• Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUKARNYA MENJAGA SUCINYA SEKEPING HATI

YA ALLAH BANTULAH KAMI AGAR DAPAT KAMI PELIHARA HATI YANG ENGKAU ANUGERAHKAN INI...
AGAR BISA KAMI MEMELIHARA KESUCIANNYA....
SUCI DARI KEMAKSIATAN KEPADAMU,
JUGA DARI SEGALA KEKOTORAN MAZMUMAH.....

YA ALLAH BETAPA SUKARNYA....UNTUK KAMI MEMELIHARANYA......
BANTULAH KAMI DALAM URUSAN INI...
AMEEEN......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BILA MUSIM BEREDAR….



bismillahirrahmanirraheem….

tarbiyah ini mengukirkan seribu satu kisah…
suka mau pun duka…
bersilih ganti…
dengan beredarnya musim…

saat musim beredar…

daun berguguran…

hujan turun bersama rahmat….
muncul pula mentari bersinar indah….

lantas bunga berkembang mengharum….
dan musim terus beredar,
mengukir kisah berbeza…
kisah kita…
kisah insan di jalan tarbiyah…


suatu ketika di bawah pohon kemboja….

‘ukhti, kenapa mengambil keputusan sedrastik ini?’
wajah itu tunduk, menatap wajah bumi yang ditumbuhi rerumputan…
tiada suara yang kedengaran, hanya kicauan burung bernyanyi riang di petang itu.
‘ukhti…’ tangannya yang lincah bermain dengan dedaunan kering disentuh lembut, gerakannya terhenti.
dia berpaling.
saya tak layak....’ dia mejawab sepatah..
‘tiada siapa yang layak…’
‘saya banyak buat dosa. Saya tak sempurna....’
‘Apakah sebelum ini, anti di sini kerana anti sempurna?’
dia terpempan. wajahnya penuh tanda Tanya…
kita di sini bukan kerana kita perfect, bukan kerana kita dah cukup bagus untuk mendakwahi orang, bukan juga kerana kita suci….’
‘saya tahu…’
‘jadi? kenapa itu yang jadi sebab?’
suasana kembali sunyi.
‘ukhti, kita manusia biasa. iman kita naik dan turun. perlu sentiasa diperbaharui…di saat kita futur, boleh-boleh saja kita buat sesuatu keputusan yang tidak sepatutnya. tapi….cuba kita ingat balik, apa yang menyebabkan kita memilih jalan ini pada permulaannya. Anti masih ingat?’
‘saya diperkenalkan dengan Islam yang sebenar…’ dia tersenyum nipis…
‘that’s the point…itu yang kita lupa, ukhti.’ dia berpaling.
‘suatu ketika dulu, kita berada di sini kerana kita merasa dakwah ini memberikan kita sesuatu yang kita perlukan. di sini kita temui ketenangan dan sinar iman. ukhuwah yang manis. ….Selepas musim berubah, saat kita merasakan tenaga kita dibutuhkan di jalan ini, di saat itu kita merasakan, dakwah yang memerlukan kita. dan saat itu, barulah kita terfikir, apakah aku layak, apakah aku mampu, apakah aku bersedia. di saat itu, kita sebenarnya berkira-kira….ukhti….setelah begitu banyak nikmat kita kecapi…kita mula berkira-kira untuk setiap titis peluh kita, untuk menginfakkan diri kita, tenaga kita. kerana kita merasakan sekarang kita tidak lagi memerlukan, bahkan diperlukan. kerana ia bukan lagi satu kebutuhan tetapi satu pilihan….maka di saat ini akan wujud banyak alasan untuk kita melangkah keluar, rasa tak mampu, penat, tak layak..dan banyak lagi’ dia masih tertunduk….
nafas dihela seketika, air mata menitis seketika. Entah kenapa rasa sebak bila menyentuh bab ini…
tarbiyah ini terlalu mahal nilainya ukhti,…..tak termampu kita membayarnya….’ bicara terhenti seketika. tangan menyapu titis air yang tumpah ke pipi.
‘tarbiyah ini memberikan kita satu nikmat yang tidak ternilai, tidak bolehkah, jika kita menganggap apa yang kita lakukan ini untuk membayar apa yang sedang kita kecap saat ini. itu pun terlalu kecil nilainya…terlalu kecil….tak terbayar pun…’

‘Ana masih ingat saat awal tarbiyah anti, bagaimana anti berubah dari diri yang dulu sehingga satu ketika lahir menjadi susuk yang ana lihat hari ini. bahagia ana melihat anti bercerita tentang tugasan halaqah, tentang program yang anti hadiri, saat air mata anti menitis ketika membaca kalamullah, saat anti berbicara di dalam majlis taklim….sungguh manis kenangan itu. Apakah semua itu hanya akan jadi kenangan?? kita mengukirnya hanya untuk dijadikan sebuah cerita untuk anak cucu kita di hari tua…

Aku tertunduk sendiri. tiada lagi patah kata yang bisa dilafazkan, apakah semua ini akan bisa merubah keadaan??
tarbiyah ini bukan satu proses yang singkat, ia juga bukan bermakna prosesnya telah selesai. kita sentiasa dalam perubahan, sentiasa ada aspek yang perlu diperbaiki…dan tanpa kita sedar kita masih dalam proses membersihkan diri dari karat jahiliyah saat kita memberi taklim, saat kita meng’halaqah’kan, saat kita sibuk mencari ‘mad’u dan setiap saat kita berada dalam tarbiyah. Kita masih…dan sentiasa dalam tarbiyah….Sehingga ke akhir hayat kita.

