Oh Tuhan...Aku Jatuh CINTA!

Suatu ketika, hatiku dibuai rasa cinta, rindu yang membuak-buak di dadaku. Aku akui, aku rindu pada Dia. Entah kenapa, aku tidak malu menyatakan aku benar jatuh cinta padaNYa. Oh Tuhan, layakkah aku berkata begitu. Aku manusia yang sering alpa, yang diselaputi debu dosa dan noda. Namun, di saat rasa cinta itu datang, aku tak mampu menafikan…aku mengharap Engkau sedang melihatku bagaikan kekasih menatap wajah kekasihnya. Sehinggakan sering air mata ini mengalir kerana tidak mampu menahan rasa cinta itu. Hanya rukuk dan sujud dan seuntai doa yang bisa jadi ruang perjumpaan. Ya Allah, ampuni aku…..
tanpa sedar air mata mengalir jua melimpahi kelopak mata, bila mana cintaNya datang mengetuk pintu hati. Saat, hati tiba-tiba merasa rindu untuk bersendiri di surau dan masjid, saat hati rindu untuk menatap surat cintaNya, saat hati terasa tenang dengan mendakap erat 'bingkisan'Nya buat umat manusia. Oh Tuhan...bagaimanakah lagi ingin dirungkaikan rasa rindu ini???
terngiang-ngiang lagu RINDU, nyanyian Hijjaz......

Rindu Itu Adalah Anugerah Dari Allah
Insan Yang Berhati Mulia Punyai Rasa Rindu
Rindu Pada Kedamaian Rindu Pada Ketenangan
Rindukan Kesejahteraan Dan Juga Kebahagiaan

Orang-Orang Bertaqwa Rindu Akan Kebenaran
Kejujuran Dan Keikhlasan Keredhaan Tuhannya
Orang Mukmin Merindukan Anak-Anak Yang Soleh
Isteri-Isteri Yang Solehah Keluarga Yang Bahagia

Para Pencinta Kebenaran Rindukan Suasana
Masyarakat Yang Terjalin Aman Dan Sejahtera
Merindukan Tertegaknya Kalimah Allah Di Muka Bumi
Dan Dalam Merindukan Keampunan Tuhannya

Dan Seluruh Ummat Itu Merindukan Cahaya
Yang Menyinari Kehidupan.......
Rindu Kepada Tuhan

Mana mungkin aku tidak jatuh cinta, bila mengenangkan segala nikmat yang Dia kurniakan padaku, bila mana Dia sering datang saat aku benar-benar keseorangan, saat aku memerlukan bantuan dan kesusahan. saat pulang dari sekolah dalam panas terik, dikirimkan bayu lembut berhembus, mengeringkan keringat yang bercucuran, awan menutupi mentari membawakan suasana mendung, air mata menitis. Mana mungkin cinta manusia bisa sehebat ini. Dia datang dengan pertolongan yang pelbagai. Sehinggakan aku tidak lagi bimbang bila dikunjungi masalah, pasti Dia takkan biarku keseorangan. Kadang tidak tersangka apa yang terjadi sehari-hari adalah pertolongan dariNya. Ya Allah, jika apa yang kurasakan ini satu kesalahan, maka ampunkanlah aku kerana sesungguhnya aku tak mampu membendungnya dri terus menular ke seluruh urat nadiku.
Ampuni daku Ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAKIKAT KEHIDUPAN 2

Kehidupan ini terlalu banyak misterinya, sehingga kini aku masih terfikir tentangnya. Apatah lagi di saat berhadapan dengan pelbagai rintangan, halangan dan cubaan, diri sering terfikir …’untuk apa semua ini?’
Terkadang terfikir seolah seluruh isi dunia sedang bersepakat untuk mengujiku dengan pelbagai watak yang mereka pegang. Seolah-olah semua yang hadir di dunia ini ada kena menggena dengan hidupku.
Suatu ketika, melalui penulisan seorang insane bergelar Harun Yahya, diri disedarkan tentang kehidupan ini yang hanya sekadar ilusi, di mana ianya sekadar satu tayangan video yang dimainkan untuk kita diuji dengannya. Fakta ini sedikit sebanyak menyamai apa yang kufikirkan sedari kecil…benar! Cuma ia diterangkan dengan cara yang berbeza dan lebih jelas. Tiada apa pada sebatang tubuh yang terdiri daripada tulang belulang bersalut daging dan diluarnya dilapisi kulit, ia hanyalah salah satu dari ilusi dari banyak-banyak ilusi yang di tayangkan di ruang minda. Ramai orang yang kagum dengan imej-imej ini dan merasa kagum dengn apa yang mereka ‘miliki’. Otak yang berisi selaput dan ketulan-ketulan lipid itu tidak berfungsi apa-apa jua melainkan padanya telahpun, ttersimpan di dalamnya satu ‘cakera liut’ yang siap dimainkan, ia tidak berkuasa apa, matanya tidak memandang, dan telinganya juga tidak mampu mendengar apa-apa dari luar, tetapi semuanya telah ‘siap’ untuk disalurkan ke otak dan diterima sebagai impuls. Dan perkara ini menjadi ‘kertas ujian’ yang cukup ‘real ‘pada pandangan kita sehingga kita tidak menyangkakan bahawa itu adalah ujian.
Aku begitu bersyukur diberikan pengetahuan oleh Allah tentang hakikat ini. Dari sehari ke sehari, aku makin boleh menerima jika apa yang aku miliki selama ini hanyalah sesuatu ilusi untuk Allah mengujiku dengannya. Andai ia berupa kebaikan, aku pasti Allah ingin melihat sejauh mana kesyukuranku padaNya, atau ia hanya membuatku menjadi lebih takabur, ujub, bangga di hadapan manusia, na’uzubillahimin zalik. Di kala berhadapan dengan kesukaran, manusia yang punya pelbagai kerenah , saat getir yang perlu ketabahan, aku akui Allah ingin aku mengingatiNya , memohon pdaNya, bersabar dengan ujianNya dan mungkin banyak lagi yang aku tak ter’lihat’ hikmah di sebaliknya. Seringkali peristiwa-peristiwa tertentu yang terkandung banyak kebaikan di belakangnya berlalu begitu sahaja, lebih malang lagi hanya meninggalkan rasa sakit hati, benci, kemarahan dan kekecewaan sahaja.
Bukankah Allah sangat menyarankan hambaNya agar sentiasa berfikir merenung ciptaanNya, terhadap setiap peristiwa dan situasi. Namun terlalu jarang orang yang ingin meluangkan masa barang sesaat untuk berfikir. Cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi dalam mengejar keselesaan hidup dan kemewahan membuat manusia merasakan masa itu terlalu berharga untuk disiakan dengan berfikir. Inilah yang dirasai oleh sesiapa sahaja yang terperangkap dengan ‘dunia’ sehingga ia tidak nampak di balik tabir keindahan dunia itu, terpampang jelas kehidupan akhirat yang abadi. Di balik godaan dunia ini tanpa disedari, ada azab dan nikmat Allah yang menanti. Dan berfikirlah wahai umat manusia barang sejenak, yang mana satu idaman hati?
Diri cuba untuk menjadi hamba yang taat, sentiasa patuh, ingin buat yang terbaik dalam setiap situasi yang Allah hadapkan di ruang mindaku. Namun, ku akui sebagai seorang hamba yang penuh kelemahan, seringkali apa yang ingin dilakukan tak ter’realisasi’kan lantaran kurangnya tekad dan usaha dari dalam diri. Di saat berhadapan denan ujian, lidah lebih pantas mengeluh berbanding istighfar, di saat berhadapan dengan pujian, hati lebih dulu dimekari dengan bunga-bunga bahagia sebelum meletakkan semuanya pada kekuasaan Allah, dan di saat berhadapan dengan sesuatu pilihan, nafsu terlebih dahulu membuat pilihan berbanding menanyakan pertimbangan akal dan hati yang sihat. Arghhh!!! Inikah dinamakan hamba yang ingin taat, patuh pada Tuhannya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS