Manusia dalam kehidupan ini

Setiap langkah kaki ku atur, tidak kulepaskan setiap pemandangan yang menyinggahi ruang mata ini untuk ku tadabburi dan ku ambil ibrahnya.....agar jadi panduan dalam perjalanan menuju Allah.
Untuk DIRIMU dan DIRIKU jua....
Suatu petang yang damai, di perhentian bas sebuah pusat pengajian tinggi, saat angin bertiup sepoi-sepoi, kelihatan berbagai ragam manusia kuperhatikan. ya, berbagai ragam yang sukar untuk di 'describe'kan. seketika fikiran melayang mengingati patah-patah perkataan dari buku Penyucian Jiwa yang ditatap beberapa hari lepas.

Sesungguhnya manusia dalam kehidupan ini, kehidupan taklif dan cubaan, ada di antara dua jalan, iaitu jalan hidayah dan jalan ghiwayah (bengkok). kedua-dua jalan itu berbeza sejak dahulu hingga sekarang. kedua-duanya mula berjalan menuju tempat kembali yang sesuai dengan manhaj yang dipegang teguh dan amal yang disajikannya. maka barangsiapa menyucikan jiwanya dengan taqwa,ia telah beruntung. dan barangsiapa yang mengotorkannya dengan maksiat, maka ia telah rugi. Allah SWT berfirman:
" Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwan. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan dirinya. dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (As-Syams,8-10)
-dipetik dari Buku Penyucian jiwa, Abdul Barra' Saad bin Muhammad At-Takhisi.

Sememangnya kehidupan manusia itu tidak lari dari berhadapan dengan ujian dan cubaan. seolah-olah hidup ini hanyalah satu jangkamasa untuk kita menerima ujian demi ujian, cubaan demi cubaan.dan hakikatnya... itulah kehidupan. 'Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.' (Al-Mulk;1-2)

Mengenangkan manusia dalam kehidupan ini, hati sebak memikirkan.....kita bagaikan hamba yang cukup bebas memilih haluan hidup masing-masing, tanpa mengalami siri penderaan mental dan fizikal,seperti hamba yang biasa kita lihat pada zaman dulu. Dan tanpa berterima kasih kepada 'tuan' yang begitu baik hati kita memilih untuk menderhaka. sedihkan??
satu pesanan-Nya,
"Tiada paksaan untuk(memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana barangsiapa yang engkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah,2:256)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: