KALI KE-2???

Dunia terus berputar tanpa kita sedari….

setelah hari berlalu meninggalkan kisah-kisah semalam menjadi sejarah…ku sangkakan sejarah akan menjadi sejarah…namun perkara yang tak kusangka….sejarah itu berulang…sekali lagi???

Saat parut di tangan di pergelangan tangan kanan mula memudar ….

petang itu, aku bersama-sama seorang akhwat ingin bertolak dari rumah untuk ke MRSM. setelah siap mengenakan blazer,jaket dan topi keledar….

“akak pandu motor?” dia bertanya

“ha’ah, nape?” terlihat jawapan pada raut wajahnya.

“anti nak drive ke?” dia mengangguk, tersenyum.

“kenapa?” agak bimbang, dia baru saja berjinak-jinak dengan motorsikal, perjalanan kami mengambil masa 45min hingga 1 jam,. bergantung kelajuan. agak jauh

“Ida bawa sekarang, nanti akak bawa masa balik” dia mencadangkan.

“okey je”

di pertengahan jalan, kami berhenti untuk mengisi minyak di stesen petronas.

“Akak percaya ngan Ida?” dia bertanya sebelum meneruskan perjalanan. pelik juga dengan soalannya.

“Ya, akan percaya” dia tersenyum, mungkin dia rasa lebih yakin

tidak sampai 10 minit perjalanan, saat itu aku dapat merasakan akan berlaku sesuatu…

“ukhti….” belum terlepas dari kerongkongan…minta memperlahankan motor, kerana jalan agak berselekoh…..

namun Allah yang mengawal segala sesuatu, maka terjadilah apa yang ditakdirkan terjadi.

saat terasa kepala bergeser di atas tar….

hati terdetik … ‘Ya Allah….sekali lagi???’

………….

tersedar saat dada terasa sesak…menarik nafas menjadi begitu sukar sekali…sekali…gagal…sekali lagi…tetap tak berjaya…Ya Allah….

badan jatuh dalam keadaan tertiarap, dari satu sudut, mata menangkap sebuah kereta berhenti di hadapan, seorang lelaki keluar dan mengangkat tangan, supaya kereta-kereta lain berhenti. dengan segera dia menghampiri….dada masih terasa sesak…

Dari samping, kedengaran suara yang dikenali….”akak…akak…”

“Akak…Ida minta maaf….Ida laju…” dia menangis-nangis di samping…

Sesak di dada semakin berkurangan, tetapi seluruh abdomen masih merasakan kesakitan. tidak boleh bergerak sedikit pun….

orang ramai sudah ramai mengerumuni…ku mencuba untuk bangun, keadaan ku yang tertiarap membuatku rasa malu dilihat dalam keadaan begitu, tetapi mereka melarang bimbang ada keretakan atau kecederaan pada tulang. setelah beberapa ketika, ku berjaya menggagahkan diri untuk bangun.

tangis akhwat itu masih kedengaran, menyesali kelalaiannya….

dalam keadaan lemah…ku menggenggam jemarinya…

“jangan nangis ye. akak tak salahkan Ida. benda dah nak jadi”

“Akak….Ida minta maaf…Ida bawa laju tadi..”

“takpe….jangan nangis lagi”

orang ramai seolah-olah menjadi penonton drama sebabak kami…penumpang dari kenderaan yang melimpas tertijau-tinjau ke arah kami…..

setelah lama menunggu ambulance, salah seorang dari mereka mencadangkan untuk menghantarkan kami ke hospital.

seorang lelaki budiman meng’offer’ diri, dan kami dibawa ke jipnya.. motor ditinggalkan di tepi jalan dan kunci diserahkan pada kami, dengan pesanan supaya ada orang datang mengambilnya nanti. dalam kesakitan, ku berusaha agar bisa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi membantu. dipandang sekilas ke arah motor yang terpelanting agak jauh dari kami. semua kami terpelanting ke seberang jalan, melepasi pembahagi jalan besi setinggi 2 kaki….SubhanAllah….

kami di hantar ke Sabah Medical Centre dan dirawat dengan segera. X-Ray dah dijalankan, tinggal menunggu keputusan….

Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman, semuanya selamat.

“Akak, kali ni akak tak de pegang Qur’an?” Seorang akhwat berbasa basi, mengingatkanku tragedy pertama.

“tak, dalam beg, lagi pun hujan ni tak lebat…akak rasa takkan basah…”

tapi, memang terkesan perbezaannya. kejatuhan hari itu tidak meninggalkan impak yang besar saatku terjatuh bersama Qur’an di dada.malah, aku mampu untuk terus bangun seperti tiada apa-apa berlaku kecuali sedikit calar di tangan…. tapi kali ini, impaknya memang terasa.

Mesej seorang akhwat…

‘Syafakillah, moga cepat sembuh. Ukhti kena pandu sendiri kot lain kali.’ ku sekadar tersenyum.

“ukhti, nasib baik takde apa-apa ngan wajah anti kan?” “he he, Alhamdulillah, Allah selamatkan”

mesej berdatangan memasuki inbox dari akhwat semenanjung mengucapkan syafakillah dan bertanya...begitu cepat berita tersabar. terharu dengan manisnya ukhuwah fillah.....

…..

saat-saat getir terlewati sudah…..terdetik di hatiku…

‘betapa Allah berkuasa atas kita sepenuhnya.dalam masa sesaat segala kemungkinan boleh terjadi. andai Dia ingin melakukan sesuatu atas kita, tiada siapa bisa menahan@melarikan diri walau seinci. AllahuAkbar’

‘walau sehebat mana Allah menguji, ternyata kasih sayangNya melangkaui segala-galanya. kesakitan terasa terlalu sedikit dibandingkan banyaknya nikmat dan indahnya kasih sayang Allah. terasa kasih sayang Allah,…… sangat terasa. itulah Allah……kasih sayangNya sentiasa mendahului ….

imbas kembali
kali pertama....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 sapaan: