HAKIKAT TAKDIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Dalam menelusuri hidup sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, kita seringkali terserempak dengan situasi-situasi yang sukar dalam hidup….sehinggakan kadangkala, tanpa sedar kita menyalahkan TAKDIR terhadap apa yang berlaku kepada kita. Lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan perkara buruk seperti jatuhnya kita dalam lembah kemaksiatan, kerugian dalam perniagaan, kematian orang yang tersayang.
“dah aku ditakdirkan jadi macam ni, nak buat macam mana”
Namun, berbeza pula apabila diberikan berbagai nikmat, jarang sekali yang meletakkan semua itu atas takdir.
“Aku dapat 4.00 atas penat lelah aku tak tidur malam”
“Kekayaan yang saya perolehi hari ini adalah hasil titik peluh saya selama ini.”

Perkara ini telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Hadid, ayat 22-23:

‘Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,’
(Al-Hadid,57;22-23)

Namun manusia tetap tidak bisa memahami kalimah ini dan mempraktiskanNya dalam reality kehidupan sehari-hari. Setiap apa yang yang berlaku di atas muka bumi ini telah pun ditetapkan oleh Allah, dan setiap ketetapan itu mengandungi hikmah yang besar,(sama ada ia adalah buruk atau baik) yang bisa menjadikan kita lebih dekat kepada Allah jika difikirkan dengan berpandukan keimanan dalam diri.

Dalam mehamami rahsia di sebalik TAKDIR, ulama’ terkenal Ibnu Al-Jauzi telah menghuraikan serba sedikit perihal takdir ini di dalam kitabnya, ‘Mengetuk DInding Jiwa’ sebagai mana berikut:

Segala pujian hanya untuk Allah di mana seluruh perjalanan ketetapan selalu berada dalalm keteraturan hikmah.
Semua takdir-Nya atas semua makhluk-Nya selalu terlaksana tanpa ada sesiapa yang bisa menahannya.
Ia menjadi sarana yang memuliakan orang yang menerimanya selagi mereka bertaqwa kepada-Nya.
Tapi....,
Takdir juga menjadi alat yang menghinakan bagi orang yang melawan-Nya.
Takdir akan mendatangkan kehormatan bagi orang yang benar-benar menjalinkan hubungan dengan-Nya.
Takdir itu akan merendahkan orang yang membangkang terhadap perintah-Nya,
Takdir akan mengubati semua penyakit dengan ubat-Nya
Takdir akan menetapkan semua ketetapan dengan rinci sesuai apa yang di kehendaki-Nya.


Kita ambil satu contoh untuk difikirkan. Seorang pelajar yang dihadapkan dengan 2 situasi.
1. Mendapat keputusan yang cemerlang.
2. Mendapat keputusan peperiksaan yang teruk/rendah tidak seperti yang diharapkan.
Situasi pelajar yang beriman:
1. Apabila mendapat keputusan yang cemerlang, ia bersyukur pada Allah. Merasakan Allah telah membantunya sehingga ia dapat menjawab dengan baik. Ia tidak meninggikan diri terhadap teman yang lebih rendah. Ia meningkatkan ketaatan-Nya kepada Allah sebagai tanda kesyukurannya atas pertolongan Allah.
2. Apabila mendapat keputusan yang teruk, dia cepat-cepat beristighfar, mungkin ini adalah ujian Allah untukNya, teguran atau hukuman atas dosa-dosanya. Ia redha dengan apa yang ia peroleh kerana yakin telah berusaha semampunya. Ia cuba membuang rasa kecewanya dengan optimis dengan apa yang telah ditakdirkan Allah ke atasnya. Ia berazam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan usahanya untuk peperiksaan yang seterusnya.
Situasi pelajar yang ………..:
1. Apabila mendapat keputusan yang cemerlang, ia menyorak gembira.merasakan kejayaan tersebut adalah hasil penat lelahnya. Ia memandang rendah teman2 yang lebih rendah daripadanya. Ia menjadi semakin berkira dengan masanya, samada untuk menunaikan perintah Allah, membantu teman2 yang lain apath lagi untuk mengunjungi majlis2 ilmu atau aktiviti keagamaan kerana merasakan itu semua akan menghalangnya dari ‘maintain’ dalam study nya.
2. Apabila ia mendapat keputusan yang teruk, ia akan merasakan sangat kecewa sehingga berusaha untuk menyalahkan semua orang atas kegagalannya. Ia tidak boleh menerima kenyataan kegagalannya sehingga memungkinkan untuk dia melakukan perkara yang di luar kewarasan sekiranya tiada keimanan dalam diri. Ia juga akan berkira-kira masanya dengan Allah, bimbang ia akan jadi lebih teruk.

key point: OPTIMIST DENGAN ALLAH.....

dalam apa jua situasi yang didepani, mahu tidak mahu kita terpaksa jua menghadapinya. yang membezakan antara setiap dari kita adalah, apakah keimanan kita kepada Allah menjadi semakin bertambah atau berkurang seiring beredarnya masa. Moga Dia menunjuki kita jalan agar bisa melalui hidup ini dalam keredhaanNya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: