2 hari penuh makna

Menjelajah bumi Labuan…..

Seusai solat subuh, dan membaca ma’thurat, seorang akhwat mendekati, “ukhti ada urusan apa-apa ke hari ini?” ”urusan yang macam mana?” dalam kepala saat itu, pagi nanti nak ke ums, ada forum berkenaan dengan isu PPSMI dibincangkan di dewan resital. Memang berminat sangat untuk mengikuti perkembangan tu, disamping assignment yang menanti untuk disiapkan dan midterm yang akan menjelang hari rabu ”ada assignment apa-apa ke, atau perancangan nak dibuat hari ni ngan esok” ”assignment memang ada , tapi boleh dikonsider. Ada apa ukhti?”
”gantikan ana ke Labuan, follow up KML” ”oh, insya’Allah boleh” jawapan meluncur laju, tanpa berfikir panjang. ”bila bertolak?” ”bas ke Menumbok pukul 7.30 pagi,anti pergi dengan hajar. kena bertolak dari ums dalam pukul 6.45.nanti terlambat”
”biar betul! Sekarang pukul berapa” dicapai handset di samping .5.45 pagi. ”jom ana hantar ke ums” dalam perjalanan...”ana ada kelas ganti malam ni,baru tahu, afwan’’owh...” sekadar menjadi pendengar. sampai di bilik, segera bersiap-siap. Bawa apa-apa yang patut. selesai bersiap, jam menunjukkan pukul 7. segera keluar ke bus stop menunggu kawan datang. tunggu punya tunggu, pukul 7.10 pagi,hati makin gelisah, ’biar betul budak ni, dah lewat sangat’ ternampak 3 orang siswi sedang menunggu bas. Tersenyum. Mereka semua tersenyum ’ah, tak dapat dengar forum ppsmi’ hati terdetik. Ku keluarkan tiga keping risalah. Edisi berlainan. 8,9, dan 10. ’ni risalah. Sharelah. Edisi lain-lain ni’ mereka tersenyum ’terima kasih’ ku mengangguk. tidak lama kemudian kelihatan motor merahnya. Ku menghampirinya.”dah lambat ni” dia bersuara. aku Cuma tersenyum. Tiada respon. Naik motor, dan motor terus meraung membelah lebuh raya. Sampai di terminal bas 7.45 pagi. Seperti yang diduga, bas sudah pun berlepas beberapa minit yang lalu.

Tidak tahu,sama ada keputusan yang kami ambil, bijak atau tidak. kami membuat keputusan untuk travel by motorcycle! Pertama kali bagiku. Kubisikkan ke telinganya, ’berapa jam ye’ ’dalam 3-4 jam’ ’hah!’ biasanya dengan bas, dalam 3 jam dah sampai. Boleh siap tertidor lagi’ fikirku. Perjalanan bermula. Dengan kelajuan 100-120km/j, cukup membuat bulu romaku berdiri. Kecut perutku. Ngeri .Leher terasa nak terseliuh menentang kekuatan udara yang merempuh kami dari arah bertentangan. Teringat pada buku-buku yang tersusun dalam beg. ’takde peluanglah nak study, fikir boleh baca atas bas, ada midterm sosiology hari rabu.’ Ah, Allah lebih tahu apa yang terbaik.’ Setiap kali melalui signboard di tepi jalan, yang difokuskan adalah jarak untuk sampai di menumbok. 122KM, 70Km,56Km. Ah, terasa begitu jauh perjalanan. Pinggang sudah terasa sengal. Kami sampai betul-betul di saat feri sudah dipenuhi kenderaan lain, ketika sedang berbaris memasuki feri, bersebelahan dengan kami, sebuah jip putih, pemandunya menjengukkan kepala, seorang lelaki petengahan abad menyapa ”berhati-hati di jalan raya” aku mengangguk, tersenyum. nasihat yang baik. Kami berjaya juga menjejak lantai bawah feri,hanya tinggal sedikit ruang lagi, untuk motor kami mencelah. Alhamdulillah. Lepas sudah satu peringkat. ’Sekarang laut pulak’ bisikku


Suasana deck penumpang agak memeningkan, dan menyerabutkan kepala,dengan televisyen yang menayangkan entah video apa-apa. Tidak meningkatkan iman langsung. Saya memilih untuk berada di luar. Menghabiskan tilawah yang belum sempat dimulakan pun sedari pagi tadi. Kebetulan tidak ramai yang menaiki bot, bahagian pelantar agak lengang, tidak begitu ramai manusia berkeliaran diluar. Pandangan dilepaskan ke laut. Enjin sedang dihidupkan, tepandang sepanjang suami isteri yang mungkin sudah menjangkau separuh abad, mereka membalas senyuman penuh mesra. Lantas, tercetuslah perbualan....tak sangka, ini pak cik yang menyuruh kami berhati-hati di jalan raya tadi. Mereka pasangan yang begitu bahagia nampaknya. Walau dah berusia, masih begitu mesra. Katanya nak tenangkan fikiran. Mereka suka melawat taman burung. itu kesukaan mereka satu keluarga. Pak cik tersebut rupanya seorang polis, berasal dari Melaka, tapi tak tau namanya. Isterinya pula, Mak Cik Rosnani bekerja di syarikat telekom, orang asal Sabah.

Indahnya persaudaraan Islam

Sesampainya kami di Labuan, sudah tengah hari bercadang untuk menziarah seorang kawan di Sg Miri sebelum ke KML, insya’Allah bakal akhwat. Azan berkumandang dari Masjid Jamek An-Nur (kalau tak silap), kami singgah solat di sana. Sesudah solat jamak taqdim zohor dan asar’ dilaksanakan.... Tiba-tiba datang 2 orang muslimah mendekati kami, ’mungkin orang tempatan’ dugaku. Kami tersenyum. Dia menghulur salam. ”assalamualaikum” huluran tangan bersambut, ”wa’alaikumussalam” ”dari mana ni?” ramah dia bertanya ”dari KK” ”Owh...kami dari UMSKAL. ”.”nak ke mana ni” kami nak ke rumah kawan, kat Sg Miri. ” ’Oh ye, Kamu tau jalan ke sana?.” ’rasanya itu jalan ke UMS juga.” setelah berkenalan, berborak-borak dan berbincang-bincang, akhirnya mereka menawarkan untuk menunjukkan jalan
” Korang ikut belakang ye’ oh indahnya persaudaraan ini. tanpa apa-apa ikatan, hanya atas dasar satu akidah, tiada apa yang hendak dibimbangkan. Kereta kancilnya kami ekori dari belakang. Hajar berbisik, ”rasa cam jumpa ngan akhwat” kutepuk perlahan belakangnya ”mereka juga ’akhwat’”ku perbetulkan sedikit ”oh ye, lupa pula” seronok pula bila memikirkan keindahan persaudaraan Islam tanpa mengira perbezaan pendapat dan jemaah, Setelah hampir 20 minit perjalanan, kereta berhenti di bahu jalan. Noor keluar dari kereta.
”korang teruskan perjalanan sehinga jumpa tadika” ”terima kasih”. Selepas ambil nombor contact, kami meneruskan perjalanan. ”Alhamdulillah, inilah persaudaraan Islam.”

Teguran tanda sayang....
Beberapa minit meninggalkan teratak sahabat kami, kami melalui pesisir pantai yang begitu indah. Saat itu, air sedikit surut, dengan kayu mati yang menarik membuat kami teruja. Saat perkataan ’wah lawanya’ ’cantiknya’ ”bestnya’ meluncur di bibir mendahului subahanallah, allahuakbar...tasbih dan takbir memuji Allah. Teguran pantas datang mengingatkan, sesaat kemudiaan motor kami tiba-tiba tergelincir dan terseret di tepi jalan. Alhamdulillah saat itu, jalannya agak lengang, dan pendaratan yang agak baik, menyebabkan kami terselamat. Selesai menyapu pakaian kami dari pasir-pasir pantai, kami tegakkan kembali motor yang terbaring. Cermin sebelah kiri bengkok. ”Alhamdulillah’’ menyedari diri terselamat. ”Astaghfirullah” meloncat dari bibir, menyedari kekhilafan diri. Subahanallah..memuji perhatian Allah yang begitu tajam memanah hati kami. ’kita baca doa naik kenderaan tak?” ”ha’ah, macam tak tadi” ”itulah” kami membuat conclusion. Saat memulakan kembali perjalanan, doa kami baca dengan penuh penghayatan, niat diperbetulkan kembali. Dan perjalanan diteruskan, dengan niat yang diperbaharui. Bismillah....destinasi seterusnya KML

Pulang dari Labuan....
Saat kapal berlabuh di Menumbok, perjalanan kami untuk pulang ke UMS diteruskan dengan menaiki motor. Baru beberapa minit, motor yang kami naiki memotong jip putih suami Mak Cik Rosnani. Mereka sekeluarga melambaikan tangan kepada kami. Ku membalas lambaian sambil tersenyum. Motor terus meraung garang di jalan raya. Ku intai meter di hadapan, ’ah,100km/j.’ Tidak lama kemudian jip tadi memotong kami, diikuti beberapa kereta yang lain. Seolah-olah satu pertandingan, kejadian kejar mengejar seolah-olah sedang berlaku, sekarang kedudukan kami betul-betul di belakang jip tadi. Kelihatan lambaian tangan pak cik di hadapan memberi isyarat agar kami memotong. Sekali lagi kami memotong. Perjalanan diteruskan.

Di pertengahan jalan, selepas mengisi minyak. pemandu bertukar.kali ini, saya pemandunya. ’Maaf, kalau saya yang bawa, memang lambat la sikit’ ku berbisik pada sahabat sperjalanku itu. ’Ah, tak pe. Baguslah’ dia menjawab pendek. Pengembaraan diteruskan. Meter motor bergerak-gerak dari 70-80km/j. Terkadang, melebihi 80, ku perlahankan. Teringat pesan ma saat pertama kali ku meminta kebenaran untuk menunggang motor. Waktu tu, ku bekerja sambilan sebagai Research Assistant sewaktu cuti semester. ”jangan bawok lebih 50 deh’ kata ma dalam loghat kelantan pekatnya. ”50 ma? Ala, slow sangat la ma. Jange bimbang, oghe tok ajin lagi bawok lebih 100.” aku berterus terang. ”eh laju do’oh tu”.ma memprotes ”okey, Oghe janji, tak lebih 80 deh” ku berdiplomasi. Dalam hati, isy ma ni, tau jugak dia bab-bab kelajuan motor ni. lupa pula, waktu muda-muda dulu, ma ngan abah selalu naik motor ke kebun getah. Abah punya la bawak motor slow motion, cam nak bersiar-siar je. Akhirnya janji dah termeterai. Lebih kang terkena sumpah. Ku tersenyum sendiri.motor terasa begitu berat. handle dipegang erat. biasanya takdelah sesusah ini memandu motor, 'mungkin banyak barang kot' hati bertingkah sendiri
Ketika menghampiri round about, simpang ke keningau, motor ku perlahan. ”ada rasa tak best la motor ni” ku bersuara pada sahabat di belakang. ”tak de apa-apa la biasa je. Teruskanlah...” sahabat di belakang memberi komen,motor ku berhentikan jua. ”cuba tengok, kalau-kalau pancit”. Turun dari motor. ”alamak pancit betul la. Dah teruk ni.Macam mana ni. Kita kat mana ye ni?” ku pandang signboard di hadapan kami , ”kimanis” tertera ’55KM kota kinabalu.’
Tiada siapa yang boleh di minta bantuan waktu ni, buntu seketika. Malam sudah hampir merangkak, kelihatan, mega-mega kemerahan di kaki langit. Jam sudah menghampiri jam 6. sekejap lagi, tabir malam akan menyelubungi alam, dan di waktu itu kejahatan akan keluar dari sarangnya. Beberapa kali kami di ’feeewit’ oleh lelaki-lelaki dari kenderaan yang lalu lalang. Geram dengan cara mereka menghulurkan ’bantuan’. Kenderaan lalu lalang. Kuperiksa kredit hanya tinggal 20 sen. ”Ahh, pengajaran apakah yang Allah ingin tunjukkan.” ”Ada kredit?saya takde ni.” ”Ada la 20 sen” ”kita mesej Pak Cik tadi nak tak, kalau nasib baik, dia masih tak jauh kat depan. Handphone ku keluarkan ’salam, pak cik kat mana. Maaf, motor kami pancit kat kimanis. Tak tau nak minta tolong siapa’ mesej ku ’send’. ’tawakal je la pada Allah.
Motor dibawa perlahan, memasuki simpang kimanis. Di situ ada bengkel. Kata pak cik pengawal SESB. Setelah beberapa ketika, handphoneku mengumandangkan selawat ke atas nabi, bermakna ada panggilan masuk, ku sambut panggilandengan pntas. Kedengaran suara mesra dari sebelah sana ”salam., ha! Kamu kat mana?” gembira bukan kepalang ”salam mak cik. Maaf...kami kat round about kimanis ni. Dekat SESB. Mak cik dah kat mana?” ”mak cik masih kat kimanis ni. Tak jauh.” kedengaran suara sayup-sayup. Tidak lama kemudian, suara lain pula yang bercakap ”adik kat mana tu” ”dekat raound about, ada simpang masuk ke pekan kimanis” ”owh, tak jauh tu, tunggu sana. Kami datang” ”oh ,terima kasih” kesyukuran kupanjatkan.

Di atas jip putih, kami rancak berborak ”ha, tu la. Pak Cik dah rasa tadi.tu yang Pak Cik bagi peluang adik berdua lepas dulu, bimbng kalau ada apa-apa kami masih kat belakang. ’bukan pak ci k dah lepas ke tadi?” ”pak cik singgah rumah besan. Kat depan tu. Motor kami yang pancit dipandu dengan perlahan oleh besan pak cik, jip putih mengeskort dari belakang. Agak jauh, 3 km. kami disambut oleh keluarga tersebut dengan baik. kami berborak agak rancak, sambil menunggu motor dibaiki. kebetulan jirannya ada yang tau tukar tayar.
kebetulan, semua anaknya perempuan, 5 orang. sedap mata memandang, dididik berbudi bahasa, nampak santunnya, cara melayani tetamu. cuma, mungkin satu perkara yang ter'skip', didikan agama....gayanya agak terikut-ikut cara artis, memang lawa..
Perjalanan pulang....kami di eskort lagi.bimbang katanya, malam-malam ni. Dari depan anaknya mengetuai perjalanan, dan di belakang Mak Cik Rosnani dan suaminya membuntuti dari belakang. Kami melalui lebuh raya Papar yang sunyi dan berbukit dan berselekoh. Jalannya agak lengang, memang menakutkan dan merbahaya juga jika tidak ditemani sesiapa. Tak banyak kenderaan yang melintas. Sehingga sampai ke simpang masuk kinarut. Anak Mak Cik Rosnani memberikan isyarat ke kanan, lambaian terakhir ke arah kami. Ku menyambut pantas, di situ kami berpisah. Masing-masing meneruskan perjalanan. ’kesian, tak sempat jumpa balik pak cik tadi. ,mereka masih di belakang’ bisikku. Selepas melepasi kinarut, perjalanan diteruskan, melalui putatatan dan akhirnya memasuki bandar kota kinabalu. Pantai disepanjang jalan disimbahi cahaya lampu menyambut kepulangan kami, memberi suasana damai. Penat seharian terasa kendur sedikit. Kami sampai hampir pukul 10 malam.
Saat memasuki bilik, ternampak dekstop tersergam indah di atas meja study, menunggu untuk disentuh. ’hmmmm,masih banyak assignment yang menunggu’ ku tersenyum.psmp. telefon berdering ”salam, kamu dah sampai?” ”ha’ah pak cik baru sampai” ”kenapa tak bagitau, Pak Cik bimbang” ”oh, maaf, betul-betul baru sampai ,tak sempat nak mesej. Terima kasih sangat pak cik, makcik dan keluarga.” ”tak ada apa. Okey la kalau dah selamat sampai, assalamualaikum...” "wa'alaikumussalam"

Di hadapan dekstop.....Ku berfikir.Terlalu banyak kebetulan yang berlaku hari ini. Pertama aku terberkenalan dengan mak cik rosnani dan suaminya, kemudian kuperkenalkan pada sahabatku, mereka sama-sama orang melaka. kedua pak cik tersebut ,memberi nombor telefonnya pada kami. Kebetulan pula teringat nak mesej pak cik tersebut untuk minta bantuan, and then kebetulan seterusnya pak cik tu singgah kat rumah besannya kat kimanis dan kebetulan lagi motor kami pancit dekat dengan rumah besan pak cik tu.
nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
’ hati menangkap ayat yang sering diulang dalam surah ar-rahman.
Begitu indah Allah mengaturnya.
Manisnya Tarbiyah dari Allah....
’Ya Alllah, jadikan kami hamba-hamba yang tahu bersyukur, tunjukkan kami cara untuk mensyukuri nikmatmu.'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: