BILA MUSIM BEREDAR….



bismillahirrahmanirraheem….

tarbiyah ini mengukirkan seribu satu kisah…
suka mau pun duka…
bersilih ganti…
dengan beredarnya musim…

saat musim beredar…

daun berguguran…

hujan turun bersama rahmat….
muncul pula mentari bersinar indah….

lantas bunga berkembang mengharum….
dan musim terus beredar,
mengukir kisah berbeza…
kisah kita…
kisah insan di jalan tarbiyah…


suatu ketika di bawah pohon kemboja….

‘ukhti, kenapa mengambil keputusan sedrastik ini?’
wajah itu tunduk, menatap wajah bumi yang ditumbuhi rerumputan…
tiada suara yang kedengaran, hanya kicauan burung bernyanyi riang di petang itu.
‘ukhti…’ tangannya yang lincah bermain dengan dedaunan kering disentuh lembut, gerakannya terhenti.
dia berpaling.
saya tak layak....’ dia mejawab sepatah..
‘tiada siapa yang layak…’
‘saya banyak buat dosa. Saya tak sempurna....’
‘Apakah sebelum ini, anti di sini kerana anti sempurna?’
dia terpempan. wajahnya penuh tanda Tanya…
kita di sini bukan kerana kita perfect, bukan kerana kita dah cukup bagus untuk mendakwahi orang, bukan juga kerana kita suci….’
‘saya tahu…’
‘jadi? kenapa itu yang jadi sebab?’
suasana kembali sunyi.
‘ukhti, kita manusia biasa. iman kita naik dan turun. perlu sentiasa diperbaharui…di saat kita futur, boleh-boleh saja kita buat sesuatu keputusan yang tidak sepatutnya. tapi….cuba kita ingat balik, apa yang menyebabkan kita memilih jalan ini pada permulaannya. Anti masih ingat?’
‘saya diperkenalkan dengan Islam yang sebenar…’ dia tersenyum nipis…
‘that’s the point…itu yang kita lupa, ukhti.’ dia berpaling.
‘suatu ketika dulu, kita berada di sini kerana kita merasa dakwah ini memberikan kita sesuatu yang kita perlukan. di sini kita temui ketenangan dan sinar iman. ukhuwah yang manis. ….Selepas musim berubah, saat kita merasakan tenaga kita dibutuhkan di jalan ini, di saat itu kita merasakan, dakwah yang memerlukan kita. dan saat itu, barulah kita terfikir, apakah aku layak, apakah aku mampu, apakah aku bersedia. di saat itu, kita sebenarnya berkira-kira….ukhti….setelah begitu banyak nikmat kita kecapi…kita mula berkira-kira untuk setiap titis peluh kita, untuk menginfakkan diri kita, tenaga kita. kerana kita merasakan sekarang kita tidak lagi memerlukan, bahkan diperlukan. kerana ia bukan lagi satu kebutuhan tetapi satu pilihan….maka di saat ini akan wujud banyak alasan untuk kita melangkah keluar, rasa tak mampu, penat, tak layak..dan banyak lagi’ dia masih tertunduk….
nafas dihela seketika, air mata menitis seketika. Entah kenapa rasa sebak bila menyentuh bab ini…
tarbiyah ini terlalu mahal nilainya ukhti,…..tak termampu kita membayarnya….’ bicara terhenti seketika. tangan menyapu titis air yang tumpah ke pipi.
‘tarbiyah ini memberikan kita satu nikmat yang tidak ternilai, tidak bolehkah, jika kita menganggap apa yang kita lakukan ini untuk membayar apa yang sedang kita kecap saat ini. itu pun terlalu kecil nilainya…terlalu kecil….tak terbayar pun…’

‘Ana masih ingat saat awal tarbiyah anti, bagaimana anti berubah dari diri yang dulu sehingga satu ketika lahir menjadi susuk yang ana lihat hari ini. bahagia ana melihat anti bercerita tentang tugasan halaqah, tentang program yang anti hadiri, saat air mata anti menitis ketika membaca kalamullah, saat anti berbicara di dalam majlis taklim….sungguh manis kenangan itu. Apakah semua itu hanya akan jadi kenangan?? kita mengukirnya hanya untuk dijadikan sebuah cerita untuk anak cucu kita di hari tua…

Aku tertunduk sendiri. tiada lagi patah kata yang bisa dilafazkan, apakah semua ini akan bisa merubah keadaan??
tarbiyah ini bukan satu proses yang singkat, ia juga bukan bermakna prosesnya telah selesai. kita sentiasa dalam perubahan, sentiasa ada aspek yang perlu diperbaiki…dan tanpa kita sedar kita masih dalam proses membersihkan diri dari karat jahiliyah saat kita memberi taklim, saat kita meng’halaqah’kan, saat kita sibuk mencari ‘mad’u dan setiap saat kita berada dalam tarbiyah. Kita masih…dan sentiasa dalam tarbiyah….Sehingga ke akhir hayat kita.

Macam mana kita boleh terfikir tak layak, kerana dosa yang dibuat. UKhti,kerana kita tahu itu dosalah, maka kita perlu kikis dan buang dari diri kita. mungkin pada pemikiran kita, dosa itu terpalit sama pada dakwah lalu kita merasa bersalah. Tapi, adakah dengan kita melarikan diri dari jalan ini maka dosa kita terhapus dengan sendirinya? kita akan menjadi lebih baik dengan beredarnya masa.
dakwah tak rugi sedikit pun, dengan berlalunya kita. Sentiasa ada benih baru akan tumbuh, bunga baru akan berputik dalam taman tarbiyah ini....dan tabiyah ini pasti akan berlangsung ila yaumil qiamah. tapi di sana kita akan lihat, bagaimana pengakhirannya bagi dedaunan dan kelopak bunga yang gugur ke bumi. mungkin pada mulanya ia masih indah, masih menghijau di atas rumput sana, sekejap saja dan kemudiannya kita lihat dia kekuningan, reput, dan akhirnya bersatu dengan tanah menjadi baja.
Seperti mana dedaunan dan bunga-bunga itu yang bergantung terus menerus dengan nutrient dari pokok untuk terus hidup, iman kita juga perlu tarbiyah yang berterusan sehingga ke akhir hayat kita.. walau saat itu, kita merasakan kita lebih banyak memberi, tapi tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang menerima. kita sentiasa memerlukannya. kita yang memerlukan tarbiyah ini, bukannya diperlukan. apa yang kita lakukan hanyalah sekadar ‘yuran’, bayaran, tanda syukur kita atas nikmat Allah yang sangat besar ini’

‘akhirnya…..kita gadai nilai tarbiyah kita selama ini, hanya dengan satu sms bernilai 1 sen. begitu murah. Betapa sukar untuk kita menapak di permulaannya, mujahadah kita dalam mengubah diri, jerit perih kita selama ini, berakhir dengan sekadar taipan mesej… ‘ana dah tak nak halaqah’

‘ukhti, pada Rabb, kutitipkan urusanmu, kerana Dia kita berada di sini…kerana nikmat dan kasih sayangNya jua kita bertemu di sini…hanya padaNya ku sandarkan harapan,….moga kita terus berpimpinan melangkah di jalan tarbiyah ini ila mardhatillah……’

pandangan ku lontarkan ke barisan pepohonan itu....

.....daun berguguran di saat angin menghembus lembut, dan kulihat yang tinggal pada pohon itu hanya ranting-ranting dan sedikit daun yang masih muda. Apa yang pasti, setiap kali musim beredar…daun baru pasti akan bertunas, bunga yang baru akan berputik kembali…...

Seringkali minda kita silap mentafsir situasi dan seringkali juga situasi tidak mampu ditafsir oleh minda semata-mata. bersyukurlah untuk setiap nikmat yang diperoleh….

"dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu....."
Az-Zumar,39:8

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: