MANA KACA MANA INTAN

Beberapa hari lalu, ketika menjenguk ke frenster untuk melihat perkembangan kawan-kawan, ’terserempak’ dengan kawan-kawan dari sekolah agama. Agak terkejut melihat perubahan yang agak tak terduga. Apakan tidak, mereka adalah orang yang sangat dikagumi, sahabat yang sangat menjaga batas pergaulan, sangat pemalu dan menjadi teladan kepada rakan sebaya juga junior. Melihatkan keadaannya sekarang dengan gambar yang dirakam dalam pelbagai gaya dan aksi, diri jadi terpaku. Seolah tidak boleh menerima perubahan seperti itu. Namun, akal sihat pantas membuat penilaian. Iya, dia juga manusia, yang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Bukankah iman itu turun dan naik. Tiada siapa yang boleh menjamin imannya hari ini boleh kekal hingga esok. Hanya pada Allah kita bertawakal.

Cerita tentang budak sekolah agama….
Pernah terbaca satu sajak yang dituju buat budak sekolah agama. Kadang diri turut merasa sedih, bila dipandang begitu sekali. Banyak cemuhan ditujukn untuk budak saekolah agama. Apakah mereka lupa bahawa budak sekolah agama juga manusia? Fitrahnya sama, punya nafsu, punya kemahuan, apakah hanya sekadar mereka pernah belajar di sekolah yang mempunyai silibus berkaitan agama, maka mereka perlu perfect. Tidak boleh melakukan kesalahan.. Bukan begitu. cuba fahami keadaan mereka. Pandanglah mereka sepertimana manusia lain. Dia boleh silap, dia juga bisa larut, hatinya bisa pudar, iman itu bisa luntur jua jika tidak dibaja dengan baik.

Sajak di bawah ni, bukan saya buat ye....saya ambik dari satu blog (afwan tak ingat) tak lama dulu. saya sertakan di sini. Sekadar untuk mengajak kita sama-sama berfikir.

tolonglah jgn berubah wahai budak sekolah agama...ana minta maaf ini cuma teguran..

Zaman skolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engka u' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama sekolah agama.."

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap ngan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-g ara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekara ng Quran kumpul habuk jer,
"Alah, aku banyak kerja lain laa..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangn ya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bil a ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Mem ang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.
Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.


Luahan Hati Budak Sekolah Agama
Ada benarnya apa yang diperkatakan di atas, inilah yang berlaku. Saat berjumpa teman-teman lama, hati terasa hiba. Wajah yang dulunya bersih, dengan berpakaian litup, dengan akhlak semanis anggur, perwatakan tersusun,... kini mula berubah gayanya. Entah ke mana, tudung-tudung labuh yang selama ini dipakai ke mana-mana, mungkin kini sudah dijadikan koleksi di dalam almari. Yang kelihatan, hanyalah belitan-belitan di leher yang menyukarkan pergerakan, dengan gaya rama-rama pelbagai spesis ditambah batu bata yang pelbagai saiz dan bentuk. Seolah-olah menjadi trend kepada pelajar sekolah agama, apabila keluar dari sekolah tersebut, maka mereka seolah-olah membuka topeng yang selama ini dipakai. Mungkin ada segelintir yang sekadar melakonkan watak soleh solehah, namun ada juga yang benar-benar ingin kekal begitu tetapi tidak mampu, tidak cukup kuat melawan arus ’di luar’ sehinggakan peribadi yang dibina sekian lama terhakis sedikit demi sedikit lantaran terhentinya tabiyah selepas tamatnya sekolah. Iman itu turun dan naik, ia tidak mungkin terus menaik seperti imannya nabi, tidak juga constant seperti imannya para malaikat, maka penjagaannya perlu berterusan agar di saat turunnya bisa kita naikkan kembali dan di saat naiknya bisa kita usaha untuk terus menaik.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Secara jujurnya...Diri ini turut merasai perkara yang sama, saat mengalami perubahan iklim dari sekolah arab (SMU(A)) menuju ke sekolah agama(SMKA), kemudiannya ke matrikulasi dan kemudiannya mendaki menara gading. Saat memilih untuk melangkah keluar dari teratak suci sekolah arab, menuju ke sekolah agama kerana memilih aliran sains, ku katakan pada diri, telah 4 tahun Allah mendidikku di sini, aku yakin Allah tahu aku mampu membawa diri, dengan sedikit ilmu ini insya’Allah kan ku bawa sebagai bekal. Alhamdulillah, Allah masih sudi menjaga diri ini. ketika mengambil keputusan SPM, hampir keseluruhan pelajar perempuan datang dengan bertudung segi (singkat), kecuali 2-3 orang sahaja. Alhamdulillah, kerana termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Saat itu, ku bertanya pada diri, apakah pakaian yang dipakai sebelum ini hanya sekadar uniform?? Pernah terfikir dibenakku, apakah mereka tahu atau tidak apa yang mereka pelajari, apakah mereka mengerti apa yang mereka amalkan sewaktu di sekolah. Jika itu hanya sekadar ikutan maka tidak pelik mereka begitu mudah berubah.

Berdasarkan sedikit pengalaman sebagai pelajar sekolah agama, ku akui...kadang-kadang bukan salah mereka. Kelemahan sistem pendidikan di nagara kita yang diakui semua pihak adalah pengaruh ’exam oriented’, dan tempiasnya turut mengenai golongan yang belajar bidang agama. Waktu di sekolah dulu, kami belajar tentang ilmu tauhid, feqah, hadis, sirah, dsan banyak lagi berkaitan agama. Suatu ketika dulu, sistemnya adalah belajar dari kulit ke kulit, mentelaah kitab agama berbahasa arab....tetapi semakin lama pengaruh exam oriented menjadikan terpesongnya sedikit cara pembelajaran. Banyak buku-buku soalan berserta jawapan dicetak, untuk memudahkan pelajar menghafal. Dan akhirnya, dari menelaah kitab-kitab agama satu persatu, berubah kepada menghafal soalan-soalan dan jawapan yang akan dikeluarkan dalam peperiksaan. Saat itu, sangat terasa betapa hidup hanyalah untuk menghafal, tak ramai yang ambil peduli tentang isinya, content nya apatah lagi untuk diterapkan dalam pengamalan harian. maaf, bukan mengkritik, sekadar sedikit kesedaran yang dikongsi. harap ada pihak boleh ambil ibrah dan membuat pembaikan.

Iman yang senipis kulit bawang ini cuba kupertahankan, sehingga ke universiti, walau terasa asing, berbekalkan sedikit pengetahuan halal haram kukuatkan hati melaksanakan perintahnya. Namun, sekuat manalah seorang manusia itu mampu untuk bertahan di tengah badai kemungkaran yang mengganas, kemaksiatan yang bisa menyeret insan-insan ini untuk turut larut, jika tidak diperbaharui imannya, tidak ditingkatkan ilmunya dan tidak dipedulikan pada makanan rohaninya pastinya keberadaan iman di dada turut terjejas. Iman yang kupertahankan turut merasai badai yang sama, sedikit demi sedikit dielus angin perdana. Saat ku cuba-cuba memakai tudung spesis rama-rama, saat karat jahiliyah menodai peribadi, saat terasa ingin bebas menjadi diri sendiri, saat itu ku disentuh tarbiyah.... Indah sapaannya. Menyuburkan kembali taman hati yang sudah hampir kering kontang daripada siraman ilmu agama, yang tandus tak berbaja. Alhamdulillah kerana taman hati ini bisa subur kembali, malah rasanya lebih segar berkembang di persada tarbiyah diniyah. Alhamdulillah. Kupanjatkan syukur pada Ilahi, kerana mengurniakan nikmat ini.Ku bersyukur padamu Ya Allah, Engkau maha Mengetahui betapa hatiku ini butuh panduanMu. Engkau tahu bekalku selama ini hampir kehabisan. Dan alhamdulillah, untuk nikmat tarbiyah ini.......kini ku di sini....


Buat Budak Sekolah Agama Dari Budak Sekolah Agama......
Teringat bicara seorang akhwat, ”antara ramai-ramai mad’u, ana tak espect pun anti boleh tersangkut ngan tarbiyah ni” ”nape pulak?” ”biasa la budak sekolah agama bukan suka benda-benda cam ni, biasanya susah nak dakwahi budak sekolah agama, antunna kan dah ada banyak ilmu, tak perlu dah nak ada tazkirah, halaqah semua. Kebanyakannya rasa tak respect, sebab yang bagi tazkirahnya sama-sama student, lebih-lebih lagi budak course sains, engineering, bukan dari gologan ustaz ustazah” ”owh.....”Mula-mula cam geram juga dengar, tapi ada betulnya. Itu pengalamannya berdepan dengan budak sekolah agama. Itu hasil dari analisanya. Apa hakku untuk menafikan. Ku akui, kita kadang-kadang ada terselit rasa bangga dan memperlekehkan ilmu orang lain, apatah lagi kalu diorang ni asalnya MRSM atau SBP, tak ada tsiqah langsung untuk mendengar ilmu dari mereka. Itulah silap kita. Bukankah ilmu itu ibarat air, yang mengalirnya hanya ke lembah, bukan ke puncak gunung. Cubalah didik diri kita untuk tawadhu’, sedarlah ilmu, hidayah itu milik Allah, boleh sahaja Dia berikan melalui sesiapa jua, hatta pada seorang budak kecil sekalipun. Selagi, ada sikap seperti itu, kita takkan ke mana, kita bangga dengan ilmu yang kita ada, dengan hafalan yang hebat, dengan segala pengetahuan tentang hukum hakam, tapi hanya sekadar itu. Dalam masa yang sama kita makin jauh dari Tuhan. Kita tertipu sebenarnya. Tunduklah, wahai insan, di situ kan kau temui, kasih sayang Allah. Di situ kan kau temui,......apa yang kau perlukan...

Terserempak dengan seorang teman di pasaraya ketika pulang cuti semester, dia kelihatan terkejut, ”wah, hidayah. Masih macam dulu?’ sekadar tersenyum. ’hmmm, pelik pula. Orang terkejut sebab aku tak berubah. Dunia dah terbalik ke?’. Lebih pelik lagi kalau budak tu yang jenis ambil aliran sains di universiti. Yang ambil aliran agama pun, sekadar memakainya ketika ke kuliah, malah ada yang tidak segan lagi berubah total ke tudung tiga segi. Bukan mengata....tetapi cuba untuk mengajak kita sama-sama berfikir. Apakah kita faham apa yang kita pelajari. Apakah al-Quran dan hadis yang kita pelajari dan hafal hanya sekadar untuk dituang di atas kertas peperiksaan. Buat membeli tiket bagi memperoleh kedudukan yang hebat, laluan untuk memperoleh kenikmatan dunia yang sementara. Mengapa begitu jadinya golongan agama hari ini. saya sangat takut.

Tolonglah....masyarakat menaruh harapan pada kita, kita diamanahkan Allah untuk belajar ilmu agama bukan sekadar untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di jabatan-jabatan agama, pejabat mufti, bukan itu semata-mata.ilmu itu! ILMU itu yang sepatutnya mengisi dada. Ilmu itu yang ditunggu masyarakat buat mengubah kejahiliyahan hari ini. bila golongan yang kurang berilmu yang ambil kursus engineering, biotek, ’aliran bukan beragama’ bersungguh, membuat tazkirah ke sana sini, kita memandang serong, mengatakan mereka bukan golongan agama, bukan ahli untuk bercakap tentang agama. Mengatakan mereka berpegang dengan hadis dhaif, salah situ, salah sini....Maka di mana? Di mana golongan yang belajar agama di saat masyarakat menagih pimpinan, menggapai tangan untuk diselamatkan. Saat ummat berhadapan dengan fitnah besar akhir zaman....
Alangkah malangnya nasib ummat harap ini. Yang jahil, dibiarkan sesat dengan kejahilannya, tiada siapa ingin membantu, yang berilmu, sekadar mempergunakan ilmu untuk kepentingannya, dia tidak mendapat manfaat dari ilmu itu sendiri. Apatah lagi untuk dimanfaatkan buat ummat. Akhirnya semuanya menuju kesesatan. Maka bertambahlah kesesatan pada ummat hari ini. bertambahnya kemungkaran, sedang di kalangan mereka ada yang memegang kitab-kitab..

Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membwa kitab-kitb yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (Al-Jumuah, 5)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: