Allah tahu kepenatanmu..

Dalam perjalanan menyelusuri hidup, adakalanya kita dihidangkan dengan pelbagai pengalaman suka dan duka. Sifatnya manusia bila gembira dan bahagia sahaja tentu tawarlah hidup, seperti makanan tidak bergaram. tersenyum sendiri mengenangkan suatu kisah yang berlaku padaku seminggu yang lalu. boleh dikatakan, ia merupakan minggu yang agak sulit untuk dilalui. pelbagai tugasan dan assignment yang menunggu untuk diselesaikan dengan amanah-amanah lain yang terpikul di bahu....begitu terasa diri ini tak mampu untuk menampung. Sehingga suatu ketika diri ini terjelepuk di hadapan pintu rumah, dengan siap berpakaian ke kuliah, membawa buku-buku di tangan, saat itu telah siap untuk ke kuliah....aku tersedu sendiri, terasa beratnya beban dupundakku,rasa tak tertanggung. mengapa diri ini begitu lemah? mungkin kerana lemahnya iman saat ini, maka ia turut meng'effect' kudratku untuk terus berdiri dan melangkah ke depan. suatu ketika seorang sahabat datang menyapa, "Akak menangis?" kulihat wajahnya, dia cuba tersenyum padaku beri kekuatan. Aku menggeleng, menandakan aku tiada apa-apa. "Akak jom saya hantar pergi kelas, akak dah lewat kan?" Kulihat dia menghalakan topi keledar, ku tersenyum. Air mataku makin laju mengalir, tapi aku yakin bukan dengan sebab yang sama.Ya, aku makin merasakan Allah sentiasa menghantarkan bantuan saat aku memerlukan. Aku dapat rasakan kasih sayangnya tercurah saat diri terasa begitu lemah. dalam diam, ku tersenyum sendiri. malu pula terasa, baru sedikit ujian diberi, dah menitiskan airmata. belum lagi diuji seperti saudara seakidah di Palestin sana, masih ramai orang di luar yang lebih layak untuk menangis. namun kadang-kadang dengan menangis di hadapan Tuhan, aku merasa seperti seorang anak yang ingin bermanja dengan orang tuanya. "akak, nak terus ke kuliah?" pertanyaan Zu mematikan lamunanku.dah sampai rupanya di universiti "Oh, tak pelah, akak punya kuliah lambat lagi, akak dah terlepas temu janji dengan lecturer tadi. tak pe, turunkan je dekat sini". ku buka topi keledar, seraya kuhadiahkan senyuman yang paling ikhlas aku usahakan saat itu. Diri ini terasa nyaman seketika. Namun kepenatan hari itu masih belum tamat, aku perlu melangkah lagi dan terus melangkah. masih banyak agenda yang dirancang untuk hari ini.Habis kuliah, aku perlu melaksanakan beberapa lagi tugas lagi, discussion dan amanah lain yang belum sempat dilaksanakan. dalam kesibukan ke sana dan ke mari dengan keadaan diri yang masih belum stabil.Tanpa disedari, Allah ada agendanya sendiri buatku, aku 'tercampak' dengan seorang lagi sahabat, di tepi jalan di bawah pokok yang agak rendang. sebenarnya motornya rosak tiba-tiba dan ku putuskan untuk menemaninya sehingga ada yang datang membaikinya. Ditakdirkan, orang yang membaikinya datng lewat, kami lantas berborak-borak. Saat itu angin bertiup sangat tenang, cuaca agak redup dan sungguh mendamaikan. Aku pejamkan mata rapat-rapat menikmati suasana tersebut. terasa badan begitu relax, fikiran juga...."Akak, saya dapat rasakan seolah-olah Allah memberikan sedikit peluang untuk saya rehat, bertafakur sejenak,merenung keadaan diri. Bestkan, duduk sini, angin bertiup, redup rasa relax. hilang sekejap penat dan letih. sebenarnya sekarang ada discussion, tapi kitorang tangguh sampai jam 6 nanti, kawan ada hal. Pak cik motor ni pun lambat betul datang cam nak bagi chance je kita duduk-duduk kejap." dia masih menjadi pendengar paling setia "akak, saya rasa macam nak tidur je kat tepi jalan ni, penat sangat" kulihat jalan yang agak tidak lengang. sesekali ada kereta dan motor melintasi kami, pasti mereka pelik. dua orang wanita bertudung labuh bersandar di pokok di tepi jalan, menghadap belukar sedikit membelakangi jalan. "ok, akak hadang kamu. rehatlah" Setelah seketika,aku kembali membuka mata, masih menikmati suasana petang yang damai, memulakan bicara. "Akak, saya rasa sangat penat sejak kebelakangan ni, sering terkejar-kejar, asignment, study, dakwah....saya rasa tak dapat buat dengan baik dalam semua aspek. management saya agak teruk kebelakangan ni." Aku terasa ingin berkongsi dengan sahabat yang pastinya amat memahami keadaanku. kulihat dia ambil sesuatu dari beg, dan menghulurkan padaku, sebuah buku 'membangun ruh para da'i' judulnya.. "uhkti, ana baru baca buku ni.Cubalah baca, especially bab ni.." Dibuka buku tersebut, terpampang satu tajuk 'Allah tahu kesibukan kita'. Aku tersenyum..........Suasana senyap seketika, menikmati angin sepoi-sepoi, terasa kasih sayang Allah yang menggunung."Ukhti tahu kenapa Allah memilih untuk kita berada di jalan ini, dan pada sesetengah orang pula bukan di jalan ni?" Aku masih memandang wajahnya, aku tahu dia ingin memberitahu jawapannya. "Orang lain yang tidak berada di jalan dakwah, bukannya bermakna mereka kurang baik, kurang beriman, begitu juga kita yang berada di jalan ini tidak semestinya kita lebih baik, lebih layak masuk syurga. tapi, yakinlah Allah tahu di posisi mana kita boleh buat yang terbaik untuk menggapai redhaNya. Dan berbuatlah yang terbaik dan seikhlas mungkin bilamana kita memilih jalan ini sebagai hidup kita. Nikmati jalan ini, kerana tak semua bisa merasai apa yang kita rasa. hanya orang yang berbuat di jalan Allah dapat merasai nikmatnya kepenatan ini.kita akan merasa lebih dekat dengan Allah setiap kali kita diuji. kamu dapat rasa?" Aku tersenyum, benar sekali. saya dapat rasakan, sangat-sangat merasakannya. sekarang lebih-lebih lagi. "jazakillah akak, sayang akak kerana Allah."kedengaran bunyi motor berhenti, rupanya pak cik repair motor dah sampai. Alhamdulillah dah hampir pukul 5 lebih, gelap,macam nak hujan. "Terima kasih Ya Allah, syukurku padamu begitu melangit. moga ianya menambah kedekatan hatiku padamu.Ameen ya Rabbal 'Alamin.'Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah!'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: