panggilan telefon dari adik yang sedang belajar di Matrikulasi Kedah sebentar tadi amat menggelisahkan hati. tiba-tiba terasa genangan air mata mengalir ke pipi. tiada sesiapa yang menyedari situasi itu kerana semua akhwat sedang sibuk dengan kerja masing-masing. air mata menitis, hati terasa berat… ‘apa yang harus kulakukan?’ hati berkira-kira untuk membuat keputusan yang terbaik.
seorang akhwat yang tiba-tiba menyedari keadaan itu tiba-tiba mendekat… “Kenapa ni, kak?”
“Abah….Abah sakit…akak tak pasti macam mana, tapi rasa takut….”
“tak ada apa-apa kot. doakan abah akak sembuh…”
tapi, dari bicara adik tadi benar-benar menggusarkan. dia telah pun berkira-kira untuk bertolak pulang dari Kedah. tangan lantas mendail nombor adik yang seorang lagi yang sama-sama berada di negeri bawah bayu. dia bersetuju untuk balik. dengan keadaan abah yang tidak stabil, apa-apa juga boleh terjadi.
telefon berdering……
“Hello….” langsung tidak bersemangat
“Hidayah….” nada suara abang ipar di sebelah sana terasa lain macam.
“sebenarnya orang lain tak berani nak bagitau ni….” hati berdebar-debar….Ya Allah….
“Abah dah tak de…jam 10.15 tadi…..” tiada kata-kata yang bisa dilafazkan. telefon yang melekap di telinga terjatuh diriba, talian diputuskan. handphone digenggam kemas….
‘Ya Allah’ tangan meraup wajah…terasa sejuk oleh air mata yang bagai bah melimpahi kolam mata.
‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un’
‘Abaaah…!’
termanggu sendiri.tergambar wajah Abah tersenyum…senyumnya yang menghantarku pergi meninggalkannya
terngiang-ngiang lagi sketsa sebabak, sebelum meninggalkannya sebulan yang lalu
“Abah, oghe mintak maaf kalu ado wat salah…” rasa berat meninggalkannya
“takdok eh…Abah pun mitok ma’ah jugok……kalu abah ado maghoh..."
entah kenapa Abah hanya minta maaf padaku, sedangkan waktu itu, kami tiga beradik yang bersalam dengan Abah sebelum bertolak meninggalkan kampong.
menerima berita ini, di saat sendirian seperti ini…..sungguh berat
bagaikan mencari susuk tubuh yang dikenali…..tukku menumpang bahunya…
tak mampu ditanggung sendiri….
Ya Allah….
Abah yang Kau pinjamkan padaku selama 25 tahun ini…..
tanpaku bersedia dan tanpaku sedar….
‘pinjaman’Mu ini…tamat sudah tempohnya….
dan dia harus kembali ke sisiMu
sebagaimana ia datang jua dariMu….
0 sapaan:
Post a Comment