SEDETIK YANG MENCEMASKAN!!!

Bismillahirrahmanirraheem….


Ku memandang sedikit goresan di tangan kanan…. tersenyum sendiri, memikirkan diri baru saja melepasi saat-saat paling mencemaskan dalam hidup….

Sekadar ingin berkongsi, moga ada ibrah yang boleh diambil….bagi mereka yang ingin berfikir…

Malam telah pun melabuhkan tabirnya saat aku bersama seorang akhwat lagi pulang dari Kinarut untuk menziarah sepasang suami isteri, Mak Cik Rosnani dan suaminya. Saat itu, hujan turun dengan lebatnya dan kami basah kuyup, walau pun masing-masing kami telah menyarung baju hujan.

Melihatkan beg sandang yang telah basah kuyup, aku lantas teringatkan al-Quran kesayanganku yang berada di dalam….. ‘mesti Qur’an kat dalam ni akan basah’ terdetik dalam hati…

‘Ukhti, berenti je kat mana2….hujan lebat ni’

‘Nape?’

‘Basah nanti Qur’an ni…, beg dah basah’

‘Masukkan je dalam baju hujan.’ dia menjawab sepatah

‘Oh, tak terfikir pulak…’ tangan lantas membuka zip beg, dan mengeluarkan al-Qur’an…. Al-Quran dimasukkan ke dalam baju hujan melalui leher baju dan dirapatkan ke dada…..

MUKJIZAT AL-QUR’AN

saat tangan memeluk erat al-Qur’an ke dada…diri terasa ringan seketika……

Sesaat kemudian, terasa diri sedang bergolek beberapa kali di tengah jalan. tidak ada rasa sakit, langsung tak terasa. hanya geseran lembut dan perlahan di tar meninggalkan sedikit rasa pedih….

Selesai saja babak bergolek di tengah jalan tamat, barulah ku tersedar di mana aku kini berada…tidak jauh dari tempatku terbaring…sebuah kereta sedang meluncur….ia berhenti di situ, sangat hamper…. saat itu, ku terasa tanganku masih erat menggenggam al-Qur’an di dalam baju hujan….alhamdulillah….

menyedari diri yang berada di tengah-tengah kesibukan lalu lintas, aku cepat-cepat bangun menuju ke pembatas lebuh raya. di kanan kiri, kereta bersusun melihat drama singkatku dengan aksi stunt yang sangat berbahaya…

hujan masih turun dengan lebat….

selebat air mata yang gugur menyaksikan bukti keagungan Allah….

Tangan ku angkat, dengan kalimah syukur yang tak henti-henti dari bibir, aku terasa begitu tenang…

betapa Allah telah membuktikan bahawa Dia-lah berkuasa atas segalanya, Dia-lah yang Maha Memelihara, tiada yang la8n selain Dia yang berkuasa atas sekelian makhluk...

keyakinan bagaikan bertambah tiba-tiba.....tiada ragu lagi wahai Tuhanku.....

Terasa, betapa keagungan kuasaNya yang menyelamatkanku, kasih sayangNya menyambutku saat terjatuh dan kelembutanNya menjadikan geseran di tar yang kasar tidak melukakanku….alhamdulillah…

Keadaanku mungkin lebih teruk, mungkin saja kakiku patah, mungkin saja kepalaku berdarah, mungkin saja kereta-kereta dikiri kananku merempuh……

Namun…. KASIH SAYANG-NYA MENDAHULUI SEGALANYA…..

subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…

Astaghfirullah….Astaghfirullah…Astaghfirullah…

Rasa kaget dari penonton masih ketara, kereta-kereta masih tidak mahu berganjak, memastikan keadaanku di situ…

Sekadar mengangkat tangan dan mengangguk perlahan, sebagai tanda tiada kecederaan teruk padaku….kuukirkan senyuman buat mereka (yang mungkin terlindung oleh pekat malam) untuk menghilangkan rasa kaget itu….

seorang pak cik keluar dari kereta (yang beberapa cm lagi akan merempuh tubuhku)untuk melihat keadaanku. aku sekadar menggelengkan kepala sebagai tanda ‘tak ada apa-apa’. kedengaran suara dari kereta lain yang memintanya mengangkatku. aku sekadar mengangkat tangan dan mengangguk berkali-kali untuk menyatakan ‘saya ok’.

“kamu tak apa-apa ke? betul ni?” pak cik itu nampak risau.

“saya tak apa-apa, insya’Allah…alhamdulillah…boleh tolong ambilkan beg saya..” ku menunjukkan ke arah begku yang tercampak di tengah lebuh raya 3 line itu.

ku memandang ke depan, motorsikal yang dipandu akhwatku sudah tidak kelihatan, ‘mungkin dia tak sedar…’ hatiku berbisik perlahan…

masih terngiang doa yang seringkali ku bacakan….

‘Ya Allah, kurniakan aku ketenangan dalam setiap apa juga keadaan yang menimpaku…’

Alhamdulillah….aku merasakan ketenangan itu….

‘pak cik boleh bawa saya ke tepi jalan…’ aku jadi takut pada kereta yang masih sesak…

‘temankan saya sekejap…saya nak tunggu kawan saya, mungkin dia tak sedar saya jatuh tadi’ hanya pertolongan itu yang bisa ku pohon pada ketika itu, dalam keadaan gelap begitu.

‘mari saya temankan…’

tidak lama kemudian, ternampak kelibat akhwatku, berjalan perlahan-perlahan di tepi jalan, bagaikan mencari barang hilang……dia kelihatan risau…

seseorang di dalam jip hitam memanggilnya dan memberitahu sesuatu…

dia berpaling ke arahku…pantas aku mengangkat tangan….

dia risau….

“alhamdulillah…keadaan saya mungkin lebih teruk kalau Allah menginginkan begitu…”

Ya Allah, mungkin ini mukjizat al-Qur’an-Mu…Al-Qur’an yang didakap erat di dada kupeluk penuh rasa rindu….inilah pengubat hatiku…..

terasa ringan di saat ku memeluknya sebelum jatuh di atas lebuh raya…..jatuhku bagaikan disambut, tidak terasa, lembut mencecah tar, badan bergolek-golek perlahan, sekali, 2 kali, 3 kali, 4 kali (sempat ku hitung) …..itu yang bisa ku ingat……

SubhanAllah, jika di dunia ini…begini sekali mukjizatnya bisa menyelamatkanku….bagaimanakah di akhirat kelak????

‘Aku ingin lebih dekat dengan Al-Qur’an, kalimah Allah, surat cinta-Nya….’ itu janjiku

sungguh indah…..

kemalangan ini tidak meninggalkan kesan yang banyak pada tubuh, hanya goresan kecil yang bakal hilang sehari dua lagi,….tetapi ia meninggalkan kesan yang besar pada hati…..sekali lagi KAU tawan hati ini….

bagaikan ‘CUBITAN SAYANG’ yang menambahkan rasa CINTA…..

…NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN???...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 sapaan:

Unknown said...

Salam.

Subhanallah ukhti..
Alhamdulillah, Allah masih memberi keselamatan dan rahmatNya pada anti.

Hati-hati ya, Jangan tertidur atas motor lagi. If mengantuk, peluk akhwat di depan kuat2. Tak pun, ikat. Macam lawak je. Tapi, betul tau. Atau, berhenti je dulu.

Risau..
Moga Allah sentiasa semakin dekat di hati kita semua. ^_^

auni said...

Salam, jazakillah atas nasihat. tapi, tuk pengetahuan anti, ana jatuh bkn sbb trtidur pn, ana sedar waktu tu, malah hujan yg sgt lebat tak membenarkan ana utk mengantuk sedikit pn. ana jatuh, kerana brek mengejut nk elakkan lopak air. alhamdulillah...