Macam mana kita boleh terfikir tak layak, kerana dosa yang dibuat. UKhti,kerana kita tahu itu dosalah, maka kita perlu kikis dan buang dari diri kita. mungkin pada pemikiran kita, dosa itu terpalit sama pada dakwah lalu kita merasa bersalah. Tapi, adakah dengan kita melarikan diri dari jalan ini maka dosa kita terhapus dengan sendirinya? kita akan menjadi lebih baik dengan beredarnya masa.
dakwah tak rugi sedikit pun, dengan berlalunya kita. Sentiasa ada benih baru akan tumbuh, bunga baru akan berputik dalam taman tarbiyah ini....dan tabiyah ini pasti akan berlangsung ila yaumil qiamah. tapi di sana kita akan lihat, bagaimana pengakhirannya bagi dedaunan dan kelopak bunga yang gugur ke bumi. mungkin pada mulanya ia masih indah, masih menghijau di atas rumput sana, sekejap saja dan kemudiannya kita lihat dia kekuningan, reput, dan akhirnya bersatu dengan tanah menjadi baja.
Seperti mana dedaunan dan bunga-bunga itu yang bergantung terus menerus dengan nutrient dari pokok untuk terus hidup, iman kita juga perlu tarbiyah yang berterusan sehingga ke akhir hayat kita.. walau saat itu, kita merasakan kita lebih banyak memberi, tapi tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang menerima. kita sentiasa memerlukannya. kita yang memerlukan tarbiyah ini, bukannya diperlukan. apa yang kita lakukan hanyalah sekadar ‘yuran’, bayaran, tanda syukur kita atas nikmat Allah yang sangat besar ini’

‘akhirnya…..kita gadai nilai tarbiyah kita selama ini, hanya dengan satu sms bernilai 1 sen. begitu murah. Betapa sukar untuk kita menapak di permulaannya, mujahadah kita dalam mengubah diri, jerit perih kita selama ini, berakhir dengan sekadar taipan mesej… ‘ana dah tak nak halaqah’

‘ukhti, pada Rabb, kutitipkan urusanmu, kerana Dia kita berada di sini…kerana nikmat dan kasih sayangNya jua kita bertemu di sini…hanya padaNya ku sandarkan harapan,….moga kita terus berpimpinan melangkah di jalan tarbiyah ini ila mardhatillah……’

pandangan ku lontarkan ke barisan pepohonan itu....

.....daun berguguran di saat angin menghembus lembut, dan kulihat yang tinggal pada pohon itu hanya ranting-ranting dan sedikit daun yang masih muda. Apa yang pasti, setiap kali musim beredar…daun baru pasti akan bertunas, bunga yang baru akan berputik kembali…...

Seringkali minda kita silap mentafsir situasi dan seringkali juga situasi tidak mampu ditafsir oleh minda semata-mata. bersyukurlah untuk setiap nikmat yang diperoleh….

"dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu....."
Az-Zumar,39:8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAJAR BARU UNTUK ISLAM

setelah beberapa penggal dunia menyaksikan kelam dan mendungna dunia Islam…..pastinya sering terfikir di benak,’bilakah masanya untuk Islam kembali bercahaya, tegak berdiri di atas muka bumi Allah?’
di sini jawapannya…..
Wahai umat manusia!
sedarlah! bahawa saat ini di segenap penjuru dunia, telah bangkit segelintir manusia yang memahami tanggung jawabnya atas agama yang mulia ini.
di saat kita sedang leka dengan dunia kita yang berwarna warni…..di Turki sana telah muncul seorang pemikir Islam moden, Harun Yahya, membawa panji Islam, berjuang mengembalikan manusia kepada Allah yang menciptakan seluruh makhluk. di sudut yang lain, muncul pula pemuda-pemuda yang gigih, Achenahr dan Noreaga menyebarkan kebenaran, dengan bermodalkan ‘The Arrival’ dan mengumpulkan seluruh umat manusia yang mula bangun dari lena panjang mereka yang berpangkalan di ‘Wake up Project.com’. seterusnya di seluruh dunia mula terasa bahangnya roh ahlul bait yang membawa kembali sinar sunah Rasulullah.Munculnya berbagai laman yang bermanfaat untuk Islam, eramuslim, iluvislam, palestinkini,halaqahonline dan banyak lagi.
di segenap sudut dunia ini, mula bangkit satu persatu para pemuda, shabab, yang memiliki roh baru (ruhul jaded) yang sudi menginfakkan diri, harta dan jiwa untuk mengemban dakwah. mengajak manusia untuk kembali kepada Islam yang syumul.
wahai saudaraku!
di saat bergerombolan umat manusia dari penjuru dunia, mula mengibar panji Islam…mengorak langkah menuju Allah…..adakah kita sekadar ingin menjadi para penonton? yang turut sama menyorak saat Islam menang? Atau lebih teruk menjadi pengkritik terhormat, yang sekadar mencari-cari ruang kelemahan di barisan kaum muslim….dan tanpa kita sedar, kitalah yang akan menjadi wakil pihak musuh di kalangan kaum muslimin?


‘Islam berada di posisi kamu masing-masing,
maka jagalah Islam pada posisi kamu,
jangan sampai Islam dirosakkan dari posisi kamu’

‘Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. jika ada dua puluh orang orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti’
Al-Anfal,8;65

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS