengah tunggu bas, uncle. Tapi nampak cam takde. Tu yang berjalan ni, sana ada masjid, saya singgah di sana kalau tak dapat bas. ” dia nampak berminat. ”oh ya? Baguslah” ”assalamualaikum!” dia lancar memberi salam. Saya kembali menghadapnya, saya seperti excited ”uncle muslim?” tak nampak macam muslim, chinese.susah nak cam. dia mengeleng. tersenyum ”i have no religion.but I have read al-Qur’an. It's so beautiful book. Very beautiful. Di antara banyak-banyak buku yang saya baca.bible sekalipun, ianya adalah yang terbaik.’ Uncle ni berminat dengan Islam ke?’ hatiku terdetik. Belum sempat ku membuka mulut. Dia menyambung ”But, not the muslim…...ramai yang tak ikut…….” dia mengeleng-geleng kepalanya. Nampak kecewa. Aku terkaku. ‘ahhhh..’ tak tahu nak cakap apa. perkara itu turut mengecewakanku. kerenah umat Islam hari ini. Baru terfikir nak mendakwahinya tentang Islam. ”oh ya, Kamu dah nak pergi kan? dah nak gelap ni. pergilah” dia mengingatkan
”Ya ya, saya pergi dulu uncle” saya berjalan meninggalkannya. Berpaling ke belakang. Uncle tersebut masih memandang ke arahku. ’Ya Allah, andai dia sedang mencariMu, temukanlah jalannya’ ku berdoa.
Azan berkumandang ke udara. Langkah kaki kupercepatkan, melalui jalan belakang, lebih dekat. Cuba membuka gate yang kecil, tapi berkunci. Ada satu lagi gate yang besar. Tidak jauh dari satu, seorang lelaki sedang berdiri tercegat di situ. Juga seorang uncle, chinese, sabahan mungkin. Lebih muda dibandingkan uncle tadi. Nampak educated, dia memikul beg laptop.mungkin baru balik dari kerja ”uncle, gate sana kunci ke?” ”oh, tak rasanya” dia mendekati gate besar, aku membuntutinya. Pintu gate dibuka, dia mempersilakanku masuk. Kemudian dia masuk, nampak seperti teragak-agak. Kuucapkan terima kasih, dia mengangguk. Azan masih dikumandangkan, terasa suasana begitu indah, saat memasuki laman masjid. Kupandang ke belakang. Uncle tadi masih tercegat di situ, berdiri di tepi kolam, memandang kubah masjid, seolah-olah sedang menghayati azan yang dilaungkan. Ku menunggu kalau-kalau dia akan masuk, tapi tidak. dia hanya tercegat di situ. ’uncle ni muslim ke?, hatiku kembali bertanya. Wajahnya tadi seakan-akan menunjukkan satu ekspresi yang sukar diterjemahkan.Seolah-olah sedang mencari sesuatu. Wajahnya bersih, tapi nampak penuh kemusykilan.
selepas menunaikan solat maghrib, ku terfikir sendiri. merenung tepat ke tikar sejadah..... tanpa kusedar, di luar sana begitu ramai manusia sedang mencari-cari Tuhan, mencari pedomam hidup..hidup mereka terasa kosong.... Sedang umat Islam hari ini, aku juga, lahir-lahir sudah pun Islam, sudah ditunjukkan matlamatnya ke mana, al-Qur’an sebagai pedoman, namun masih tidak tahu bersyukur...adakah kerana nikmat yang FREE ini menjadi begitu tidak bererti, sehingga Islam ini mula ditinggalkan oleh umatnya sendiri.

”Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan kepadaMu”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~pintu kebaikan~

SESUNGGUHNYA PINTU-PINTU KEBAIKAN ADALAH SEBANYAK TARIKAN NAFAS MANUSIA, AKAN TETAPI MANA ORANG-ORANG YANG INGIN MENEMPUHNYA? SESUNGGUHNYA LUAS JALAN KEBAHAGIAAN ADALAH SELUAS HAMPARAN BUMI. TAPI MANA ORANG-ORANG YANG BERJALAN DI ATASNYA? SESUNGGUHNYA KUNCI-KUNCI KEBAIKAN TAK TERHITUNG JUMLAHNYA, TAPI MANA ORANG YANG MAU MEMPERGUNAKANNYA? MANA ORANG-ORANG YANG MENHENDAKI ALLAH? MANA ORANG-ORANG YANG MENGINGINKAN APA YANG ADA DI SISI ALLAH ’AZZA WA JALLA?

Kata-kata ini saya quote dari satu buku yang sangat hebat, menceritakan tentang seorang manusia agung, Rasulullah saw. Penulisnya merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam bidang penulisan, penulis kepada buku ’La Tahzan’ Syeikh Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Persoalan yang dikemukakan oleh penulis ini begitu berbekas di hati saya. jika pintu kebaikan adalah sebanyak tarikan nafas manusia, tertanya pada diri....agaknya berapa persent daripada kebaikan yang telah kulakukan saat ini???? terlalu sedikit, sangat sedikit... bukankah Allah mengajak kita agar berlumba ke arah kebaikan (fastabiqul khairaaat) ??? berapa ramai yang menyahutnya?? apakah kita termasuk.??
sering manusia berkira-kira bila melakukan kebaikan. bila melakukan sesuatu untuk agama Allah, kita akan mengungkitnya berkali-kali. seolah-olah kitalah manusia paling banyak berbuat kebaikan.
sekadar bekongsi, kata-kata seorang Syeikhut tarbiyah,....

Seonggok kemanusiaan terkapar,
Siapa yang mengaku bertanggungjawab?
Bila semua pihak menghindar
Biarlah saya yang menanggungnya,
Semua atau sebahagiannya....
~KH Rahmat Abdullah


tanya pada diri kita sendiri, apakah kita sedia menjadi 'sukarelawan@volunteer' untuk bersama-sama menanggungnya???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~perhatikan insan di sekelilingmu~

Ada suatu ketika di dalam sebuah pengisian ilmu oleh seorang Doktor, saya ditanyakan dengan satu soalan cepumas. Katanya.... ”dalam seramai-ramai manusia di sekitar kamu, contohnya di dalam kuliah, di persekitaran kamu, berapa ramai yang akan mengingatkan kamu kepada Allah?”. saat itu, aku tahu apa jawapan yang diinginkan beliau, tapi saya punya jawapan yang berbeza, yang mungkin tak semua orang boleh terima. Saat itu, dalam keadaan yang spontan saya menjawab, ”maaf, saya tak faham soalan”. Dan pastinya natijahnya saya diketawakan habis-habisan oleh penceramah tersebut dan hadirin yang hadir, ’ada ke patut seorang pelajar universiti tidak boleh memahami soalan yang sebegitu mudah? Dan saya menerima respond itu dengan hati yang terbuka, malah turut mentertawakan diri sendiri bersama hadirin yang hadir. insya’Allah itu jawapan yang terbaik saya rasakan saat itu. Penceramah menyambung lagi, ”ukhti, sebenarnya tak seorang pun di kalangan sahabat kita di luar sana yang akan mengingatkan kita kepada Allah. Kalau ada pun terlalu sedikit. Kita sekarang berada di tengah-tengah masyarakat yang ................(tak larat nak qoute semua)”
Benar! Kuakui, itulah hakikatnya. Keadaan masyarakat hari ini begitu jauh dari pengamalan Islam yang sebenar. Dengan berbagai trend dan lifestyle yang timbul di akhir-akhir zaman ini, tak mungkin iman dapat tumbuh subur, jika kita tidak mencari sendiri persekitaran yang baik untuk pertumbuhan iman. Tak mungkin diri dapat bertahan dengan maksiat yang bertebaran saat ini, melainkan ada inisiatif dari diri sendiri untuk mengelak dari terjebak dalam suasana dan kehidupan jahiliyah ini. Di kiri kanan, depan dan belakang, maksiat ada di mana-mana. Sahabat dari jauh dan dekat begitu mempengaruhi kehidupan kita. Ada yang mengajak ke sana, ada yang mengajak ke sini, berbuat itu dan ini, dan apa saja yang mungkin bertentangan dengan syariat agama. Benar! Kita bukan berada di zaman Rasulullah yang bi’ahnya(persekitaran) sangat terjaga. Di mana-mana ada orang mengingatkan, ada majlis ilmu,dikelilingi sahabat-sahabat yang sama-sama ingin menjaga iman, saat iman mula mengendur pasti ada yang mengingatkan. Masyarakat memandang keburukan itu sebagai keburukan.... Berbeza dengan keadaan hari ini. Keburukan sudah dianggap perkara biasa malah siap diseru secara terbuka dan kebaikan mula disalah erti. Di akhir zaman ini, orang yang mengamalkan agama dipandang serong, dengan pelbagai tafsiran, ajaran sesat, teroris, ekstrimis agama dan sebagainya. Benar! Sukar untuk mencari orang yang boleh mengingatkan kita tentang Allah.
Dari sudut yang lain, pada sisiku sendiri. Aku melihat, setiap orang yang hadir dalam diriku mengingatkan aku kepada Allah.Cuma dengan cara mereka tersendiri. Itulah jawapan yang inginku berikan sebenarnya. Tapi, mungkin bukan itu jawapan yang diinginkan saat itu. Bagaimana??? semua orang boleh mengingatkan kita kepada Allah? lihatlah dengan pandangan keimanan. Ia akan berlaku bilamana kita menilai setiap sesuatu dengan akal fikiran yang sihat, yang dipandu dengan wahyu. Sebenarnya setiap orang yang hadir dalam hidup kita, tidak kira orang beriman, orang jahil, orang zalim, tolol dan bangang(maaf sedikit kasar) sekalipun ada membawa sesuatu mesej daripada Allah untuk kita fikirkan. Itu yang saya maksudkan ’setiap orang yang hadir dalam hidup kita mengingatkan kita kepada Allah’. Dan ia hanya dirasai oleh orang yang berakal (ulil albab). Bagaimanakah mereka itu? Merekala itulah orang yang disebut dalam surah ali Imran, ayat 191.


”(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ”Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”

Kisah Seorang Roomate

bila berbicara tentang topik ini, saya teringin untuk berkongsi sebuah cerita. Cerita yang belum tamat..... Insya’Allah doakan moga nantinya happy ending....
Ini kisah seorang roomate. Pertama kali mengenalinya hampir 3 bulan yang lalu, saya agak surprise dengan ’hadiah’ Allah kali ini. Setelah silih berganti roomate dari satu semester ke satu semester akhirnya giliran roomate yang seorang ini.Bagi saya, sesiapa sahaja yang Allah dekatkan dengan saya adalah hadiah dariNya tak kisahlah dia adalah coursemate, roomate, teman seperjalanan, atau sesiapa saja dan yang pasti dia adalah orang yang istimewa, dia adalah orang yang Allah ’pilih’ di antara begitu ramai manusia lain untuk saya bersemuka dengannya. Dia seorang wanita, muslim, anak kelahiran Negeri di bawah bayu, mengambil jurusan Sivil engineering, dan ’freee hair’(mungkin yang lain boleh difikirkan sendiri).
Dia seorang pendiam, bagiku dia penuh rahsia.....sering juga ku mencuri-curi memandangnya dari meja studyku.(ini adalah kebiasan yang paling susah untuk dibuang.suka memperhatikan orang. Membaca isi hati, sikap dan perangai melalui anak mata dan pergerakan seseorang). Tanpa saya sedari rupanya dia menyedari tingkah laku saya. Pernah suatu ketika, saya bertanya padanya kalau ada tingkah laku saya yang tidak disukainya, katanya, ”tak ada pun. Ok je. Oh ya,(dia teringat sesuatu)....Cuma satu, boleh tak jangan tenung saya lama-lama(curi-curi), saya tak selesa” Alamak!kantoi.fikirku saat itu. tapi, so sweet!! sangat telus, saya suka. Ha ha, malunya saya. Saya bagitau ”maaf, saya memang jenis suka tengok orang. Maaf sangat, nanti saya usahakan untuk tak buat lagi” dia senyum. Sebelum berpisah kukatakan sesuatu padanya, ”saya suka tengok wallpaper laptop kamu, unik...menggambarkan sesuatu.(gambar seorang perempuan di dalam gelap yang tengah tunduk, kepalanya terlentok di atas lutut. Ada cahaya menyuluh ke arahnya) ”Emm, saya suka gambar tu, cantikkan?” saya mengangguk, lantas menyambung bicara....”ia seolah-olah menggambarkan keadaan kamu” kelihatannya dia pelik ”menggambarkan apa?” ”seperti kamu mencari-cari sesuatu...(cahaya Islam) ” dia senyap, takde respons. Suasana senyap seketika ”boleh saya tanya sesuatu?” ”apa” ”kamu tak kisah ke saya kejut kamu bangun subuh pagi-pagi?” (biasanya saya kejut bangun pagi, dia agak liat untuk bangun, kadang-kadang nampak kurang senang) dia senyum ”okey je, bagus juga. lagi pun saya memang susah bangun pagi” saya senyum, dia senyum.
Banyak benda yang saya pelajai darinya. Dari pemerhatian saya, dia seorang yang bijak, pendiam, baik hati,dan banyak lagi sifat mahmudah yang dia miliki. banyak sifatnya yang buat saya terkesan, insya'Allah banyak lagi sikap dan tingkahlaku yang perlu diperbaiki. semuanya saya belajar dari tingkahlakunya...Cuma yang saya sedihkan, kehidupannya jauh dari kehidupan beragama. Satu benda yang saya kagum padanya adalah, dia masih lagi berusaha untuk solat walaupun tenggelam timbul. Dia akan bangun subuh jika dikejutkan(walau pun lambat-lambat), solat-solat lain saya tak pasti, kejap solat kejap tak. Tapi, kain sembahyang sentiasa tersangkut pada katilnya, membuatkan hati terasa sejuk bila memandang. Di sini sangat nampak pengaruh rakan-rakan yang boleh membentuk sikap seseorang itu, memang nampak, itulah puncanya. Dia punya ’klik’ yang sangat hebat.

Kami tidak begitu rapat, tidak tahu bagaimana mau berinteraksi, dia pendiam dan saya jenis yang agak peramah, cam tak ngam. bimbang tersalah tingkah.. kami sekadar tersenyum bila bersua. Sesekali saya hulurkan risalah buatnya, kejutkan subuh, berpamitan saat masuk dan keluar bilik...itu saja. Mungkin usaha saya masih kurang,mungkin juga tidak ada langsung. Namun saya akan terus mengusahakan sesuatu selagi Allah beri saya masa untuk bersamanya...

Sering ku berdoa moga Allah menyentuh hatinya dengan cahaya hidayah. Padaku, hatinya bersih, lebih bersih dibanding dengan hatiku yang dah terkotor, cuma hidayah itu belum sampai padanya. Doaku moga Allah menyentuh hatinya sepertimana telah disentuh hati-hati roomateku yang terdahulu...Ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS