HIDAYAH ini......

Petang yang diberkati....
Suatu petang, ketika pulang dari menziarahi seorang nenek di Likas, saat menunggu bas untuk pulang ke USM, tidak salah rasanya mengambil peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. memandang lautnya yang luas.harap bisa meningkatkan iman.
Rabbana ma khalaqta haza bathilaa, subhaanaka faqinaa 'azaabannaar.....
Sambil menunggu bas , kaki diatur menentang arah, melalui Tanjung Lipat. Sudah jauh berjalan, Lama sudah menunggu, namun tiada bas yang berhenti, semuanya penuh. Hari hampir gelap. kelihatan ramai juga pemancing-pemancing yang masih bertenggek di atas batu bata berhampiran pantai. Ternampak seorang lelaki dalam usia 50-an sedang asyik mengambil . Kami bersapa. ”Uncle, ambil gambar” soalan bodoh dariku. ”Iya. Saya sangat suka tengok suasana ni. So beautiful.” dia menunjuk pada kaki langit yang kemerahan, matahari hampir mencecah permukaan laut. Saya mengangguk ’sama’ ku berbisik. ”Hobi?” menunjukkan pada kamera videonya yang tersangkut di dada, dia mengangguk. Uncle tersebut, berasal dari Sandakan dan mendapat pengajian di England dan kini telah pun bersara . ”Kamu dari mana ni. Dah lewat” ”Owh, saya dari sana. Tengah tunggu bas nak balik UMS” ”Dari UMS? Kamu sorang-sorang?” ”Iya uncle” dia mengeleng-geleng kepala. ”Isy, bahaya gelap-gelap. Bas mini di sini jahat-jahat.” uncle tersebut nampak agak kurang senang. aku tersenyum. ”kenapa uncle?” ” Kamu tau pasal pelajar yang dilarikan dengan bas mini tu? Yang dibunuh?” saya mengangguk.entah kenapa hatiku sentiasa merasa tenang saat berjalan sendiri. terasa seperti 'ada' yang melindungi. ”baliklah, dah lewat ni” dia menyuruh. ”memang tengah tunggu bas, uncle. Tapi nampak cam takde. Tu yang berjalan ni, sana ada masjid, saya singgah di sana kalau tak dapat bas. ” dia nampak berminat. ”oh ya? Baguslah” ”assalamualaikum!” dia lancar memberi salam. Saya kembali menghadapnya, saya seperti excited ”uncle muslim?” tak nampak macam muslim, chinese.susah nak cam. dia mengeleng. tersenyum ”i have no religion.but I have read al-Qur’an. It's so beautiful book. Very beautiful. Di antara banyak-banyak buku yang saya baca.bible sekalipun, ianya adalah yang terbaik.’ Uncle ni berminat dengan Islam ke?’ hatiku terdetik. Belum sempat ku membuka mulut. Dia menyambung ”But, not the muslim…...ramai yang tak ikut…….” dia mengeleng-geleng kepalanya. Nampak kecewa. Aku terkaku. ‘ahhhh..’ tak tahu nak cakap apa. perkara itu turut mengecewakanku. kerenah umat Islam hari ini. Baru terfikir nak mendakwahinya tentang Islam. ”oh ya, Kamu dah nak pergi kan? dah nak gelap ni. pergilah” dia mengingatkan
”Ya ya, saya pergi dulu uncle” saya berjalan meninggalkannya. Berpaling ke belakang. Uncle tersebut masih memandang ke arahku. ’Ya Allah, andai dia sedang mencariMu, temukanlah jalannya’ ku berdoa.
Azan berkumandang ke udara. Langkah kaki kupercepatkan, melalui jalan belakang, lebih dekat. Cuba membuka gate yang kecil, tapi berkunci. Ada satu lagi gate yang besar. Tidak jauh dari satu, seorang lelaki sedang berdiri tercegat di situ. Juga seorang uncle, chinese, sabahan mungkin. Lebih muda dibandingkan uncle tadi. Nampak educated, dia memikul beg laptop.mungkin baru balik dari kerja ”uncle, gate sana kunci ke?” ”oh, tak rasanya” dia mendekati gate besar, aku membuntutinya. Pintu gate dibuka, dia mempersilakanku masuk. Kemudian dia masuk, nampak seperti teragak-agak. Kuucapkan terima kasih, dia mengangguk. Azan masih dikumandangkan, terasa suasana begitu indah, saat memasuki laman masjid. Kupandang ke belakang. Uncle tadi masih tercegat di situ, berdiri di tepi kolam, memandang kubah masjid, seolah-olah sedang menghayati azan yang dilaungkan. Ku menunggu kalau-kalau dia akan masuk, tapi tidak. dia hanya tercegat di situ. ’uncle ni muslim ke?, hatiku kembali bertanya. Wajahnya tadi seakan-akan menunjukkan satu ekspresi yang sukar diterjemahkan.Seolah-olah sedang mencari sesuatu. Wajahnya bersih, tapi nampak penuh kemusykilan.
selepas menunaikan solat maghrib, ku terfikir sendiri. merenung tepat ke tikar sejadah..... tanpa kusedar, di luar sana begitu ramai manusia sedang mencari-cari Tuhan, mencari pedomam hidup..hidup mereka terasa kosong.... Sedang umat Islam hari ini, aku juga, lahir-lahir sudah pun Islam, sudah ditunjukkan matlamatnya ke mana, al-Qur’an sebagai pedoman, namun masih tidak tahu bersyukur...adakah kerana nikmat yang FREE ini menjadi begitu tidak bererti, sehingga Islam ini mula ditinggalkan oleh umatnya sendiri.

”Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan kepadaMu”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: